Followers

Monday 30 July 2012

Ramadhan...

Assalamulaikum w.b.t..

Alhamdulillah, 10 hari telah berlalu.. Fasa kedua akan bermula tidak lama lagi. Teringat akan satu hadis..


Alhamdulillah.. Fasa pertama iaitu KERAHMATAN telah kita lalui.. Adakah kita berjaya mencapai fasa yang pertama ? Adakah kita berjaya mendapatkan maghfirahNya di fasa yang kedua ini ? Jangan sia-siakan Ramadhan. Meh sama-sama kita terus melakukan segala amalan dengan sebaik mungkin. Mudah-mudahan kita mendapat pahala / ganjaran yang dijanjikan Allah dalam bulan yang mulia ini. Mudah-mudahan juga, semua dosa-dosa kita yang lalu ataupun yang akan datang akan diampunkanNya. Ameen Ya Allah..

Friday 27 July 2012

Cerpen 3 : Segala KeranaNya..


"Astaghfirullahal'azim!! Lina!! Apa yang kau buat ni??", Zahra sangat terkejut melihat apa yang sedang dilakukan Lina. "Hey minah! Kau diam boleh tak? Kau sebok apesal? Lantak la kami nak buat ape pon.. Kau kecoh apesal??" Kedengaran suara garau milik lelaki yang berdiri di sebelah Lina. "Ha'ah.. Kau ni apehal ni Zahra.. Tak payah nak buat-buat alim la kat sini. Kau tak suke, kau boleh blah ok.." "Hahahahaha.. padan muke.. hahahaha" suara Lina dan teman lelakinya bergabung. Terasa ada manik-manik jernih yang berguguran di pipi Zahra. Terasa ada satu beban tanggungjawab yang masih belum terlaksana dan kini beban itu semakin bertambah. "Ya Allah.. Kau lindungilah kawanku dari berbuat maksiat kepadaMu.. Jua, pinjamkanlah aku sedikit dari kekuatanMu untuk menegur Lina Ya Allah.." teresak-esak Zahra menahan sendu. Walaupun, ini bukanlah pertama kali Lina buat hal, tapi kali ini sudah keterlaluan sehingga berani membawa masuk lelaki ke dalam bilik. Bilik yang hanya memuatkan 2 orang di kampus itu sebenarnya secara tidak langsung telah memberi 'manfaat' kepada pelajar seperti Lina.

**********
Zahra ke kampus seperti biasa. Zahra seorang anak kelahiran Johor dan kini sedang menuntut di salah sebuah IPT tempatan. Zahra adalah seorang yang lembut, tapi siapa yang mengenalinya pasti mampu melihat kekuatan di sebalik dirinya itu. Sikap tenang dan mesra membuatkan ramai yang ingin mendekatinya. "Assalamualaikum Zahra.." Tegur salah seorang classmatenya, Saifullah. "Waalaikumsalam.." perlahan suaranya. Zahra hanya menunduk dan terus berlalu. Terasa kurang selesa apabila ditegur sedemikian rupa. Apatah lagi setelah dia mendengar desas-desus mengatakan bahawa Saifullah menyimpan perasaan terhadapnya. Zahra tidak mahu terperangkap dalam mana-mana fitnah. Hati dan perasaannya masih 'terpelihara'. Dia tidak ingin 'mensia-siakannya' kepada seseorang yang tidak berhak memilikinya melainkan satu nama yang telah termaktub di SANA. 

"Zahra!! Semalam aku dengar macam kecoh-kecoh kat bilik kau.. Nape? Lina buat hal lagi?" tanya Safirah jiran Zahra dan Lina di asrama. Zahra tidak tahu bagaimana harus menjawabnya. Bimbang tersilap cakap, aib rakannya didedahkan. Akhirnya, hanya senyuman Zahra sebagai jawapan. Biarlah diam dari berbicara yang sebarangan. InsyaAllah, Zahra sedang mengatur strategi bagaimana untuk menegur Lina. 

**********
Hari itu hari minggu. Sedang duduk termenung di meja study, Zahra teringat kembali kata-kata seorang rakan non-Muslimnya mengenai Islam. "Zahra, I kasihan sama you.. I tengok agama you macam mengongkong you je.. Pakai ini tak boleh, itu tak boleh.." Luah Mei Lin sambil menunjukkan ke arah skirt serta blouse yang dipakainya.. Zahra tersenyum. Sedikit pun tidak tersinggung atau merasa rendah diri dengan apa yang dipakainya.. Dia sudah 'mangli' dengan kata-kata tersebut. Bukan setakat non-Muslim, yang Muslim sendiri pon lebih kurang sahaja, Namun, Zahra tidak cepat melatah. "Mei Lin.. Zahra tak rasa terbeban pun la pakai macam ni. Sebaliknya, Zahra rasa selamat dan Islam ialah satu agama yang sangat menjaga penganutnya." "Ohh. really??" Riak muka Mei Lin sedikit terkejut. " Yes Mei Lin.. Ok.. For example, there are two glasses. The right one is covered with something. and the left does not cover up. Which one will u choose in case u want to drink?" Zahra cuba memberi gambaran yang lebih jelas. "For sure i'll choose the covered one. Takkanlah kita nak minum pakai gelas yang terdedah kan.." Bersungguh-sungguh Mei Lin menjawab soalan. "So, it goes same to Muslim women..The covered one is more appreciated and valued rather than uncovered.. That is the way, right?" ^^ Begitulah berhikmahnya seorang Zahra. 

Tiba-tiba.. Banggg!! Pintu bilik dihempap kuat. Lina yang baru pulang dari kuliah tiba-tiba naik angin. "Eh, kenapa ni Lina? Ada masalah apa ni?" tanya Zahra. "Kau diam la! Ni sume ko punya pasal! Kau bukan nak ingatkan aku pasal assignment tu.. Ko memang sengaja nak bagi aku fail kan.." Tuduh Lina. Zahra yang tidak tahu apa-apa tersentap. "Lina, macamana Zahra nak ingatkan.. Setiap hari Lina keluar. Pastu balik lewat malam time Zahra dah tido. Tak sempat langsung nak jumpa Lina. Semalam je baru nampak Lina.." "Hey pompuan! Ko ni memang sengaja kan. Ko jeles dengan aku sebab aku ada pakwe. Ko tu takdek sape pon nakkkan ko. Kalo nak pon, ko tu jual mahal. Eleh... dasar pompuan tak sedar diri!" Maki hamun Lina. Kesat sekali kata-katanya. Akhirnya, Zahra memilih untuk diam. Susah nak bercakap dalam keadaan Lina marah-marah.

Zahra tahu keadaan hanya akan bertambah keruh seandainya dia terus berbicara. Dalam hati, Zahra berdoa kecil. Mudah-mudahan Allah menyentuh hati Lina dan berikan hidayah kepadanya. Zahra teringat akan pesan walid, "Ingat Zahra.. Bila berjumpa dengan orang yang baik dan soleh, doakanlah agar mampu menjadi sepertinya. Andai berjumpa dengan orang yang enggan menuruti perintah Allah, kasihanilah dia. Doakanlah dia agar mendapat hidayah. Sesungguhnya, kita tidak tahu bagaimanakah pengakhiran hidup kita. Kadangkala yang baik itu boleh berubah menjadi jahat dan begitu juga sebaliknya." Adakah kalimah agung itu akan menjadi kalimah terakhir yang akan aku ucapkan? Menitis air mata Zahra!

**********
Pada petang itu, dia bercadang untuk ke kedai buku. Hajat dihati ingin membaca buku karya Fatimah Syarha, Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul. 

Hampa hati Zahra bila mengetahui buku tersebut out of stock. Susahnya nak mendapatkan buku tersebut. Mungkin itulah dugaan untuk menguji sejauh mana kesungguhan diri mendapatkan sebuah ilmu.  Zahra tidak bersendirian. Dua orang sahibahnya yang juga penggemar buku-buku ilmiah turut serta ke kedai tersebut, Aisyah dan Zinnirah. Akhirnya mereka pulang semula ke kampus dengan tangan kosong tapi dengan ukhwah yang semakin erat. “Seorang Muslim bersaudara dengan Muslim yang lain. Ia tidak menganiayanya, tidak pula menyerahkannya (kepada musuhnya). Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi pula keperluannya. Siapa yang melapangkan suatu kesulitan seorang Muslim, Allah akan melapangkan baginya satu kesulitan pula dari kesulitan-kesulitan yang dihadapi di hari kemudian.” (Bukhari dan Muslim)

Setelah hampir satu jam setengah, Zahra sampai di biliknya. Jam menunjukkan pukul 630 petang. "Ya Allah! Lina!!" Menjerit Zahra melihat keadaan Lina yang berlumuran darah dan terduduk di tepi mangkuk tandas. "Tolong aku Zahraa. Sakit.." Rintih Lina tak bermaya. Air mata sudah kering. Entah berapa lama Lina berada dalam keadaan itu. "Lina! Kau gugurkan kandungan?? MasyaAllah!" Terkedu Zahra. Perlahan air matanya mula membasahi pipi dan tudung labuhnya. "Lina.. Kenapa buat macamni.. Kenapa tak cerita kat Zahra.. Kalo ada masalah InsyaAllah, Zahra tolong. Tapi, bukan macamni caranya Lina.." Hampir mencium lantai. Zahra menangis. Terasa berat sekali. Berat Zahra memandang, berat lagi Lina yang menanggung. "Zahra.. Roy.. dia.. dia suruh aku gugurkan kandungan ni. Di..di..aa paksa aku Zahra! Aku tak tau nak buat macamana. Roy tak mau bertanggungjawab Zahra.. Please Zahra, jangan bagitau sesiapa. Aku tak nak kena buang kolej.." Nasi sudah menjadi bubur. Akibat terlalu percayakan boyfriendnya, Lina sanggup menggadai maruah. "Benda dah jadi, tak boleh nak buat apa-apa. Lina, sabar erk. Kita g hospital ok. Zahra nak g pinjam kete kejap kat Maisarah. Tunggu kejap. Kalo nak call ambulans, nanti kecoh. Lina, la tahzan. Innallah ma'ana." Sambil tersenyum kelat. 

**********

"Dan tidak patut bagi seorang mu'min laki-laki dan mu'min perempuan, jika Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, kemudian mereka mencari pilihan )yang lain) dalam urusan mereka." (al-Ahzab : 36)

Menitis air mata Lina apabila mendengar terjemahan surah Al-Ahzab yang di baca oleh Zahra. Lina merupakan seorang bekas pelajar sekolah agama. Dia mampu memahami ayat yang di baca dengan baik. Lina kini sedar. Sudah terlalu jauh dia terpesong. Sudah beberapa hari dia tidak ke kuliah dek kesakitan akibat keguguran yang masih terasa. Hanya Zahra yang sentiasa di sisi. Roy, teman lelaki yang pernah dijulang-julang suatu ketika dahulu, sudah entah ke mana. Menitis lagi air matanya mengenangkan sikap kasar terhadap Zahra. "Hey.. nape nanges-nanges ni. Senyum la sikit. Takmo nanges-nanges da." Zahra cuba menceriakan keadaan. "Zahra..Lina nak mintak maaf banyak-banyak. Selama ni Lina kasar sangat dengan Zahra.. Lina dah insaf sekarang. Lina dah jauh terpesong. Lina nak bertaubat Zahra.. " teresak-esak Lina. "Alhamdulillah.. Allah masih sayangkan Lina. Dia tiupkan hidayahNya pada Lina. Allah sentuh hati Lina. Alhamdulillah. Masih belum terlambat Lina. Selagi nyawa tidak sampai di kerongkong, selagi itulah pintu taubat masih terbuka.." sayu Zahra. Air matanya juga tidak dapat dibendung lagi. Terharu mendengarkan kata-kata Lina. Syukur yang tidak terhingga!

Duhai insan,

Pandanglah setiap manusia yang berdosa itu

dengan mata hati.

Nilailah manusia yang khilaf itu

dengan neraca kasih sayang.

Pasti kau melihat

Saki baki kebaikan di sudut hati mereka.


Pada malam itu, Lina bangun untuk bersendirian dengan Tuhannya. Sudah lama dia tidak berbuat demikian. Lina sudah lupa bagamana rasanya ketenangan itu. Lina sudah lupa bagaimana syahdunya tika bersendirian dengan Allah. Yang Lina ingat, kali terakhir dia bangun untuk bertahajjud ketika malam 1 Ramadhan sewaktu berumur 17 tahun. Bergenang air matanya tatkala mengingatkan Ramadhan.

Bulan Ramadhan bulan yang berkat,

Bulan rahmat dan bulan utama,

Pahala digandakan doa diterima,

Malam Lailatul Qadar yang istimewa.

Ya Allah, rindunya Ramadhan! 

Mudah-mudahan masih sempat bagiku untuk bertemu Ramadhan pada tahun ini. 

**********
Sudah beberapa bulan Lina berubah. Alhamdulillah. Allah mempermudahkan Lina untuk berubah. Rakan-rakan di sisi tidak pernah menolak bahkan rasa gembira yang tak terhingga. Cuma masih ada segelintir rakan-rakan Lina yang masih belum ingin kembali ke pangkal jalan yang sentiasa mengganggunya. Namun, sahabat di sisi, sentiasa memberi sokongan.
Zahra, tidak pernah berenggang dengan Lina. 

Suatu hari ketika sedang menjamu selera di bilik, Lina berkata.. "Zahra.. Kenal Saifullah kan?" "Saifullah? Yang classmate Zahra tu kan? Kenal.. Nape?" "Takdek pape. Saje tanya. Suke sangat tengok orang laki pakai kopiah macam Saifullah tu. Nampak soleh je. Kalo la dapat suami macam tu, sejuknya hati.." Zahra hanya tergelak kecil. Zahra tidak tahu apa yang dicakapkan Lina itu bakal menjadi satu ujian bagi dirinya.   

**********
Semester itu merupakan semester terakhir bagi Zahra, Lina dan yang lain-lain. Untuk bergelar seorang graduan, banyak perkara yang harus ditempuh. Suka mahupun duka sebahagiannya telah menjadi satu memori. Ujian yang akan datang pula sebenanya semakin mendewasakan mereka. "Alhamdulillah..Sebulan lebih lagi, kita dah nak graduate kan, Lina." Senyum Zahra. Segulung ijazah bakal diperoleh. Syukur! Bersama seorang sahabat menggapai kejayaan. insan mana yang tidak gembira? Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan Lina dan Zahra pada waktu itu. Bahagia.

Masih berbaki beberapa minggu untuk bergelar seorang graduan. Zahra, pada ketika itu sedang berbual dengan classmatenya di kafeteria. Lina juga turut berada disitu. Tiba-tiba, "Assalamualaikum. Awak Lina kan? Ada surat untuk awak.." Lina terkejut dan terkedu. Lipatan surat itu dibuka perlahan-lahan. Gementar hatinya. Sejuk tangannya.  Hatinya mula membaca satu persatu perkataan yang ditulis.

"Assalamualaikum, buat sahibah dunia dan pastinya sahibah ukhrawi Nur Azzahra' bt Mohd Azfar..

Sebagai seorang sahabat, sudah tentu kita menginginkan yang terbaik buatnya. Jadi, sebagai tanda hormat dan lebih menghormati syariat Islam, ana menggunakan orang tengah dan orangnya ialah anti. Ana mohon bantuan dari anti untuk memberi alamat dan nombor wali sahabat anti yang boleh ana hubungi. Moga hajat di hati sentiasa diberkati dan dipermudahkan segala urusan hati. Barakallahufik ya ukhti. 
Sekian, wassalam"

~Ahmad Saifullah b Ahmad Sayuthi~


Belum sempat Zahra bertanya, Lina sudah bangun dan melarikan diri. Hati dan perasaanya sangat kecewa. Lina kebingungan. Belum pernah setulus itu dia mencintai seseorang. Juga, belum pernah dia memiliki sahabat sejati seperti Zahra. Saifullah pula, insan yang pertama kali menyentuh hatinya. Melihat akan dia, Lina sentiasa ingin menjadi semakin baik. Kerana dia tahu, lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik. Bukan niat dia untuk melukakan hati sahabat baiknya, Zahra. Tapi, tidak terbendung rasanya kecewa itu. Dia tidak mahu menunjukkan rasa sedihnya di hadapan sahibahnya. Biarlah dirinya yang menanggung rasa itu. Dia yakin, andai sudah berjodoh takkan ke mana. Lina yakin akan janji Allah.

Lina ternyata telah membawa diri entah ke mana. Dia meletakkan surat tersebut di atas meja study Zahra di bilik. 

Zahra teringatkan pertanyaan Lina mengenai Saifullah tempoh hari. Disangkakan pertanyaan kosong yang tidak membawa sebarang makna, tetapi sebaliknya. Zahra, dalam diam turut menyimpan perasaan terhadap Saifullah. Hanya Allah dan Zahra sahaja yang tahu. Zahra tidak memberitahunya pada Lina ataupun sahabat yang lain kerana ingin menjaga hati. "Diamkan lelaki yang kau sukai, berdoa pada Illahi, InsyaAllah, kau pasti dicari.."  Prinsip yang dipegang Zahra ini telah menjadi kenyataan. Hati Zahra tidak tenang. Apakah jawapan yang harus diberikan pada Saifullah? Sedangkan Lina amat memerlukan lelaki soleh seperi Saifullah untuk membimbingnya. "Ya Allah.. Bantulah aku.." rintih Zahra di dalam hati. 

Di 1/3 malam itu, Zahra bangun bermunajat. Memohon Allah tunjukkan jalan dikala dia keliru memilih kata satu dari dua, memilih hati atau sahabat, memilih untuk terluka atau melukakan.. "Ya Allah.. Berilah petunjukMu. Aku buntu Ya Allah.." rintih Zahra dalam kesayuan.

**********

Zahra sudah bersedia menempuh sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Dia telah nekad dengan keputusannya. Dia yakin, Allah telah melapangkan dadanya menerima segalanya.  Dia juga yakin, Allah telah menyusun satu perancangan terbaik buat dirinya. Takkan goyah keyakinannya itu !

Sudah beberapa hari Lina menghilangkan diri. Puas Zahra mencari. Tapi tidak ketemu juga. Pada malam itu, tepat jam 12.00 malam, sebatang pen dicapai Zahra, sehelai kertas A4 ditarik. Sudah tersemat beberapa ayat yang ingin dia coretkan sebagai balasan kepada surat 'lamaran' meskipun melalui orang tengah,

Assalamualaikum akh..

Mudah-mudahan Allah sentiasa membuka lorong-lorong bagi kita untuk mendahulukan sahabat dan melebihkannya dalam segala hal. 

Akh..

Lina seorang muslimah yang baik. Dia memerlukan seorang suami soleh untuk membimbingnya. Ana tidak melihat ada insan lain melainkan akh yantemg mampu untuk mendidiknya. Anggaplah itu sebagai salah satu usaha untuk mengajak manusia ke arah kebaikan. 

Perancangan Allah-lah yang terbaik. 

Sekian - Nur Azzahra' bt Mohd Azfar


**********

Zahra kini berada di Kaherah, Mesir. Sudah  setahun lebih dia berada di sana. Dia sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Usuluddin peringkat master. Tinggal beberapa bulan lagi dia akan menamatkan pengajiannya. Terasa begitu pantas masa berlalu. "Hmm..aku doakan rumahtangga Lina dan juga akh sentiasa di bawah rahmatNya.." Rindu yang semakin menebal apabila mengingatkan Lina, sahabat dunia dan akhiratnya. Sudah lama tidak berkirim khabar. Bukan Zahra tidak mahu, disebabkan terlalu sibuk dan rasa segan untuk menghubungi Lina. 

Pada keesokan harinya, Lina menghubungi Zahra. Disangkakan Zahra yang akan menghubungi Lina tetapi sebaliknya. Lina meminta Zahra untuk pulang segera ke Malaysia kerana masa Lina sudah suntuk. Tersentap jantung Zahra. Kata-kata yang amat mendalam. Tanpa membuang masa, Zahra membuat persiapan untuk pulang ke tanah air yang tercinta. Zahra kini sudah dalam perjalanan pulang ke sana. Di dalam hati, tidak putus-putus doa Zahra kirimkan buat sahabatnya itu. Zahra mohon agar Allah tidak mewafatkan dirinya ataupun Lina sehingga mereka bertemu dan bermaaf-maafan. Rintih hari Zahra sendirian.

**********
Di dalam wad Melor, kini di samping Lina ialah sahabatnya. Sudah beberapa tahun tidak bertemu. Terasa banyak perkara yang hendak dibualkan. Tapi, masa yang semakin suntuk tidak mengizinkan. Hanya ucapan maaf yang diucapkan. Kiri dan kanan Lina adalah kedua ibu bapanya. Tidak lupa, suami yang tercinta, Ahmad Saifullah. Tiba-tiba, Lina kelihatan seperti sesak nafas. Dadanya turun naik. Ahmad Saifullah kelam-kabut memanggil doktor. Tapi, apabila panggilan Allah itu tidak dapat ditangguhkan walau sesaat pun, maka apalah erti seorang doktor pada detik itu. Kalimah "Lailahaillallah" menjadi kalimah terakhir di bibir Lina. Wad Melor kini dihiasi dengan tangisan. Benarlah janji Allah. "Setiap jiwa pasti akan merasai mati.." Walau Lina kelihatan masih muda, adakah ajal mengenal usia ? 

Sedih, sayu, Saifullah. Isteri tercinta telah pergi meninggalkannya. Perjuangan harus diteruskan. Hanya doa pengiringnya. Saifullah kemudiannya mendekati Zahra lalu menyerahkan satu surat kepadanya. Di sampul surat tersebut, tertulis namanya dan juga Lina. 

Assalamualaikum Sahabat dunia dan akhirat yang amat dirindui.

Dengan Nama Allah Lina coretkan segala yang tersimpan.
Wahai sahabat, terima kasih kerana sudi berkorban kasih. Meski Lina tahu Zahra turut menyimpan perasaan terhadap Saifullah pada satu masa dahulu. Lina harap, perasaan itu masih tersemat kemas. Zahra, Lina menyusun sepuluh jari mohon kemaafan kerana tidak menjadi sahabat yang baik dan yang mendahulukan sahabatnya dalam segala sesuatu. Pada waktu itu, Lina baru tahu yang Lina sebenarnya menghadapi kanser rahim. Hanya ada beberapa tahun untuk hidup mengikut jangkaan. Dan, doktor turut mengatakan bahawa peluang Lina untuk mendapatkan zuriat sangatlah tipis. Tapi, Lina tidak mahu menjadi manusia yang mudah mengalah tanpa usaha. Disebabkan itu, Lina berhajat mengahwini Saifullah dengan asbab rasa kasih Lina padanya dan juga dengan harapan Lina mampu untuk melahirkan seorang zuriat sebagai saham Lina di akhirat kelak. Namun, Allah Maha Mengetahui. Lina berada dalam keadaan kritikal dan tidak mampu melahirkan walau seorang anak. Sedihnya hati ni tak terkata. Allahlah yang Maha Tahu. Wahai sahabatku, Lina mohon, andai masih ada rasa kasihmu buat diri Saifullah keranaNya, maka, binalah rumahtangga dengannya jua keranaNya. Lahirkanlah zuriat seramai yang boleh dan didiklah mereka dengan kebaikan agar dapat membuatkan baginda Rasulullah s.a.w gembira dek ramainya umat dan keimanan mereka. Wahai sahabat, mungkin saat dibacanya surat ini, Lina mungkin sudah pergi menghadap ilahi. Jangan sesekali bersedih hati. InsyaAllah Lina yakin. Kerana kasihnya kita keranaNya, pasti kita akan bertemu lagi di sana nanti. Lina doakan, masjid yang bakal dibina Zahra dan Saifullah kelak sentiasa diberkahi dan dirahmatiNya. Lina dengan berlapang hati gembira sekiranya Zahra menerima Saifullah sebagai teman hidup. Sekian, wassalam. =')

Yg amat merinduimu,
Lina

Sudah tidak tertahan lagi tangisan Zahra. Andai Zahra tahu akan penyakit Lina, sudah pasti Zahra tidak akan ke mana-mana, sebaliknya berada di sisi Lina setiap masa. Namun, perancangan Allahlah yang terbaik. Allah menyusun segalanya penuh hikmah. Semakin bertambahlah sangkaan baik Zahra pada Allah. Kasihnya yang pernah diletak tepi dan ditinggalkan sepi kerana mendahulukan seorang sahabat, kini Allah benar-benar menunjukkan kekuasaanNya. Allah Maha Besar !

**********
Sekembalinya Zahra dari Kaherah, semua orang sibuk untuk mempersiapkan majlis perkahwinan yang akan berlangsung dalam masa beberapa hari lagi. Saifullah terlebih dahulu beristikharah dan juga beristisharah dan akhirnya hatinya tenang menerima Zahra. Begitu juga Zahra. Maka, pada hari yang ditunggu-tunggu, Saifullah dan Zahra berjaya diijabkabulkan. Gugur airmata Zahra atas rasa syukur kerana dapat menyempurnakan separuh dari agamanya. Majlis sederhana penuh dengan kebahagiaan. 

Wallahu'alam.. =)

Tuesday 24 July 2012

I'm falling in love !

Assalamualaikum w.b.t.. 


Just wanna to share sumthing with you guys ! :)


Sometimes, when i woke up in the morning, I have this kind of feeling which is some sort like 'falling in love'.. Ngee~

But.. the matter is I don't know whom I love. It's just a feeling. It takes almost a week you know to 'recover'.. LOL~

Anyway, I always remember one thing. Allah is the creator of everything included such feeling; LOVE. So, its not a weird thing as Allah is Ar-Rahman and Ar-Rahim, isn;t ? 

Perhaps, Allah let me feel that LOVE, so I will never forget Allah who is such a wonderful LOVER =')

Also, it might be the 'splash' of HIS GREATEST LOVE.. It's not impossible right ? ^^

Are you in the same shoes ? =) *Yea. gang ! =D

Look at this quote which I love most ! It touched me *_*

"Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka 
biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH 
kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia 
pun berhilir hanya kepada ALLAH :)



These are some pictures of mine when I was at Jabal Rahmah, 'Arafah which is a fulfilled place of du'a especially who asking for soul mate. 
Hopefuly, all the du'as made here will be answered.. And, of course included my du'a. :')



Saturday 21 July 2012

Aku ingin menjadi baik..

Tatkala terlalu banyak yang aku beri,
Tatkala kelihatan banyak ilmu yang dikongsi,
Tatkala lancar lidah ku menyebut,
Jangan kau kira,
Aku  orang baik..

Saat hati kelihatan mudah tersentuh,
Saat air mata berlinangan tanpa henti,
Saat mudah aku menasihati,
Jangan kau ingat,
Aku orang yang baik..

Wahai adik-adikku..
Aku juga insan sepertimu..
Kadang-kadang alpa, leka dengan nafsu..
Aku juga insan sepertimu,
Yang sering membuat nista,
Barangkali jauh lebih buruk darimu.

Wahai adik-adikku sayang..
Cuba lihat ke dalam mata hatiku..
Cuba kau selami isi hati ini..
Sebenarnya, aku orang yang jahat !

Apa yang kau dengar dariku,
Apa yang kau lihat padaku,
Apa yang kau rasa untukku,
Semuanya kerana aku sedang berusaha.

Ya,
Aku memberi, 
Aku berkongsi,
Aku mengingati,
Sebenarnya, itu bukan untukmu..
Tapi, memberi 'makanan' kepada jiwaku..

Wahai Allah..
Ampuni aku..
Kerna mudah aku mengajak manusia kepada kebaikan,
Sedangkan aku,
Makin jauh dari itu..

Wahai Allah..
Bulan ini bulan barakah..
Kurniakan aku secebis rahmatMu..
Agar dengan itu,
Aku tidak mendapat tempat di nerakaMu..

Wahai Allah..
Ampuni seluruh anggotaku..
Yang telah aku salahgunakan..
Ampunkan aku Ya Allah.. :'(





Wednesday 18 July 2012

Andainya ini Ramadhan Terakhirku..



Andai engkau tahu ini Ramadhan terakhir bagimu,Pastilah engkau bersimpuh untuk selalu mengingat Nama_Nya..
Menyanyikan bait cinta kasih dan pujian-pujian untuk_Nya.

Andai engkau tahu ini Ramadhan Terakhir bagimu, pastilah engkau selalu mengingat-Nya setiap saat,
kau rapikan sholatmu menjadi ala waktiha,tidak seperti selama ini yang hanya fi waktiha atau bahkan terlalu sering engkau lupakan.

Sholatmu pastilah menjadi sangat berkualiti, Khusyu’, tawadhu’ sebagaimana seorang hamba,saat memohon sesuatu kepada Tuannya...
Merenungi akan sumpah yang terus saja engkau ingkari ,Ingatkah janjimu;“bahwa sholatmu,ibadahmu,hidup dan matimu hanya engkau serahkan kepada_Nya..?”

Andai engkau tahu ini Ramadhan Terakhir bagimu,Pastilah rumahmu akan senantiasa engkau hiasi dengan amal sholeh,kau tak akan melepas sedetik pun tanpa melantunkan firman-firman_Nya.

Siang,malam senantiasa mengabdi pada_Nya
Saat siang tiba,kau singkap lebih banyak waktu diantara urusan duniamu untuk menyatakan cintamu kepada_Nya
Saat malam tiba,Qiyamul lail menjadi teman akrab bagimu.

Andai engkau tahu ini Ramadhan Terakhir bagimu,Pastilah engkau kenang kembali dosa2mu.Durhaka kepada ayah bunda karena telah melupakan mereka...Menangis karena tak sempat berziarah,menabur do'a untuk mereka,Air mata membanjir dari matamu Membasahi hatimu yang penuh dosa dan nista..

Andai engkau tahu ini Ramadhan Terakhir bagimu,Pastilah engkau akan bercucuran air mata,mengharap,memohon untuk bertemu Ramadhan berikutnya dengan nikmat yang telah engkau rasakan.

“Yaa Allah,sampaikan umurku untuk dapat bertemu dengan Ramadhan_Mu tahun ini juga Ramadhan_Mu ditahun2 yang akan datang,...Aamiin ya Rabbal'Alamin.


Sunday 8 July 2012

Kau dan aku !

Assalamualaikum w.b.t..  ^^






Katakan padaku,
Apa yang lebih utama melainkan yang paling utama ?
Ketika rasa sedih, sayu dan hiba datang bertandang,
Adakah secebis rasa gembira harus diketepikan ?
Ketika hati mula menghitung kebaikan yang dilakukan kesekian hari,
Pernahkah dikira akan salah dan dosa diri ?


Katakan jua padaku,
Redha siapa yang kita cari.
Acapkali kau bangun dari tidur yang sementara,
Lantas kau bersedih dek ujian yang kunjung tiba.
Tidakkah engkau berasa gembira dan syukur
Atas nyawa yang masih kau 'guna'?


Wahai hati-hati yang terluka.
Penuhkan dadamu dengan baik sangka.
Biar manusia itu hancurkan hatimu,
Biar tiada pengharapan secebis pun pada ciptaanNya.


Wahai hati-hati yang dambakan kasih sayangNya.
Ingatilah Dia walau dalam senangmu.
Sebutlah namaNya setiap masa.
Lazimkan dirimu untuk sentiasa mengingatiNya,
Kerna mati itu bila-bila masa.


Wahai hati-hati yang keliru,
Lepaskanlah insan yang tidak memberi nilai tambah pada hidupmu,
Pasti akan ada gantinya.
Permudahkanlah urusan orang susah yang kau temu,
Kelak Allah akan memudahkan urusanmu.



Wednesday 4 July 2012

Adab Berbicara, Berdebat Dan Memberi Pendapat


ADAB BERBICARA 


1. Dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W disebutkan: “Barangsiapa yang beriman pada ALLAH SWT dan hari akhir, maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.” 
- (HR Bukhari Muslim)



2. Berbicara harus jelas dan benar, sebagaimana dalam hadis Aisyah r.a. : “Bahawasanya perkataan Rasulullah S.A.W. itu selalu jelas sehingga boleh difahami oleh semua yang mendengar.” 
- (HR Abu Daud) 



3. Seimbang dan menjauhi berlarut-larutan, berdasarkan sabda Nabi Muhammad S.A.W: “Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan berlagak dalam berbicara.” Maka dikatakan: "Wahai Rasulullah, kami telah mengetahui erti ats-tsartsarun dan mutasyaddiqun, lalu apa makna al-mutafayhiqun?" Maka jawab Nabi S.A.W: “Orang-orang yang sombong.” 
- (HR Tirmidzi dan dihasankannya) 



4. Menghindari banyak berbicara, kerana khuatir membosankan yang mendengar, sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Wa’il: “Adalah Ibnu Mas’ud ra senantiasa mengajari kami pada setiap hari Khamis. Maka berkata seorang lelaki: "Wahai Abu Abdurrahman (gelaran Ibnu Mas’ud), seandainya mahu anda mengajari kami setiap hari?". Maka jawab Ibnu Mas’ud : "Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir membosankan kalian, kerana akupun pernah meminta yang demikian pada Rasulullah S.A.W dan beliau menjawab khuatir membosankan kami” 
-(HR Muttafaq ‘alaih) 



5. Mengulangi kata-kata yang penting jika diperlukan. Dari Anas r.a. bahwa Nabi Muhammad S.A.W. jika berbicara, maka baginda mengulanginya 3 kali sehingga semua yang mendengarkannya menjadi faham, dan apabila baginda mendatangi rumah seseorang, maka baginda pun mengucapkan salam 3 kali. 
- (HR Bukhari) 



6. Menghindari mengucapkan yang bathil. Berdasarkan hadis Nabi Muhammad S.A.W. : “Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diredhai ALLAH SWT yang ia tidak mengira yang akan mendapatkan demikian sehingga dicatat oleh ALLAH SWT keredhaan-NYA bagi orang tersebut sampai nanti hari Kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan satu kata yang dimurkai ALLAH SWT yang tidak dikiranya akan demikian, maka ALLAH SWT mencatatnya yang demikian itu sampai hari Kiamat.” 
- (HR Tirmidzi dan ia berkata hadis hasan shahih; juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah)



7. Menjauhi perdebatan sengit. Berdasarkan hadis Nabi Muhammad S.A.W.: “Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan kerana terlalu banyak berdebat.” 
- (HR Ahmad dan Tirmidzi) 



Dan dalam hadis lain disebutkan sabda Nabi Muhammad S.A.W: “Aku jamin rumah di dasar syurga bagi yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah syurga bagi yang menghindari dusta walaupun dalam bergurau, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaknya.” 
- (HR Abu Daud) 



8. Menjauhi kata-kata keji, mencela, melaknat, berdasarkan hadis Nabi Muhammad S.A.W: “Bukanlah seorang mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.” 
- (HR Tirmidzi dengan sanad shahih) 



9. Menghindari banyak bergurau yang keterlaluan. Berdasarkan hadis Nabi Muhammad S.A.W: “Sesungguhnya seburuk-buruk orang disisi ALLAH SWT di hari Kiamat kelak ialah orang yang suka membuat manusia tertawa.” 
- (HR Bukhari) 



10. Menghindari menceritakan aib orang dan saling memanggil dengan gelaran yang buruk. Berdasarkan ayat al-Quran, Surah Al-Hujjurat:11, juga dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W: “Jika seorang menceritakan suatu hal padamu lalu ia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya.” 
- (HR Abu Daud dan Tirmidzi dan ia menghasankannya) 



Adab dan Sopan, Rabbani



11. Menghindari dusta. Berdasarkan hadis Nabi Muhammad S.A.W: “Tanda-tanda munafik itu ada tiga, jika ia berbicara ia berdusta, jika ia berjanji ia mengingkari dan jika ia diberi amanah ia khianat.” 
- (HR Bukhari) 



12. Menghindari ghibah(mengutuk) dan mengadu domba. Berdasarkan hadis Nabi Muhammad S.A.W: “Janganlah kamu saling mendengki, dan janganlah kamu saling membenci, dan janganlah kamu saling berkata-kata keji, dan janganlah kamu saling menghindari, dan janganlah kamu saling mengghibbah satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba ALLAH yang bersaudara.” 
- (HR Muttafaq ‘alaih) 



13. Berhati-hati dan adil dalam memuji. Berdasarkan hadis Nabi Muhammad S.A.W dari Abdurrahman bin Abi Bakrah dari bapanya berkata: Ada seorang yang memuji orang lain di depan orang tersebut, maka berkata Nabi SAW: “Celaka kamu, kamu telah mencelakakan saudaramu! Kamu telah mencelakakan saudaramu!” (dua kali), lalu kata baginda SAW: “Jika ada seseorang ingin memuji orang lain di depannya, maka katakanlah: MAASYAA-ALLAHU LAA QUWWATA ILLAA BILLLAH (Sungguh atas kehendak Allah-lah semua ini terwujud), lalu barulah katakan apa-apa pujian sesuai kenyataannya.” 
- (HR Muttafaq ‘alaih dan ini adalah lafzh Muslim)
*Nota: Penjelasan lanjut tentang 'Bahaya Ain' di sini 



Dari Mujahid dari Abu Ma’mar berkata: "Berdiri seseorang memuji seorang pejabat di depan Miqdad bin Aswad secara berlebih-lebihan, maka Miqdad mengambil pasir dan menaburkannya di wajah orang itu, lalu berkata: Nabi Muhammad SAW memerintahkan kami untuk menaburkan pasir di wajah orang yang gemar memuji."
- (HR Muslim) 



ADAB MENDENGAR 




1. Diam dan memperhatikan (ayat al-quran, Qaf:37).



2. Tidak memotong/memutus pembicaraan.



3. Menghadapkan wajah pada pembicara dan tidak memalingkan wajah darinya sepanjang sesuai dengan syariat (bukan berbicara dengan berlawanan jenis).



4. Tidak menyela perbicaraan saudaranya walaupun ia sudah tahu, sepanjang bukan perkataan dosa.



5. Tidak merasa dalam hatinya bahwa ia lebih tahu dari yang berbicara.



ADAB MENOLAK / TIDAK SETUJU


1. Ikhlas dan menghindari sifat senang menjadi pusat perhatian.



2. Menjauhi ingin tersohor dan terkenal.



3. Penolakan harus tetap menghormati dan lembut serta tidak meninggikan suara.



4. Penolakan harus penuh dengan dalil dan taujih.



5. Menghindari terjadinya perdebatan sengit.



6. Hendaknya dimulai dengan menyampaikan isi benarnya terlebih dulu sebelum memberi komen yang salah.



7. Penolakan tidak bertentangan dengan syariat.



8. Hal yang dibicarakan hendaknya merupakan hal yang penting dan dapat dilaksanakan dan bukan sesuatu yang belum terjadi.



9. Ketika menolak hendaknya dengan memperhatikan tingkat ilmu lawan bicara, tidak berbicara di luar kemampuan lawan bicara yang dikhuatirkan menjadi fitnah bagi diri dan agamanya.



10. Saat menolak hendaknya menjaga hati dalam keadaan bersih, dan menghindari kebencian serta penyakit hati.