Followers

Thursday 9 February 2012

Aku nak sangat tutup aurat..Tapi =(

Assalamualaikum w.b.t.. ^^ Baca dialog di bawah ya.






Kawan A : Pernah tak kau terfikir satu perkara?


Kawan B : Mende??


Kawan A : Hmm.. aku ni dah la tak sempurna tutup aurat.. 


Kawan B : Ko jangan cakap camtu. Aku pun..


Kawan A : Aku kadang-kadang pakai baju tangan pendek. Tudung pakai camtu-camtu je. Tak pakai anak tudung.. Tak pakai stokin. Aku risau la..


Kawan B : Kiranya kau nak cakap yang kau dah tak selesa la erk bila pakai camtu??


Kawan A : Hmm.. Aku tingin nak berubah sebenarnya.. Tapi.. aku risau orang tak leh nak tima perubahan aku nanti. Ko tau kan geng kita tu camne.. Fashionable.. 


Kawan B : Bagi aku, kalo ko betol-betol nak berubah go ahead. Aku faham apa yang kau cakap tu. Memang dah tanggungjawab kita kan tutup aurat. Tapi, kau dulu la berubah. Aku tak dapat hidayah lagi. Tak sampai seru orang cakap.


Kawan A : Aku bukan nak bagi ceramah dekat ko.. Tapi, aku pernah tepikir camni tau. Konon-kononkan kita pegi jalan-jalan kat mall mane-mane la kan, dalam keadaan kita tak tutup aurat. Nak dijadikan cita, sampai sudah ajal kita time tu. Kita maybe accident or mati dengan tiba-tiba. Aku takut aku tak sempat nak mengucap and mati dalam keadaan macam ni, dalam keadaan tak tutup aurat. Sebab aritu aku ada baca kat fb, ustaz mane tah cakap, "perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat , rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian ."
(Riwayat Muslim)

Kawan B : Amboi ko, sekali ngan hadis kau kasik erk.

Kawan A : Aku cuma nak bagi evidence je. Kau jangan salah faham pulak. Hmm.. Kalo nak tunggu hidayah, memamg takkan datang free-free. Kita kena carik hidayah tu. Aku rasa kita kena berubah sekarang.

Kawan B : Diam..

Kawan A : Aku takut hidayah atau pun apa yang aku dan kau rasa sekarang ni, cuma datang sekali saja. Rugilah kita kalo tak sambut seruan Allah ni. ="(

Kawan B : Aku pun rasa camtu gak. Tapi, aku tak tau nak start camne.

Kawan A : Apa kata kita start dengan stop pakai baju tangan pendek, seluar ketat.. Then, kita cuba pakai tudung yang tak jarang and menutup dada. Pastu kita biasakan diri dengan pakai stokin pulak. Amacam??

Kawan B : Okey jugak cadangan kau tu.. Aku setuju. InsyaAllah. Mudah-mudahan kita mampu berubah menjadi yang lebih elok. Amin.

Kawan A : (Tersenyum) InsyaAllah. Kalo kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita.. Amin. Permudahkanlah kami Ya Allah.. Jangan sampai kami tak berubah kerana mencari redha manusia.



P/s : Kepada yang ada terdetik di hati untuk lebih menjaga diri dan menutup aurat, lakukanlah perubahan tersebut. Ingat. bukan redha manusia yang kita cari. Bukan manusia tu yang akan bagi kita masuk syurga atau neraka. Tabahkan hati. Mohon lah pada Illahi. InsyaAllah, Allah Maha Mengetahui. Sapa yang betol-betol berkeinginan, InsyaAllah Allah akan tolong. Percayalah.. ^^

6 comments:

  1. tiqah.. doala jen jd cmtu.. tutup aurat dgn sempurna.. :)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah. I pray for all of us.. Mudah-mudahan diberi kakuatan utk terus menutup aurat dan istiqamah di jalanNya. ameen :)

    ReplyDelete
  3. salam. smlm lupa nak minta izin smlm tuk copy dan letak di page ilmi - islam. mohon maaf. moga diizinkan.

    ReplyDelete
  4. Wassalam.. ^^ Alhamdulillah dan syukran jazilan sbb ilmi-islam sebarkan karya ana. mudah2an mmpu bg ksedaran pd org ramai. Xpalah.. bnda da jd kan.. Ada hikmahnya.. InsyaAllah..ana da izinkan. =)

    ReplyDelete
  5. salam ukhuwah...=))
    nice blog and good entry..
    smOge pemiliknya brade dbawah keberkatan Allah slalu..amiinn..insyaALLAH dpermudahkan jalan dakwah.

    ReplyDelete
  6. Salam ukhwahfillah abadan abada..insyaAllah.. Subhanallah! Syukran sgt2 ats doa tu.. tersentuh hati.. =") ameen! Moga Allah pmudahkan jalan dakwah bg kta smua..

    ReplyDelete