Followers

Kupu-kupu Cinta

Blog Archive

Tuesday 6 December 2011

Mutiara di Sebalik Hijrah Rasulullah =")

Assalamualaikum w.b.t.. ^^

Kisah Hijrah Rasulullah yang pertama kali terlalu dalam menyentuh hatiku! Kisah ni dengar time ceramah dekat masjid sempena Maal Hijrah baru-baru ni. Moga-moga masih belum terlambat untuk bercakap mengenai hijrah..Maaf mungkin agak panjang. 
Jom ikuti kisah tersebut..

Hijrah ini sebenarnya bukanlah untuk mengelak atau melarikan diri sepertimana yang didakwa oleh Yahudi. Tapi, hijrah ini sebenarnya dilakukan atas suruhan Allah. Pada masa itu, kota suci Mekkah adalah kawasan atau satu tempat yang penuh dengan jahilliyah. Mekkah juga merupakan bumi yang tidak subur untuk menjalankan dakwah. Pada ketika itu, umat Islam hanya ada puluhan orang. Tidak ramai. Sampailah satu ketika, datang seorang sahabat Rasulullah s.a.w bernama Khabbab Al Arat. Pada ketika itu, Rasulullah bersama dengan Saidina Umar al Khattab dan dalam keadaan bimbang akan keadaan di Mekkah. Saat itu, Khabbab meminta Rasulullah supaya mohon kepada Allah untuk turunkan pertolongan dan kemenangan buat umat Islam. Mendengarkan permintaannya itu, Rasulullah tersinggung. Pada zaman pemerintahan Saidina Umar, beliau telah memanggil Khabbab. "Wahai Khabbab. Hari ini aku hendak menghukum kamu kerana kamu telah membuat Rasulullah tersinggung dengan permintaanmu supaya Allah turunkan kemenangan pada umat Islam." kata Saidina Umar. Khabbab menjawab, "apakah kamu tahu sebab permintaan aku itu?" "Tidak" balas Saidina Umar. Lantas Khabbab menyelak jubahnya dan menunjukkan kesan terbakar pada belakang badannya sehingga menampakkan tulang. "Apakah kesakitan yang aku alami dan tidak engkau alami ini masih tidak melayakkan untuk aku memohon seperti itu pada Rasulullah?" Terdiam Saidina Umar. Khabbab telah disalai diatas bara api, dan diguling-gulingkannya sehingga lemak dan darahnya memadamkan bara api tersebut. MasyaAllah! Mampukah kita tanggung sakit kalau jadi macamtu? 

OK. sambung lagi cerita. Rasulullah mengizinkan Khabbab untuk berhijrah. Tapi Rasulullah takkan ke mana-mana selagi tidak menerima wahyu dan arahan daripada Allah. Pada suatu malam, geng-geng Musyrikin telah bermesyuarat tergempar. Mereka membincangkan apakah cara untuk membunuh Rasulullah sebelum Rasulullah keluar berhijrah memandangkan sudah ramai umat Islam berhijrah pada waktu itu. Setelah mencapai kata sepakat, mereka mengarahkan seorang yang paling kuat dari setiap kabilah dan diberi pedang untuk membunuh Rasulullah pada malam itu juga! Disebabkan perkara tersebut, Rasulullah menerima wahyu daripada Allah melalui Malaikat Jibril untuk berhijrah ke Madinah. Walaupun sudah mengetahui bahawa ada sekelompok manusia hendak membunuh baginda, tapi Rasulullah masih tetap tenang. Pendapat mengatakan ada 40 orang dan ada yang tidak pasti bilangan yang tetap tapi puluhan orang. Rasulullah memanggil Saidina Ali ke rumahnya atas 2 sebab. Pada ketika itu sebenarnya Saidina Ali berumur 23 tahun iaitu 13 tahun selepas beliau memeluk Islam iaitu pada umur 10 tahun. Sebab yang pertama ialah untuk menggantikan tempat Rasulullah. Itu yang diketahui umum. Satu lagi sebab ialah untuk mengembalikan semula timbunan emas dan perak penduduk Mekah yang telah disimpan dirumah Rasulullah. Sejak Rasulullah kecik sampailah besar, penduduk Mekah ni nak kemana pun akan simpan semua harta mereka di rumah Rasulullah. Ini disebabkan keadaan yang sangat teruk sehingga suami tidak percayakan isteri dan sebaliknya.Betapa tidak malunya penduduk Mekah ketika itu. Bila Rasulullah keluar berdakwah, mereka kutuk,hina cakap macam-macam. Tapi masih simpan barang-barang dekat rumah baginda. Antara barang-barang yang disimpan di rumah Rasulullah adalah barang-barang kepunyaan orang yang nak membunuh Rasulullah. Tengoklah betapa tak malunya mereka!

Bilamana kesemua pembunuh 'upahan' sudah mengelilingi rumah Rasulullah, Rasulullah masih lagi bertenang. Baginda memberikan serbannya kepada Saidina Ali untuk dipakai ketika di tempat tidur Rasulullah. Sambil keluar daripada rumah, Rasulullah membaca surah Yasin dari ayat 1-9. Ayat tersebut fungsinya untuk bagi pembunuh tersebut tidak nampak Rasulullah. Memang benar. Seorang pun tidak nampak Rasulullah. Rasulullah lihat satu persatu wajah-wajah yang ingin membunuhnya. Kemudian Baginda meletakkan sedikit pasir di atas kepala mereka sebagai tanda bahawa Rasulullah berada di hadapan mereka sebentar tadi. Disini dapat kita lihat akhlak Rasulullah s.a.w. Rasulullah sikit pun tidak menyentuh mereka (pukul dll) tapi hanya meletakkan sedikit pasir.


Kemudian Rasulullah terus ke rumah Saidina Abu Bakar. Rasulullah memberitahu bahawa Allah telah memerintahkan agar Baginda berhijrah. Apa kata Abu Bakar? "Ya Rasulullah! Aku hendak menemanimu!" Sungguh-sungguh Saidina Ali berkata. Rasulullah menjawab, "Aku pun hendak kau menemaini aku!" Menangis Saidina Abu Bakar mendengarkan perkata tersebut dari mulut Rasulullah. Abu Bakar sebenarnya merupakan kawan karib Rasulullah. Kalau kita ada kawan karib, Rasulullah juga begitu. Andai kita memerlukan idola dalam berkawan, jawapnnya Rasulullah lah! Pada suatu ketika ditanya kepada Abu Bakar, siapakah insan yang paling disayangi, jawabnya, Rasulullah. Ditanya pula kepada Rasulullah, siapakah insan lelaki yang paling Engkau kasihi, jawab Baginda, Abu Bakr! Betapa eratnya hubungan Saidina Abu Bakar dan Rasulullah, sehingga mereka ditakdirkan meninggal dunia pada hari Isnin. Pada usia yang sama, 63 tahun, dan kubur mereka bersebelahan. MasyaAllah! Inilah contoh TERBAIK untuk dijadikan ikutan. BERSAHABAT HINGGA KE SYURGA!


Teruskan cerita.. Saidina Abu Bakar kemudian telah menyediakan 2 ekor unta untuk itu sejak lama lagi kerana beliau dapat merasakan bahawa Rasulullah memerlukannya. Namun, Rasulullah berkata pada Abu Bakar. "Bitsamanin Ya Abu Bakr!" (Dengan harga Ya Abu Bakar) Rasulullah tidak akan sesekali mengambil apa-apa secara percuma. Inilah sikap serta jelas menunjukkan bahawa betapa tingginya maruah Rasulullah! Puas dipujuk Saidina Abu Bakar, akhirnya beliau terpaksa menerima bayaran daripada Rasulullah. Disebabkan Rasulullah tahu bahawa baginda akan dikejar, baginda menggunakan jalan yang jarang dilalui iaatu dengan berundur ke belakang beberapa kilometer kemudian melalui jalan yang lain. Dalam perjalanan tersebut, Abu Bakar sekejap ke belakang dan sekejap ke hadapan. Lalu Rasulullah bertanya mengapa Abu Bakar bersikap demikian. Jawab Abu Bakar, "Apabila aku berjalan di hadapan, aku teringat akan ada musuh di belakang, lalu aku ke belakang. Bila aku merasakan ada musuh di hadapan, lalu aku kehadapan semula Ya Rasulullah." Begitulah sikap seorang sahabat kepada Rasulullah. Sehinggalah di Gua Thur, mereka berehat di dalamnya. Kemudian, Allah perintahkan labah-labah dan burung merpati liar untuk membuat sarang dihadapan gua tersebut. Gua di Mekkah tidak sama dengan di negara kita. Gua di sana sangat kecil. Hanya muat untuk 2 orang. Jadi pada waktu itu, pemuka Quraisy telah melantik seorang juru jejak  yang sangat mahir. Untuk makluman, sebanarnya ada satu ilmu mengesan tapak kaki. Meskipun kambing milik Amir bin Fuhairah, yang turut serta dalam hijrah Rasulullah telah memadamkan kesan tapak kaki baginda, tetapi masih boleh dikesan. Ilmu tersebut walaupun hanya ada kesan ibu jari kaki kita, dia boleh tahu 4 perkara iaitu jantina kita, gemuk atau kurus, dari qabilah mana dan di mana dia berada sekarang/kemana tapak kaki itu menuju. Kemudian, dalam gua tersebut, Saidina Abu bakar dah tidak keruan. Risau. Sebab sekelompok pembunuh tersebut telah berada di hadapan pintu gua. Seandainya salah seorang daripada pembunuh tunduk sedikit, akan nampak terus ke dalam gua! Melihatkan keadaan Abu Bakar, Rasulullah bertanya. "Ya Abu Bakr! Apakah yang kamu bimbangkan?" Jawab Abu Bakar, "Ya Muhammad! bagaimanakah aku tidak bimbang. Pembunuh-pembunuh sudahpun dihadapan gua, jika salah seorang daripada mereka tunduk sedikit, maka mereka akan menemui kita!" "Ya Abu Bakr! Tidakkah engkau mengetahui bahawa kita bertiga dan yang ketiga itu adalah Allah." Inilah jawapan Tauhid dari Rasulullah. Disebabkan adanya burung dan sarang lelabah itu, orang tua yang menjadi tukang jejak itu telah dimarahi. "Hai orang tua! Kau telah membohongi kami. Mana mungkin mereka berada di dalam gua ini. Lihatlah ada sarang lelabah di sini dan juga sarang burung." Lalu mereka pun beredar. Sebenarnya, hijrah Rasulullah ketika itu melibatkan seramai 4 orang bukan 2, iaitu Rasulullah, Abu Bakar, Abdullah al Qurait (pemandu arah) dan. Turut membantu Asma' binti Abu Bakr sebagai penghantar makanan dan Abdullah bin Abu Bakar sebagai perisik untuk memberikan maklumat mengenai perancangan orang Quraisy Mekah.


Setelah tiga hari di Gua Thur, mereka bergerak menuju ke Madinah. Ketika hendak sampai di Madinah, Suraqah bin Malik ternampak Rasulullah. Pemimpin Quraisy telah menyatakan bahawa sesiapa yang berjaya membawa pulang Muhammad samada dalam keadaan mati ataupun hidup, dia akan diberikan ganjaran yang besar. Tapi, malangnya, ketika hendak mengejar Rasulullah, kaki untanya telah terjelopok jatuh ke dalam pasir. Suraqah bangun dan membawa untanya. Sekali lagi terjelopok jatuh. Dia bangun sekali lagi. Akhir sekali dia berjaya mendekati Rasulullah. Sebelum mendekati Rasulullah, Suraqah nampak ada kepulan awan yang sentiasa mengikuti Rasulullah. Suraqah yakin bahawa Muhhamad itu pesuruh Allah. Tapi, dia tidak mengakuinya sahaja. Lantas Suraqah mengatakan walaupun dia tidak berjaya menangkap Muhammad, dia mahu Rasulullah tuliskan satu surat sebagai bukti yang dia pernah berjumpa dengan Rasulullah. Jadi Rasulullah pun meminta Amir bin Fuhairah untuk menulisnya. Pada waktu itu, Rasulullah masih sempat berdakwah kepada Suraqah. "Wahai Suraqah, peluklah islam." Demikianlah terpujinya akhlak Rasulullah. Di mana-mana sahaja baginda akan mengajak manusia kepada kebaikan. "Apa yang akan kau berikan padaku kalau aku memeluk Islam?" "Aku akan berikan kau gelang Raja Rom." Ketawa besar Suraqah mendengar kata-kata Rasulullah. Rom pada ketika itu merupakan satu kuasa besar yang sukar untuk dikalahkan. Suraqah menjawab sambil mentertawakan Rasulullah, "Hahahaha..Engkau yang tidak mempunyai tempat tinggal, harta mana mungkin mampu memberikanku gelang Raja Rom.." 


Pada zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar, beliau memanggil Suraqah. Pada ketika itu Suraqah telah pun memeluk Islam. Saidina Abu Bakar memberikan gelang Raja Rom kepada Suaraqah kerana ingin menunaikan janji Rasulullah. Rasulullah tidak akan berkata melainkan yang benar. Terkejut Suraqah. Tidak menyangka apa yang dikatakan Rasulullah pada ketika itu adalah benar.


Demikianlah kisah Hijrah Rasulullah. Terselit 1001 hikmah dan mutiara yang perlu kita teladani. Ceramah tu setakat ni sahaja.. (^^,)





~P.E.N.A.H.A.T.I.K.U~
Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia Kekasih Allah.. ="(



No comments:

Post a Comment