Followers

Kupu-kupu Cinta

Blog Archive

Friday 2 December 2011

Aduh..Dah termaki pulak! Dosa dak eh?

Assalamualaikum w.b.t..

Ketika marah, manusia terkadang tidak mampu mengawal perasaan serta ucapannya. Oleh sebab itu, dengan amat mudah manusia akan melaknat apa sahaja termasuklah :

  1. Manusia lain
  2. Binatang (semut, nyamuk, lalat, dll..)
  3. Benda mati (kerusi, meja, kereta, dll..)
  4. Anak-anak
  5. Suami isteri
  6. Hari dan zaman
MELAKNAT adalah perbuatan yang MUNGKAR dan dilarang sama sekali.

Berdasarkan sebuah hadis marfu' riwayat Abu Zaid Thabit bin al-Dhahak al-Ansari disebutkan bahawa :

"...Dan sesiapa melaknat seorang mukmin maka ia seperti membunuhnya."

PENGAJARAN HADIS

Besarnya dosa melaknat orang Islam dan ia diumpamakan seperti membunuh.



Dalam hadis yang lain pula ada menyebutkan bahawa :
"Daripada Abu Hurairah r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidaklah sepatutnya bagi seorang yang benar (baik) itu untuk jadi seorang yang suka melaknat."
(Hadis riwayat Muslim)

Dibimbangi satu perkara, iaitu seandainya yang dilaknat tersebut tidak layak atau tidak berhak mendapat laknatan tersebut,maka apakah yang akan terjadi?

"Daripada Abu al-Darda’ r.a. katanya, sabda Rasulullah s.a.w.: Sesungguhnya seorang hamba itu apabila dia melaknat sesuatu, laknatan itu akan naik ke langit dan ditutup pintu-pintu langit untuk menghalangnya masuk. Kemudian ia akan turun ke bumi dan ditutup pintu-pintu bumi unuk menghalangnya masuk. Kemudian ia akan ke kanan dan ke kiri. Dan apabila ia tiada tempat untuk dimasuki maka ia akan kembali kepada perkara yang dilaknat itu, jika yang dilaknat itu berhak mendapatnya dan jika tidak maka ia akan kembali kepada orang yang mengucapkannya."
(Hadis riwayat Abu Dawuud)
PENGAJARAN HADIS

1. Laknat dan keburukannya akan kembali kepada si pengata jika yang dilaknat itu tidak berhak menerimanya.
2. Adanya juga golongan yang berhak dilaknat dan menerimanya.

OK. Macamana pula kalau melaknat binatang?

Rasulullah Shallallahu ‘alaihiwa Sallam juga melarang memukul muka haiwan, melarang mencaci haiwan, berlaku kasar, menyakitinya, serta melarang melaknat atau mengejek haiwan. Ini disebutkan dalam hadis-hadis yang lain.

Wallahu'alam..


"tau la aku comel pon..tapi janganla kata kat aku.. sedihh..meowww"


~P.E.N.A.H.A.T.I.K.U~

Dah.. takmo kutuk/kata/maki dah.. insafff.. ="(





No comments:

Post a Comment