Followers

Saturday 22 June 2013

Quran Diari Maghfirah. PROMOSI!

Assalamualaikum wbt..


Ana nak promosi sikit Quran Diari Maghfirah keluaran Maghfirah Pustaka. Quran ini bersaiz 10.5 cm X 14.5 cm. Promotion Price sempena Bulan Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi.. RM 53. Harga Asal RM 55. 




# Kelebihan Quran ini ?

1. Al-Quran Tajwid dan Terjemahan

2. Beserta Asbabu Nuzul (Sebab Turun Ayat)

3. Mengandungi Hadis Sahih dan juga Indeks Tematik

# Berminat? Cara untuk membuat tempahan :

1. Nyatakan nama anda, no telefon, bilangan quran dan warna serta jumlahnya.

2. Kod warna seperti berikut : Hitam - H, Coklat - C, Biru - B, Merah - M, Ungu - U

3. Kemudian, hantar tempahan anda kepada En. Mohamad  013-2002130.

4. Cara pembayaran akan dimaklumkan oleh En Mohamad :) 




Mudah-mudahan Ramadhan kita akan lebih beerti dengan ada sebuah al-quran yang bukan sahaja mengajrkan kita hukum tajwid serta terjemahan, tapi juga mengandungi asbab turunnya sesuatu ayat. :) INSHA ALLAH 





Monday 17 June 2013

Sabar Wahai Hati.

Assalamualaikum wbt...


Papan kekunci ditenung dalam-dalam.
Entah bagaimana harus aku mulakan,
Mencoret segala rasa yang dirasa,
Yang makin membarah dalam dada.

Sulit aku kira,
Menterjemahkan apa rasa ku kini,
Yang aku pasti,
Lukanya dalam dan darahnya belum berhenti.

Pedih, rasa tak bermaya,
Itulah aku ketika dilamar duga,
Tak bisa melakukan kerja,
Apatah lagi menelaah sesuatu yang ilmiah.

Fikiranku melayang,
Jauh aku lemparkan ke sana,
Suatu daerah sunyi tanpa insani,
Damai menjadi buruan.

Meski bulan yang indah,
Butuhkan malam yang gelita,
Begitu juga sang pelangi,
Hujan di bumi mendahului.

Wahai Tuhan,
Aku tahu segalanya penuh hikmah,
Bantu aku pinjamkan secebis kekuatan,
Agar aku tidak lari dari ujian.

Wahai Tuhan,
Kurniakan aku sebuah hati,
Indahnya dengan sabar,
Cantiknya dengan baik sangka.

Aameen Ya Rabbal 'Alameen.. 





Friday 14 June 2013

Syria, Kami datang!


Tempikan 
Teriakan
Ledakan bom
Tangisan
Sudah lali di kuping ini.

Laungan Takbir
Bergema di setiap penjuru
Meniti mudah di bibir
Hanya 'Allahu Akbar' menemani 
setiap butir peluru yang dipandu.

Ada yang bertanya
Andai benar Allah itu ada
Mengapa dibiarkan terus menderita
Mengapa bumi Syria masih belum gembira
Mengapa, mengapa dan mengapa.

Ini jawapannya.
Kerana syurga itu mahal harganya
Kerana dengan asbab itu hanya syahid tiketnya
Kerana menguji mereka yang Islam katanya
Kerana membongkar pada dunia siapa mereka!

Kita di sini
Terlupa akan hakikat sebuah perjuangan
Lekanya tahap giga
Hiburannya sudah tidak terkata
'Lantaklah', itu pilihannya.

Bukan, bukan kita yang Allah pilih
Kerana Dia kenal siapa kita
Tidak berdaya
Apatah lagi hendak menghulur tenaga
Tapi, menjadi lemah sampai bila?

Fesyen, hiburan dan bercinta
Itu lumrah di Malaysia
Sedang di sana
Hanya memakai apa yang ada
Apatah lagi untuk bercinta
Kalamullah itulah penghibur jiwa.

Wahai pemuda!
Sampai bila harus kau leka?
Tak pernah kah engkau mengimpikan syurga?
Tergarkah melihat saudara di seksa?
Pernahkah terfikir andai itu ahli keluarga?

Ayuh Pemuda!
Mari kita bina diri semula
Pasakkan iman teguhkan taqwa
Mari berbakti untuk agama
Inginkan syahid sebagai pengakhirannya!






"Sebuah warkah ku tintakan untuk saudaraku di Syria.
Sabarlah saudara, janji Allah pasti terlaksana.
Nantikan aku di sana.
Andai aku pergi dahulu meninggalkan dunia,
akan ku kirimkan zuriat aku ke sana.
Doakan aku wahai saudara.."


Luka Semalam

Dingin hari ini
Dingin lagi hati ini
Penuh terasa kotak fikiran
Sesak sekali.

Mengapa kembali
Saat hari sudah punya pelangi
Tika sebuah jawapan dipinta
Kau langsung pergi tanpa belas.

Hidupku lalui penuh duri
Namun aku masih punya Ilahi
Siang malamku ditemani
Hatiku sudah diubati.



Tuesday 11 June 2013

Cinta oh Cinta!

Assalamualaikum wbt..



Straight to the point.. Sebenarnya persoalan cinta ni pada peringkat umur seperti ana, dan juga mungkin kamu yang sedang baca ni, adalah perkara yang sudah biasa. Tapi, bagi pendapat ana, bila orang tanya satu soalan ni, then, bila kita bagitau jawapan kita, start lecturing without knowing the reason, it's rough. Ok.. Soalannya ialah, 'Ada boyfriend dak?' So, ana jawabla, 'Tak dak.. Ada boyfriend untuk apa?' Tanpa tau sebab kenapa ana berkata demikian, dia terus bagi ceramah. Ana just biarkan dia kemukakan hujah-hujah dia dulu.. Seperti biasa, hujah-hujahnya seperti berikut :

1. Ingat nak cari suami ni senang ka? Nak berumah tangga ni bukan sehari dua.. Seumur hidup tau dak..

2. Ingat jodoh tu nak datang melayang, bergolek mai kat kita kalau kita tak cari? Sebab tu la kena ada usaha. Semua benda kalau kita nak kena usaha. Benda tu takkan datang melayang.

3. Nak cari suami ni tak boleh kirim-kirim dekat orang. Kena pilih sendiri, tengok sendiri. Jodoh ni haq kita. Kita ada hak buat pilihan. 

Oh.ok.. That's too much. Tak dan nak kata apa bedesup dia bagi. Whoaa.. pedas2.. haha.. 

Sabaq satt ceq.. Dengaq dulu apa eden nak kobau.. 

Kemudian, ana pun explain kenapa I choose to stay single..

1. Definisi usaha tak hanya terletak pada nilaian fizikal atau konkrit yang boleh nampak dengan mata kasar seperti memiliki seorang boyfriend. Boleh jadi seseorang tu berusaha dalam membuat perubahan diri ke arah yang lebih baik. Sebab, ana yakin.. 'Perempuan baik, untuk lelaki yang baik..' Cuma perlu jadi baik untuk dapatkan yang baik. Ana yakin dengan janji Allah. 

2. Tak perlu bercinta pun sebenarnya semata2 untuk cari calon suami. Tup..tup.. bukan dia jodoh kita.. Abis tu, segala kenangan atau aktiviti yang pernah buat sama-sama dulu, kata-kata si dia, takkan tak mempengaruhi langsung hidup kita after this? Kesianla dekat suami kita nanti.

3. Jodoh dah tercatat.. Ada banyak cara untuk Allah temukan kita dengan jodoh kita. Tapi, kalau dah dengan cara bercouple kita pilih untuk cari jodoh, then, Allah mungkin temukan jodoh kita dalam keadaan tu. That's our choice. Allah bertindak mengikut sangkaan hambaNya.. Sedangkan, ada cara yang lebih baik untuk dipertemukan dengan jodoh kita tu.. 

4. Berdoa, buat persediaan jadi seorang pasangan yang soleh/ah and ada jugak satu alternatif iaitu Baitul Muslim.. Kita ada alternatif yang baik, why we go for something like that? 

Cinta oh cinta.. Ke mana nak cari cinta ni sebenarnya?? Cari cinta dalam dirimu sendiri. Kerana diri kita cerminan pasangan kita. :) 



Moga Allah redha. Wallahu'alam.. =)


Assalamualaikum wbt..

Entah apa yang aku mahukan dalam hidup,
Bergelumang dengan dosa,
Ku lakukan apa yang dilarangNya,
Untuk apa semua ini?

Bukan mudah untuk mudah,
Bukan susah untuk susah,
Pepatah yang sudah aku jemu mendengarnya,
Meski ianya terselit satu hakikat nyata.

Imanku naik sehari,
Jatuhnya semula enam hari selebihnya,
Bagaimana aku harungi hari-hari?
Andai begini coraknya!

Entah dari mana aku harus bermula,
Entah ke mana harus aku lari,
Demi meninggalkan segala noda yang aku lakukan,
Demi meninggalkan segala perbuatan yang sudah jadi makanan.

Ya Allah..
Aku benar-benar tak berdaya..
Rasa tak berguna menjadi manusia..
Yang hanya menzalimi diri..

Ya Rabbi..
Bantulah hambaMu ini..
Untuk terus bermujahidah..
Kerna aku lemah tanpaMu..

Ya Tuhanku..
Hendak ku tebus segala,
Kembali pada fitrah insani,
Hapuskan segala karat jahiliyah..


Friday 7 June 2013

Tinta Jumaat

Assalamualaikum wbt...

Selama tempoh ana tak update blog ni, banyak perkara yang ana belajar.. Tentang kasih sayang seorang insan yang pada mulanya tak dikenali tapi mampu menggantikan kasih sayang seorang bapa.. Ana belajar tentang kehidupan dengan lebih mendalam.. Kehidupan yang tak pernah sekali pun menjanjikan kebahagiaan yang abadi.. tapi seringkali manusia bayangkan kehidupan ini sepatutnya menjanjikan bahagia. Ana juga belajar bagaimana untuk menjadi seorang yang lebih dewasa.. Dewasa dalam membuat keputusan ana fikir.. Sesekali berada antara dua persimpangan. Sudah tentu sukar membuat pilihan. Saat itulah kematangan dalam membuat keputusan teruji. Ana juga belajar tentang penderitaan manusia yang sebenarnya itulah jalan beroleh sebuah senyuman manis di bibir. Meski manusia itu terlantar sakit di hospital, rupanya itulah perkara paling bahagia buat dirinya, ana rasa. Dengan melihat wajahnya yang semakin sihat, ceria, gelak tawa, ramahnya yang luar biasa, pasti itu yang digambarkan oleh hatinya yang turut merasa. Teringat ana satu pepatah lama, 'hati terkenang, mulut menyebut..' begitu juga saat hati merasa bahagia..pasti terlihat di wajah. Sungguh apa yang terjadi pada setiap dari kita punya pelajaran yang tersendiri. Hati. Hati.. Ya hati.. Dengan hati itulah kita punya neraca pertimbangan.. Segalanya Allah atur sangat indah dan penuh hikmah.. Allah.. :')