Followers

Kupu-kupu Cinta

Blog Archive

Prayer Times

Saturday, 31 December 2011

2012 - Kita ZEROkan maksiat!

Assalamualaikum w.b.t.. ^^

Apa khabar iman saudara saudari hari ini? Apa khabar jua kepada imanku? Mudah-mudahan sentiasa kita service ya. :) Alhamdulillah, bersyukurlah sentiasa dengan nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepada kita semua. InsyaAllah, mungkin kali ini ada sedikit perbincangan mengenai Tahun Baru. Mudah-mudahan muslimin muslimat sekalian dapat memberi pendapat masing-masing. InsyaAllah. ^^


Bagaimanakah anda akan meluangkan masa pada malam Tahun Baru nanti? 

InsyaAllah, mungkin setiap dari kita telah menentukan apa yang akan dilakukan kan. Mungkin ada yang akan :

1) Menyambut Tahun Baru 2012 di Dataran Merdeka.
2) Meraikan 2012 dengan kawan-kawan di luar.
3) Tidur
4) Macam rutin biasa

Jom baca statistik kat bawah ni sebentar :

Mat Zahari Ali pengunjung di Bukit Bintang memberitahu Harakah ketika ditemui pada malam sambutan Tahun Baru bahawa sambutan pada malam itu sangat menjijikkan apabila beribu - ribu pengunjung yang datang ke situ dapat menyaksikan satu tarian wanita separuh bogel di Yegas Club berhampiran Times Square pada jam 11 malam. Mereka menari dan melalak seperti hilang aqal setelah meminum arak dan berhibur secara keterlaluan . Jijik dan lucah. Sementara itu Ketua Pemuda DAP [2004] Teng Chan Kim berkata : "Malaysia sepatutnya sudah meninggalkan budaya menyambut hari besar dengan hiburan semata - mata". Laporan Harakah [ 2 January 2004 ]

Lebih 300 remaja yang melakukan kegiatan tidak senonoh dengan pasangan masing - masing di tahan dan dibawa ke masjid Asy Syakirin berhampiran Menara Berkembar KLCC untuk menjalani sessi kaunseling dan motiasi dalam Ops Hijrah 2008 pada malam sambutan Tahun Baru .

Laporan Sinar Harian [ 2 January 2008 ]

Seorang penyampai berita swasta dan seorang pelakon wanita adalah antara 26 orang yang ditahan dalam satu pesta seks dan dadah bagi meraikan kedatangan Tahun Baru di sebuah bilik hotel di Jalan P Ramlee di ibu negara . Operasi tersebut diketuai oleh Asisten Superintendan Mahani Ahmad dari Bahagian D7 cawangan maksiat , judi dan kongsi gelap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur .

Laporan Berita Harian [1 January 2009]


Pesta seks besar - besaran di tepi pantai di Johor Bharu bagi menyambut Tahun Baru. Syarat dikenakan ialah lelaki tidak dibenarkan memakai seluar dalam manakala wanita perlu memakai G-String dan sedia membukanya selepas tengah malam bagi meraikan sambutan Tahun Baru.

Laporan Harian Metro [ 1 January 2009 ]

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang - undang Syariah jabatan Agama Islam Pahang [JAIP] Badarudin Ahmad Bustami berkata pihaknya kesal kerana gadis pada usia 16 sanggup menggadaikan maruah dengan mengadakan hubungan seks bersama 5 remaja lelaki lepasan SPM ketika menyambut malam Tahun Baru di sebuah hotel bajet di Jalan Besar Kuantan Pahang .

Laporan Harian Metro [ 2 January 2009 ]


Bagai menjadi satu trend remaja sekarang ! demikianlah kata Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang [JAIP] Ghazali Abdul Aziz selepas berjaya menangkap 56 remaja berkhalwat di bilik - bilik hotel sekitar bandar Kuantan sempena sambutan tahun Baru.
Laporan Kosmo [ 2 January 2009 ]


TERBARU~

Pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) antara 140 pasangan yang ditahan kerana berkhalwat dalam operasi besar-besaran oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di seluruh negeri ini malam tadi.

Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Nurhamizah Othman berkata, kesemua pasangan yang ditahan di bawah Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah 1995 Selangor berusia dalam lingkungan 19 hingga 30 tahun.

"Salah satu pasangan pelajar IPTA terlibat ditahan kerana bersekedudukan di sebuah hotel. 
"Ada juga mereka yang ditahan didapati positif dadah setelah dijalankan ujian saringan air kencing oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). [ 1 Januari 2011 ]


Astaghfirullahal 'azim! Adakah malam TAHUN BARU adalah MALAM MAKSIAT? Ya Allah..

Mengapa saya paparkan statistik ini saudara dan saudari sekalian? Saya merasakan perlunya kita semua tahu dan berbuat sesuatu dengan perkara ini. Setidak-tidaknya, seandainya ada rakan-rakan kita yang sudah kita tahu apa yang akan dilakukannya nanti, tegurlah. Nasihatlah. Sebab apa? 

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya kecacatan pertama yang berlaku pada 



Bani Israil  ialah apabila seorang lelaki melihat lelaki lain melakukan maksiat, dia akan 

berkata: Wahai si fulan! Takutlah kepada Allah dan tinggalkan kerja maksiat yang 

engkau sedang lakukan itu kerana ia tidak harus bagi engkau untuk melakukannya. 

Kemudian pada keesokan harinya lelaki yang menegah itu melihat lelaki yang 

melakukan maksiat itu masih melakukan maksiat yang sama, tetapi dia tidak 

mencegahnya kerana barangkali pelaku maksiat itu merupakan orang yang 

memberinya makan dan minum atau rakan baiknya. Apabila Bani Israel melakukan 

perbuatan seperti itu, maka Allah telah memperlagakan sesama hati mereka dan 

kemudian Allah melaknat mereka melalui lidah para anbiyaNya. 

(H.R. Abu Daud dan Tirmidzi)





Surah An-Nahl : 125 bermaksud :

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah[845] dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. 

p/s : Jom kita serikan 'step' pertama untuk ke Tahun Baru dengan perkara-perkara yang baik. Mudah-mudahan mendapat berkatNYA.. ameen!


~P.E.N.A.H.A.T.I.K.U~







Wednesday, 28 December 2011

Bertunang > Nikah : Terlepas Pandang!

Assalamualaikum w.b.t..  ^^

Hati terdetik nak tulis pasal bertunang > akad nikah. Alhamdulillah, baru-baru ni ramai sepupu-sepapat dah bertunang dan insyaAllah akan berkahwin serentak semuanya tahun hadapan 
= 4 pasang ^^ biiznillah :)




bertunang > akad nikah 

1 proses yang amat cantik kalau di teliti. Indah benar syariat Allah dan indah juga adat Melayu. tapi, apa yang nak disentuh di sini, bagi pandangan saya, kebanyakan muslimat pada hari ini tidak menjaga aurat dari segi pemakaian. 

Tapi, bila diteliti semula, sahnya sesuatu pertunangan itu bukan terletak pada pemakaiannya kan. Dan satu perkara lagi. Kenapa kebanyakan orang sekarang, bila dah bertunang seakan-akan dah menikah ya? Nak ke mana-mana pun sekali. Sedangkan bertunang bukanlah lesen untuk menjadi 'seakan-akan' seperti dah berkahwin dan sebagainya. Minta maaf andai ada yang terasa / terkesan di hati. Tiada niat untuk menyinggung. Tetapi, inilah perkara yang harus kita check sama-sama. 

Nabi Muhammmad ada mengingatkan kepada kita:

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan”

 (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair r.a, dan disahihkan oleh

 al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil).


soal berkat


Berkat adalah satu perkara yang wajib kita titik beratkan. Berkat bukan datang hanya dalam sesuatu situasi tetapi berkat merupakan suatu proses. Apa yang bermain di fikiran saya sekarang ini, seandainya pertunangan tersebut sudah dihiasi dengan perkara-perkara yang dicegah dan dilarang, bagaimana keberkatan pada hari perkahwinan seterusnya rumahtangga kelak? Seandainya pada majlis perkahwinan itu sendiri dihiasi dengan perkara -perkara yang dilarang, bagaimana rumahtangga yang akan di bina kelak? Sebagai contoh :

1) Majlis / kenduri bercampur lelaki dan perempuan = pergaulan bebas.
2) Pengantin yang tidak menutup aurat = perempuan : bajunya cantik sangat tetapi jarang, tidak memakai tudung, ataupun memakai tudung, tapi masih tidak sempurna aurat ditutp, tidak memakai stokin, tangan terdedah, sanggul yang tinggi, dll.
= lelaki : memakai rantai. Mengizinkan majlisnya bercampur lelaki dan perempuan. 
3) Ada juga yang apabila kedengaran azan Zohor, muzik yang dimainkan tidak di'slow'kan ataupon dibiarkan terus membingit. 
4) Lagu-lagu yang dipasang juga bukanlah lagu yang mengajak ke arah kebaikan. 
5) Dj-dj pula yang tidak menjaga adab percakapan. 

Aduhai, banyakkan? yang ni lah membimbangkan. Bagaimanakah keberkatan itu akan ada dalam majlis yang sedemikian rupa. MasyaAllah. ="( Tidak termasuk dengan pelamin dan sebagainya. Pengantin-pengantin yang bergambar dalam keadaan yang agak 'over'. Ya, anda sudah dapat 'lesen' itu. Tetapi, mana-mana suami isteri pun masih ada adab yang perlu di jaga walaupun sudah berkahwin. 

Saya tiada niat untuk mengkritik. Hal ini mungkin ada pihak yang terlepas pandang. 



Dalam hal make up pulak ataupun bertabarruj, bagi pengantin perempuan, janganlah terlalu berlebihan. Susah hati apabila melihat para pengantin ataupun tunangan yang memakai BULU MATA PALSU. Jom baca hadis kat bawah ni :

Rasulullah s.a.w. menegaskan: “Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” [Shahih al-Bukhari, no: 5934] Maksud menyambung rambut ialah mengambil rambut wanita lain untuk disambung ke rambut sendiri. Ia dilarang, sekalipun sekadar hajat atau permintaan untuk melakukannya.


Selari dengan berkembangnya teknologi manusia, pada masa kini teknik menyambung rambut telah diganti dengan teknik memakai rambut palsu. Namun dari sudut hukum, ia tetap sama yakni ia dilarang. Juga berdasarkan kaedah qiyas (analogi), maka dilarang juga memakai bulu palsu sama ada di kening atau kelopak mata. Tidak dibezakan sama ada rambut palus atau bulu palsu itu adalah daripada makhluk lain atau buatan manusia, ia tetap dilarang.



Namun para ilmuan Islam memberi pengecualian kepada larangan di atas, iaitu bagi mereka yang mengalami kecacatan, penyakit atau kemalangan yang menyebabkan kehilangan rambut, kening atau bulu mata. Bagi kes-kes terpencil ini, dibolehkan memakai rambut palsu serta kening atau bulu mata palsu.

Jadi, sah-sahla tidak boleh memakai BULU MATA PALSU / RAMBUT PALSU.

Dan yang terakhir :

1. Pengantin perempuan ada juga yang make-up dekat kedai. Tidak salah :) Tetapi kadang-kadang juru make-upnya ialah = pondan. Kan? Yes, memang tidak dapat dinafikan professionalnya mereka make-up. Nampak cantik. Tetapi, aurat dan batas harus dijaga. Tidak boleh bersentuhan dan tidak boleh mendedahkan aurat. Hakikatnya, mereka tetap LELAKI. 

2. Pengantin lelaki pun ada jugak yang make-up kan? Jangan lebih-lebih sangat tau. Sikit-sikit sudah. :) Sesetengah pengantin berdandan awal, dalam pukul 12 dah siap. Kan? Tapi nak berarak dll pada pukul 2. Kan? Solat Zuhurnya gi mana sih?? Solat tak? Tepuk dada tanya iman =)

p/s : Apa yang saya nak puji, ada sesetengah mak andam yang mementingkan solat. *alhamdulillah. Solat Zuhur > Make-up. Dan ada juga yang sempat memberikan ayat-ayat Quran untuk dibaca bagi menghilangkan rasa GEMURUH dan ayat-ayat PENYERI. :) 



Here are some pictures that I do love to see it, *indeed! 




MasyaAllah.. Hebatnya Tuhan yang menciptakan! Indah sekali. =")





Sejuk mata memandang :-D




Indahnya pabila wanita memelihara aurat =)





Cantik.. ^^



Ni pon cantik jugak.. ^^


~P.E.N.A.H.A.T.I.K.U~

Mudah-mudahan, Allah memberi kita semua kekuatan untuk terus memelihara aurat kita. InsyaAllah, kepada bakal-bakal pengantin, mari sama-sama kita mencari berkat dan redha Allah. ameen.





Saturday, 24 December 2011

"Jangan seronok sangat, esok nanges baru tau.." Betulkah??

Assalamualaikum w.b.t.. ^^


Nak tau samada betul ataupon tidak pernyataan tersebut, meh baca ni dulu. :)

Ada perbincangan menarik antara Rasulullah SAW dengan salah seorang sahabat yang bernama Abu Dzar Al Ghifari. Saat itu, Abu Dzar meminta Rasulullah SAW untuk menasihatinya.

" Ya Rasulullah, berwasiatlah kepadaku."

Rasulullah bersabda, "Aku wasiatkan kepadamu untuk bertakwa kepada ALlah, kerana takwa adalah pokok segala urusan."

" Ya Rasulullah, tambahkan lagi." pinta Abu Dzar.

" Hendaklah engkau sentiasa membaca Al-Quran dan berzikir kepada ALlah, kerana hal itu merupakan cahaya bagimu di bumi dan simpananmu di langit."

" Ya Rasulullah tambahkan lagi."

" Janganlah engkau banyak ketawa, kerana banyak ketawa itu akan mematikan hati dan menghilangkan cahaya di wajah."


Agak panjang perbincangan ini, tetapi point yang penting di sini ialah mengenai ketawa.


Jika melihat konteks hadith ini, Rasulullah SAW melarang kita daripada ketawa BERLEBIH-LEBIHAN. Kerana, yang berlebihan cenderung membawa mudarat berbanding manfaat.


Persoalannya. mengapa Rasulullah SAW melarang kita banyak ketawa? Mengapa ketawa boleh mematikan sekuyrang-kurangnya menanduskan hati? Bukankah ketawa itu sihat, tanda kegembiraan serta menjauhkan kesedihan?


----) Di dalam otak manusia terdapat hormon yang mengatur kebahagiaan dan kesedihan. Hormon yang mengatur KEBAHAGIAAN = SEROTONIN. Jika kadar serotonin dalam otak stabil dan seimbang, kita akan tenang. Jika terlalu rendah pula, kita akan resah dan gelisah. Jika kadarnya berlebihan, kita cenderung terlalu 'tenang' atau apati (sikap tidak menaruh minat atau tidak endah  terhadap sesuatu yg wajar diberi perhatian).  Jadi, Allah SWT menciptakan segala sesuatu dengan tepat, seimbang dan memenuhi prinsip mizan. Terlalu kurang ataupun terlalu lebih, biasanya akan mendatangkan masalah.


----) Uniknya, sesuatu hormon itu tidak bekerja sendirian. Hal ini kerana, serotonin mempunyai rakan kerjanya sendiri iaitu endorfin. Hormon ini bertugas mengatur kegembiraan. Ketika serotonin menurun, kadar endorfin pun akan turun. Namun, hubungan antara mereka tidak selalu stabil. Ketika kandungan yang satu terlalu tinggi, ketidakseimbangan berlaku. Di sinilah kebenaran wasiat Rasulullah SAW terlihat. Terlalu banyak ketawa menyebabkan kadar endorfin menaik sampai tahap optimum. Akibatnya, kadar serotonin di dalam tubuh menjadi rendah.


----) Allah SWT menciptakan serotonin dan endorfin dari bahan yang sama. Ketika endorfin terlalu banyak dihasilkan, bahan serotonin akan terserap habis. Kesannya, pada satu sisi dia kan merasakan kegembiraan, tapi ketika kegembiraan tersebut mencapai titil optimum, hormon penyeimbangnya tidak lagi dihasilkan. Oleh sebab itu, jangan hairan, orang yang banyak ketawa cenderung menjadi orang yang gelisah, tidak tenang dan mengalami kegersangan hati. 


----) Ketika hati sudah gelisah, orang akan mudah terkena paranoid, mudah berburuk sangka, solat pun tidak boleh khusyuk. Semakin lama, hatinya akan mati, tidak lagi sensitif. Ketika orang lain kesusahan, dia tidak lagi peduli. Kerana sibuk dengan kegelisahannya sendiri. Dengan kata lain, orang yang serotoninya rendah, akan menjadi egois, iaitu peribadai yang hanya memikirkan dirinya sendiri. Dia memikirkan orang lain kalau orang tersebut boleh menguntungkan dirinya. Rangkaian sikap buruk ini, terjadi kerana dia terjebak dalam kegembiraan yang berlarutan serta melenakan.




Sumber : Buku Misteri Keajaiban Dunia



Amboi..seronok dia noh.. Satgi jadi macam yang bawah ni baru tau. XD 

hehehe...


~P.E.N.A.H.A.T.I.K.U~

Maknanya, betul la kan orang selalu cakap jangan seronok sangat / gelak banyak sangat nanti nanges / sedih. ^^







Friday, 23 December 2011

Panduan Bersahabat (^^,)

Assalamualaikum w.b.t..

1. Pernah dengar hadis ni ---> "Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat." (Riwayat Ahmad)


2. Hadis ni menunjukkan bahawa, sekiranya kita ingin mengetahui sikap dan akhlak si A, maka lihatlah kepada siapa dia berkawan. Akhlak kawan MENCERMINKAN akhlak kita. 


3. Ada beberapa garis panduan yang telah Allah dan Rasul ajarkan kepada kita semua dalam memilih sahabat.  Antaranya :


Orang soleh = Pengedar minyak wangi

"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)


Menyesal di akhirat sana

"Pada hari itu orang yang zalim menggigit tangannya (jari) dengan penuh penyesalan sambil berkata alangkah baiknya kalau aku dahulu menurut ajaran Rasul Allah. Wahai alangkah baiknya kalau aku tidak menjadikan si anu sebagai sahabat karib. Ia telah menyesatkan aku dari mengingati pesanan (Allah) setelah peringatan itu datang. Memang syaitan akan melepaskan diri dari kejahatannya terhadap manusia. (Al-Furqan: 27-29)


4. Berikut ialah wasiat Alqamah kepada anaknya mengenai sahabat :
# “Apabila tercetus di hatimu berkawan dengan seseorang, pastikan jika engkau berkhidmat dengannya, dia boleh mengawal dirimu.”
# “Andainya kamu bersahabat dengannya dia boleh menghias dirimu, sekiranya pada suatu ketika kamu kekurangan belanja dia boleh berbelanja untuk kamu.”
# “Bersahabatlah sekiranya kamu hulur satu kebaikan lalu orang itu pun berbuat demikian, apabila melihat kebaikan daripadamu lantas dikutipnya dan dihimpun kerana menghargainya.”
# “Apabila melihat keburukanmu lantas ditutupnya, bersahabat rapatlah kamu kepada orang yang jika kamu meminta sesuatu (nasihat atau apa sahaja) lantas dia memberimu segera.”
# “Apabila kamu berdiam diri tidak meminta sesuatu darinya, dia menunjukkan rasa resah gelisah. Sekiranya bala menimpamu, dia merasa simpati dan bertimbang rasa.”
# “Bersahabatlah apabila kamu berkata sesuatu, dia mengiyakan sahaja. Sebarang perkara usaha sungguh-sungguh yang kamu hendak lakukan, dia segera memberi sokongan. Dia segera mengalah ketika berbalah denganmu.”
5. JANGANLAH :

"Jangan bersahabat dengan orang yang durjana nanti menjangkit kedurjanaanya kepada anda. Awas dari berkawan dengan rakan/sahabat yang jahat." (Al-Mustadrak ala al Sahihain)

"Jangan bersahabat kecuali dengan orang Mukmin." [Riwayat Abu Daud)

Dalam kitab al-Hikam ada menyebut, “Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.” 

“Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu dengan sahabat” Riwayat Muslim)



6. Dan JADIKANLAH DIRI / PERSAHABATAN kita seperti ini :

"Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih demi Allah, benci pun demi Allah." (Riwayat Tayalasi, Hakim, Tabarani fi al-Kabir dan al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, dan Ibn. Nasr)

“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

7. Apakah ganjaran untuk mereka yang bersahabat keranaNya?

Abu Hurairah ra dari Rasulullah s.a.w sesunguhnya beliau bersabda:

Tujuh golongan yang akan DINAUNGI oleh Allah dibawah naunganNya pada hari dimana tidak ada naungan kecuali Allah, iaitu: 


* Imam (Pemimpin) yang adil. 


* Pemuda yang tumbuh dengan beribadat kepada Allah SWT. 

* Lelaki yang hatinya selalu terpaut dengan masjid 

Dua orang lelaki yang berkasih sayang karena Allah, mereka bertemu dan berpisah karena Allah.  

* Lelaki yang digoda oleh wanita jelita dan bangsawan dia berkata: Aku takut Allah. 

* Lelaki yang bersedekah dengan tangan kanan sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanan 

* Lelaki(wanita) yang mengingati Allah bersendirian, sehingga berlinangan air matanya. 


8. Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti di bawah:

1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.


2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.


3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.


4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.



Ali bin Abi Thalib r.a. berkata,



“Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”



~P.E.N.A.H.A.T.I.K.U~

UKHWAHFILLAH ABADAN ABADA :)


Wednesday, 21 December 2011

Aku ingin ISLAM kembali dijulang!

Ya Allah..
Aku sedang menanti,
Bilakah saat tertegaknya kembali agamaMu?
Bilakah saat gemilang kembali ajaranMu?
Aku masih setia menanti,
Detik-detik Islam dijulang dunia!

Ya Allah,
Aku sedar..
Setiap kemenangan itu
Perlu disusuli dengan kesusahan, keperitan!
Islam kini,
Tidak lagi dipandang mulia.
Diletakkan di suatu sudut terpencil,
Hanya dipandang,
Tatkala 'ia' diperlukan.

Ya Rabbul 'Izzati..
Kau peliharalah agamaMu ini..
Kau kuatkanlah hati-hati para mujahidin..
Kau tabahkanlah hati-hati para 'ulamak..
Kau berikanlah nafas-nafas baru pada perjuangan mereka,
Biar setinggi semangat Khalid Al-Walid!
Biar segagah "Umar Al-Khattab!
Biar pemudanya sekental Muhammad Al-Fateh!
Dan payungilah mereka Ya Allah..
Dengan rahmat dan kasih sayangMu..

Ya Tuhanku!
Tiada yang layak disembah melainkan Engkau..
PadaMu menjadi sandaran kekuatan,
PadaMu sumber ketenangan..
PadaMu obor yang tidak henti-henti menyala!
Ya Allah..
Jadikanlah aku sebahagian dari hati-hati yang ikhlas berjuang keranaMu..
Jadikalan aku sebahagian dari jiwa-jiwa yang ingin kembali kepadaMu..
Jadikanlah aku sebahagian dari mereka yang menginginkan tertegaknya Islam di muka bumiMu..
Ameen Ya Rabb!




Nasib anak-anak dan isteri di bumi PALESTIN!!


Hanya batu menjadi senjata..


Tuesday, 20 December 2011

Awas! Syaitan kencing dalam gelas yang terdedah!!

Assalamualaikum w.b.t..

Sebenarnya, banyak kali saya fikir pasal nak post pasal ni.. Ni kisah yang berlaku pada anak kawan mak saya. Tapi, disebabkan saya rasa perkara ni perlu disebarkan, jadi dengan nawaitu itulah, saya coretkan jugak kisah ni. Ni kisah benar. Berlaku beberapa tahun yang lalu. 

Saya tak tau berlaku tahun bila, tapi kalau tak silap, time tu saya dalam lingkungan umur 11-14 tahun. Anak kepada kawan mak saya ni, dikurniakan Allah deria yang ke-6. Jadi, dia boleh nampak makhluk halus, Dia boleh nampak makhluk halus ketika dia berumur 13 tahun dan waktu tu dia berada di asrama sekolah. Tak tau pulak sekolah mana. Tak payahla describe 'perkara' tu kan. Seram pulak. huhu. OK. Kemudian, dia cerita dekat emak dia perkara ni. Mak dia nak tau samaada benda tu ada tak dalam rumah dia, dia cakap kat mak dia tak payah tau. Sebab nanti takut pulak.

Satu malam, dia kat dapur. Adik dia kat depan tengah tengok tv. Atas meja ada segelas air tak ditutup. Baru ja lepas minum air tu. Kemudian, dia dari dapur nampak benda tu KENCING kat dalam gelas tu! Dia pon lari la nak halang adik dia minum. Tapi, tak sempat. Adik dia dah minum air tu. Aduhai.. Macam tu lah ceritanya. Sikit ja tapi ambiklah pengajaran. Macam-macam cara syaitan nak sesatkan cucu cicit Nabi Adam ni. Tambah-tambah lagi bagi huffaz / orang yang menghafaz Al-Quran. Bahaya tu. Sama la jugak sapa-sapa yang masih belajar. Sebab tu la ada orang-orang tua dulu-dulu cakap, 'tu dah minum air kencing syaitan la tu, tu yang perangai macam syaitan."

Jadi :

1) Janganlah minum pakai cawan yang terdedah.
2) Kalau dah terdedah? Basuh dulu cawan tu atau pun gunalah cawan yang lain.
3) Bukan jangan biar cawan ja yang terdedah, botol air, makanan pon kalau boleh jangan biarkan terdedah.

Dan, jangan LUPA :

1) Bacalah ta'awwuz dan basmalah sekurang-kurangnya sebelum makan dan minum.

يَا غُلَامُ سَمِّ اللَّهَ وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ
"Wahai anakku, sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah makanan yang berada di dekatmu." (HR Bukhari no. 4957 dan Muslim no. 3767 dari Maktabah Syamilah)


إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ طَعَامًا فَلْيَقُلْ بِسْمِ اللَّهِ فَإِنْ نَسِيَ فِي أَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ بِسْمِ اللَّهِ فِي أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ
"Apabila seorang kalian ingin makan, hendaknya dia membaca "bismillah". Dan jika ia lupa membaca di awalnya, hendaknya ia membaca "bismillah fii awwalihi wa aakhirihi." (HR. al Tirmidzi dan Ahmad. Dishahihkan oleh Syaikh al Albani dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi no. 1513)



~Wallahu'alam~


~P.E.N.A.H.A.T.I.K.U~
Tolong sebar-sebarkan ya. Untuk kebaikan bersama. InsyaAllah.

Saturday, 17 December 2011

Kisah Nabi Khidir Disebut Al-Quran.. (^^,)

Assalamualaikum w.b.t..

Kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa sudah masyhur dalam kalangan kita semua.. Kan? Tapi, mungkin, segelintir daripada kita pernah mendengar kisah ini, tapi tidak tahu bahawa kisah ini ada disebut di dalam Quranul Karim. Jadi, mari kita lihat sejenak pada baris-baris ayat Quran tersebut. Mungkin ada yang ingin merujuk Quran Tafsir masing-masing, pun tiada masalah. Kalau yang dah tau sekalipun, tak salah kan baca lagi sekali?  (^^,)

Surah Al-Kahf : 62 - 82

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

62. Maka ketika mereka telah melewati (tempat itu), Musa berkata kepada pembantunya, "Bawalah ke mari makanan kita; sungguh kita telah merasa letih kerana perjalanan kita ini."

63. Dia (pembantunya) menjawab, "Tahukah engkau ketika kita mencari tempat berlindung di batu tadi, maka aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidak ada yang membuat aku lupa untuk mengingatnya kecuali setan, dan (ikan) itu mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali."

64. Dia (Musa) berkata, "Itulah (tempat) yang kita cari." Lalu keduanya kembali, mengikuti jejak mereka semula.

65. Lalu mereka berdua bertemu dengan seorang di antara hamba-hamba Kami yang telah Kami berikan rahmat dari sisi Kami, dan yang telah kami ajarkan ilmu kepadanya dari sisi Kami.

(Mengikut mufasir, berdasarkan hadis, hamba di sini ialah Khidir, dan yang dimaksud dengan rahmat di sini ialah wahyu dan kenabian. Sedang yang dimaksud dengan ilmu ialah ilmu tentang yang ghaib seperti yang akan diterangkan dalam ayat berikut.)

66. Musa berkata kepadanya, "Bolehkah aku mengikutimu agar engaku mengajarkan kepadaku (ilmu yang benar) yang telah diajarkan kepadamu (untuk menjadi) petunjuk?"

67. Dia menjawab, "Sungguh, engkau tidak akan sanggup sabar bersamaku."

68. Dan bagaimana engkau akan dapat bersabar atas sesuatu, sedang engkau belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?"

69. Dia (Musa) berkata, "Insya Allah akan engkau dapati aku orang yang sabar dan aku tidak akan menentangmu dalam urusan apa pun."

70. Dia berkata, "Jika engkau mengikutiku, maka janganlah engkau menanyakan kepadaku tentang sesuatu apa pun, sehingga aku menerangkannya kepadamu."

71. Maka berjalanlah keduanya, hingga ketika keduanya menaiki perahu lalu dia melubanginya. Dia (musa) berkata, "Mengapa engaku melubangi perahu itu, apakah untuk meneggelamkan penumpangnya? Sungguh, engkau telah berbuat sesuatu kesalahan yang besar."

72. Dia berkata, "Bukankah sudahku katakan bahawa engkau tidak akan mampu sabar bersamaku?"

73. Dia (Musa) berkata, "Janganlah engkau menghukum aku kerana kelupaanku dan janganlah engkau membebani aku dengan sesuatu kesulitan dalam urusanku."

74. Maka berjalanlah keduanya, hingga ketika keduanya berjumpa dengan seorang anak muda maka dia membunuhnya. Dia (Musa) berkata, "Mengapa engkau bunuh jiwa yang bersih, bukan kerana dia membunuh orang lain? Sungguh engaku telah melakukan sesuatu yang sangat mungkar."

75. Dia berkata, "Bukankah sudah kukatakan kepadamu, bahawa engkau tidak akan mampu sabar bersamaku."

76. Dia (Musa) berkata, "Jika aku bertanya kepadamu tentang sesuatu setelah itu, maka jangan lagi engkau memperbolehkan aku menyertaimu, sesungguhnya engkau sudah cukup (bersabar) menerima alasan dariku."

77. Maka keduanya berjalan, hingga ketika keduanya sampai kepada penduduk sesuatu negeri, mereka berdua meminta dijamu oleh penduduknya, tetapi mereka (penduduk negeri itu) tidak mahu menjamu mereka, kemudian, keduanya mendapatkan dinding rumah yang hampir roboh (di negeri itu), lalu dia menegakkannya. Dia (Musa) berkata, "Jika engkau mau, nescaya engaku dapat meminta imbalan untuk itu."

78. Dia berkata, "Inilah perpisahan antara aku dengan engkau; aku akan memberikan penjelasan kepadamu atas perbuatan yang engkau tidak mampu sabar terhadapnya."

79. Adapun perahu itu milik orang miskin yang bekerja di laut, aku bermaksud merosaknya, kerana di hadapan mereka ada seorang raja yang akan merampas setiap perahu.

80. Dan adapun anak muda (kafir) itu, kedua orang tuanya mukmin, dan kami khuatir kalau dia akan memaksa kedua rang tuanya kepada kesesatan dan kekafiran.

81. Kemudian kami mengkehendaki, sekiranya Tuhan mereka menggantinya dengan (seorang anak lain) yang lebih baik kesuciannya daripada (anak) itu dan lebih kasih sayang (kepada ibu bapanya).

82. Dan adapun dinding rumah itu adalah milik dua anak yatim di kota itu, yang di bawahnya tersimpan harta bagi mereka berdua, dan ayahnya seorang yang saleh. Maka Tuhanmu mengkehendaki agar keduanya sampai dewasa dan keduanya mengeluarkan simpanananya itu sebagai rahmat dari Tuhanmu. Apa yang ku perbuat bukan menurut kemahuanku sendiri. Itulah keterangan perbuatan-perbuatan yang engkau tidak sabar terhadapnya.

~Benarlah Apa Yang Dikatakan Oleh Allah~

p/s : Begitulah kehendak Allah terhadap seseorang. Bilamana Allah mengkehendaki, maka tiada sesiapa pun boleh menghalangnya. 







Thursday, 15 December 2011

::Bicara Berkat::

Assalamualaikum w.b.t..
Setiap kali kita nak buat something, berkat selalu menjadi salah satu matamat kita. Setiap mulut mesti berbicara pasal berkat. Tapi, ada jugak yang tak tau apa maksud sebenar berkat dan apa situasi-situasi yang menunjukkan ada berkat di dalamnya. Kalu ikot kamus, BERKAT maksudnya RESTU. Jadi, restu siapa yang kita mohon? Sudah tentu restu dari ALLAH, InsyaAllah.Namun, menurut para ulama ‘barakah' atau berkat itu adalah :-


هي ثبوت الخير الإلهي في الشيء؛ فإنها إذا حلت في قليل كثرته، وإذا حلت في كثير نفع، ومن أعظم ثمار البركة في الأمور كلها إستعمالها في طاعة الله عز وجل.
Ertinya : iaitu kepastian kebaikan disisi Ilahi pada sesuatu perkara, yang mana apabila ia jatuh kepada perkara yang sedikit ia akan menambah banyakkan ia, dan apabila ia jatuh kepada yang banyak, ia akan menambah manfaatnya, dan sehebat-hebat hasil keberkatan dalam seluruh perkara adalah apabila ia digunakan kembali untuk membawa ketaatan kepada Allah azza wa jalla.

Subhanallah! Clear sangat maksud berkat kat situ. 
In order to explain more about barakah, i'd like to share some sort like stories @ incident @ scenes that InsyaAllah, may show us what BARAKAH is actually and HOW to get it. InsyaAllah.
AMALAN - KEBERKATAN HIDUP BERKELUARGA


1. Dulu, ustaz saya ada cerita mengenai jirannya sebelum dia berpindah. Jiran tu saya tak ingat nama apa, contohla erk nama dia Hajar. Makcik Hajar ni dah berkeluarga. Ada suami dan ramai anak-anak dia. Kehidupan dia biasa saja, rumah kampung dan tidak mewah. Mungkin boleh dikatakan sederhana. Tapi, sapa-sapa pun yang kenal atau tengok family Makcik hajar ni, insyaAllah, akan nampak family Makcik Hajar ni bahagia sangat. Macam xpernah ada masalah. Satu hari, buah mempelam yang Makcik Hajar punya ni terjatuh masuk ke dalam rumah ustaz saya. Kat tepi pagar. Suami makcik Hajar ni nak ambik buah pelam tu. Tau apa yang suami Makcik Hajar ni buat? Dia pi mintak izin nak ambik buah tu kat ustaz saya. Sedangkan tu buah dari pokok dia sendiri. Apa-apa pun, family makcik Hajar ni takkan buat melainkan mintak izin dulu. Mungkin dari situ, ada berkatnya. Walaupun anak depa ramai, tapi alhamdulillah, suami isteri ni mampu bagi anak-anak depa masuk universiti. Anak-anak depa ni pun cemerlang semuanya. Alhamdulillah. Keluarga yang macam ni lah yang kita nak. 

صنائع المعروف تقي مصارع السوء والآفات والهلكات

Perlakuan perkara kebaikan mampu menghalang dari terjerumus dalam keburukan, kecatatan dan kebinasaan. (At-Tabrani, Al-Haitahami : sanadnya Hasan) 

PELAJARAN


2. Mungkin sesetengah orang beranggapan, bila dapat keputusan cemerlang, maknanya ada berkat di dalamnya. Dan mungkin jugak bila fail, maknanya takdak berkat di situ. Tidak semestinya. PASS or FAIL bukan itu indicatornya. Semuanya bergantung pada berkatnya ilmu. Macamana nak tau ilmu tu berkat or tak?? Dengan ilmu yang kita dapat :

1) Makin dekat kita dengan Allah.
2) Kita tak bangga diri (riak)
3) Ilmu tu kita gunakan pada jalan yang baik yang boleh dimafaatkan.
Jadi, contoh kita dapat 4 flat, or 12 A dalam SPM, xsemestinya ada berkat kat dalam tu. Melainkan dengan kejayaan tu, 3 benda kat atas ni datang seiringan. Kadang-kadang, ada orang yang berjaya, dia katakan semua tu dari hasil dan usaha sendiri. bukan rezeki dari Allah. Na'uzubillah min zalik! Pesan saya, apa pun rezeki yang kita dapat, buatlah sujud syukur. Allah lah yang kurniakan semua tu.

REZEKI



3. Dalam bab rezeki pulak. Macam-macam cara nak dapatkan berkat dalam rezeki. Tapi, sebelum tu kena ingat, rezeki bukan terletak pada harta sahaja, banyak benda dikira rezeki tau. Sihat tak arini? Sihat. <---rezeki ni.. ha, jadi definisi rezeki ni luas. OK. untuk konteks rezeki yang saya nak cita ni, berkisar mengenai wang ringgit @ harta benda lah. Some of us claimed that their salary is not enough. Even, dapat gaji 4 angka ke atas sekalipon, still rasa xcukop. Jom check sebabnya :

1) Harta bila dicari, makin rasa xpuas dan xcukop. <--- pernah rasa camni tak?
2) Selalu msok dan kluar keja tepat pada masanya tak? 
3) Time keja penah buat keja lain tak?
4) Bila ada waktu free time keja, wat apa? bukak facebook?? 

Jadi, mungkin benda-benda di atas penyebab hilangnya berkat dari wang ringgit kita tu. Dan ada banyak lagi sebab lain. Jom muhasabah diri.

Mungkin disebabkan adanya berkat dalam harta kita itu, kita dapat rasa perkara-perkara berikut :

1) Kita terhindar dari pekerjaan atau kenaikan pangkat yang menjuruskan kita ke lembah maksiat.
2) Direndahkan nafsu dan minat kepada perkara haram.
3) Rasa cukup dengan pendapatan yang diperoleh sekarang.
4) Kenderaan yang kita guna lebih baik dari kereta yang jauh lebih mahal. mungkin jarang rosak berbanding kereta mahal tapi selalu rosak.
5) Sumber kewangan datang secara tiba-tiba. Mungkin ada rezeki datang dalam keadaan yang tak disangka.



وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا  وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
 Ertinya : Barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya     rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. ( At-Talaq : 2-3)
P/s : ada jugak berkat yang datang bersama-sama dengan bala. Mungkin dengan harta yang kita dapat, contoh kita beli kereta, kemudian accident. Disebabkan accident tu lah kita makin dekat dengan Allah.

SUASANA

4. Kadang-kadang rasa susah untuk berada dalam bi'ah solehah / suasana yang baik. Tapi, itu bukanlah perkara mustahil. InsyaAllah, suasana ini jugak boleh dikatakan sebahagian dari rezeki. Andai ada kemahuan kita untuk berada dalam bi'ah solehah, kemudian kita berusaha untu itu, insyaAllah, berkat = restu Allah itu ada. 
Maka barangsiapa yang berkehendak mengerjakan kebaikan, kemudian tidak jadi melakukannya, maka dicatatlah oleh Allah yang Maha Suci dan Tinggi sebagai suatu kebaikan yang sempurna di sisiNya, dan barangsiapa berkehendak mengerjakan kebaikan itu kemudian jadi melakukannya, maka dicatatlah oleh Allah sebagai sepuluh kebaikan di sisiNya, sampai menjadi tujuh ratus kali lipat, bahkan dapat sampai menjadi berganda-ganda yang amat banyak sekali.
Selanjutnya barangsiapa yang berkehendak mengerjakan keburukan kemudian tidak jadi melakukannya maka dicatatlah oleh Allah Ta'ala sebagai suatu kebaikan yang sempurna di sisiNya dan barangsiapa yang berkehendak mengerjakan keburukan itu kemudian jadi melakukannya, maka dicatatlah oleh Allah Ta'ala sebagai satu keburukan saja di sisiNya." (Muttafaq 'alaih)

MASA


5. Berkatnya masa boleh kita tengok dari pelbagai sudut. Dalam masa sejam, kita dapat penuhkan dengan aktiviti manfaat atau pon tak? Masa yang ada makin menjauhkan diri kita dari Allah atau sebaliknya?? Jadi, dari situ kita dah boleh nilai ada tak berkat dalam masa kita.

Sekian, wallahu'alam. 


~P.E.N.A.H.A.T.I.K.U~
Ya Allah, berilah keberkatan dalam hidupku ini. Ameen.