Followers

Monday 4 January 2016

Pernah suatu ketika.



Pernah suatu ketika
Keyakinan diri ku tiada
Hanya menurut tanpa percaya
Memandang diriku tanpa harga
Yang tidak berhak memiliki sesiapa.

Pernah suatu ketika
Datangnya sang putera
Dari kayangan aku kira
Bertandang membawa cinta
Menyayangiku setulus jiwa.

Pernah suatu ketika
Aku tenggelam dalam rasa
Yang hanya bertepuk sebelah sahaja
Ku biarkan diriku dilayan tak semena
Ibarat sampah yang bernyawa.

Pernah suatu ketika
Tiada harapan lagi pada sesiapa
Hanya secebis rasa percaya 
Masih ada yang baik disana
Memberiku sinar melangkah semula.

Pernah suatu ketika
Percaya dihujung tanduk cuma
Berharap selebihnya pada Yang Esa
Agar dituntun langkah tak bermaya
Mencari cinta yang belum tentu jumpa.

Pernah suatu ketika
Datang menjengah seribu aksara
Membunuh harapan di dada
Layak tiada untuk sesiapa
Hanya berhak sendiri sahaja.

Pernah suatu ketika
Segala kata semua binasa
Kerna datang seorang pemuda
Yang menerimaku cacat dan cela
Hingga aku terlupa duka lama.

Tiba saat dan tika
Insan itu masih ada
Yang ku sangka takkan berjumpa
Kini dia di depan mata
Berjuang untukku menggapai cita.

Aku pahatkan doa sentiasa
Agar dipermudahkan segala
Mencorak impian dan juga bahagia
Susah senang biar bersama
Moga ini takdir kita.