Followers

Saturday 15 September 2012

Serikandi harapan !


Satu, tumbang..
Dua, juga tumbang..
Tiga?
Aku sudah penat mengira..

Aku melihat mereka dari kejauhan.
Ingin mendekati sebenarnya.
Tetapi, aku tidak tahu bagaimana.
Hanya doa yang bisa aku berikan..

Sesekali aku terkesima..
Mereka menyembunyikan pada mulanya..
Namun, makin berani ditengahnya..
Aku tidak tahu apa yang mereka nanti dihujungnya..

Malu..?
Omputeh kata
'Actions speak louder than words',
Aku bimbang sebenarnya..
Gusar ada bahagianku di dalamnya..

Wahai teman,
Wahai muslimah..
Engkau harapan agama..
Kenapa persiakan prinsip yang telah kau bina?

Wahai teman,
Wahai serikandi harapan !
Aku kagum dengan semangat perjuanganmu sebelumnya..
Menjaga hormat diri dengan tidak memberi rasa..
Tetapi, kini Allah telah mengujinya..

Wahai serikandi agama!
Seperti itukah semangatmu ?
Begitu mudah kau menyerah?
Usah kau terpedaya dengan cinta dunia!

Aku lihat jatuh dalam dirimu..
Kemana rasa malumu ??
Kemana teguh prinsipmu??
Begitu banggakah mempunyai insan yang masih belum halal buatmu?
:'(

Ya Tuhanku..
Berikan aku dan mereka hidayah serta taufiqMu..
Jangan kau biarkan kami berlama-lama dalam maksiat kepadMu.. :'(

Thursday 13 September 2012

Selamat Tinggal Teman..

 
Wahai teman,
Maafkan aku..
Pergi bukan bermaksud memutuskan segalanya..
Pergi bukan bermakna engkau tidak penting buatku..
Sebaliknya, kerana engkau terlalu berharga untukku,
aku terpaksa memberi ruang untuk orang lain..

Wahai teman..
Tidak pernah kau tahu isi hatiku..
Dan tidak pernah aku berani menyatakannya..
Engkau kelihatan makin jauh dari aku..
Aku ragu akan nilai diri ini di pandangan mu..

Wahai teman..
Barangkali kau telah melupakan segalanya..
Tapi tidak aku.
Segalanya masih mekar di ingatan.
Sentiasa.

Wahai teman,
Maafkan aku.
Aku terpaksa pergi..
Meninggalkan engkau bukan kerana benci.
Bukan juga kerana ego di hati,
Hanya kerana bimbang akan menggangu perjuanganmu.

Wahai teman,
Barangkali juga engkau sudah melupakan tinta ini.
Namun, tak mengapa.
Suatu hari nanti,
seandainya aku sudah tiada,
Hanya tinta ini menjadi pengganti.

Dan,
saat itu,
engkau akan mengetahui segalanya..


Ikhlas,
P.e.n.a.h.a.t.i.k.u



Wednesday 12 September 2012

Rahsia Rukun Solat :')


Taken from : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=472808822744420&set=a.396949726996997.96425.396942043664432&type=1&theater

Lirik : Dengan kuasaMu - Nur One



Dengan KuasaMu
Jiwaku tergoncang
Terus melayang
Mengembara cinta
Dengan KuasaMu
Hati telah terpaut
Lalu terikat
Ditawan cinta

Bukan bibir ini berbicara
Namun jiwa ini berbahasa
Dalam lamunan ku yakinkan
Kaulah teman kebahagiaan
Tuhan temukan daku penawar
Terluka ditusuk duri cinta
Hanya dia… cuma dia
Yang kan mampu menyembuhnya
Dan terus aku
Terus berdoa
(Hanya dia membawa bahagia)
Dengan KuasaMu
Mataku memandang
Sepenuh sayang
Dia tercinta
Dengan KuasaMu
Pastiku diseru
Dan kan menyatu
Di ambang cinta



Saturday 8 September 2012

::H.U.J.A.N::


Hujan,
Membasahi bumi Tuhan,
Jiwa-jiwa yang bersedih hati pasti
berasa segar,
Dek janji Tuhan pada mereka yang bersabar.

Hujan,
Rintiknya membuahkan rasa,
Yang hanya tiba tika rahmat Tuhan menjelma,
Rasa yang sukar aku tafsirkan.

Syahdu, bahagia, rindu,
Semuanya menjadi satu !
Adakah ada kata untuk itu?

Duhai hujan..
Yang hanya menuruti perintah Tuhan,
Kau gugur bersama rasa ini,
Usah kau bawanya bersama,
Andai sudah tiba masa kau pergi.. 



Aku pernah menjadi seburuk-buruk manusia,
Aku pernah ingin menjadi sebaik-baik manusia,
Namun,
Ianya hanya seketika cuma.

Seringkali aku tewas,
Kalah dengan nafsu duniawi,
Terlalu berat untukku bangun kembali,
Demi Allah yang Menciptakan Langit & Bumi !
Aku akhirnya menjadi seorang 'insan' kerana rahmat Ilahi.

Ya Tuhan..
Puas aku bina iman di hati,
Menjahit kembali koyakan taqwa,
Namun,
Aku hancurkan semuanya hanya dalam sedetik masa!

Hati ini..
Terlalu sarat dengan titik hitam,
Terasa begitu sesak dadaku !
Apakah jalan untukku mengecapi nikmat
MencintaiMU?

Ya Allah..
Aku tewas jua dengan ujianMu..
Ujian itu bukan makin mendekatkan ku denganMu,
bahkan makin menjauh..
Bantulah aku Ya Allah..


Thursday 6 September 2012

Penantian Satu Keindahan !


Penantian itu satu penyeksaan,
Hanya pada mereka yang menanti tanpa kesabaran..

Penantian itu jua satu penyeksaan,
Buat mereka yang enggan memahami hikmah penantian..

Penantian bagiku,
Bukanlah sesuatu yang hanya menyakitkan..
Tetapi,
Ianya datang dengan kebahagiaan..

Penantian yang ku rasakan kini,
Biarlah antara aku dan Dia..
Kerna Dia yang mengizinkan rasa ini..
Jua, pada siapa rasa ini..

Andai engkau ku temu satu saat nanti,
Pasti, akan aku tintakan semuanya.
Tiada secebis pun yang bisa aku tinggalkan.
Kerana semuanya terlalu indah untuk dilupakan.

Namun,
andai bukan engkau yang memiliki rasa ini,
Biar kisah ini hanya berhenti di sini.
Terlalu banyak episod yang akan ku mulai.
Pastinya, ia akan jadi satu memori yang terindah.
Bersama pemilik rasa yang mendapat rahmat Ilahi.