Followers

Tuesday 25 December 2012

::Kosong::

Assalamualaikum wbt.

Pernah sekali
Jiwaku terasa kosong.
Amat kosong..

Pernah sekali
Aku berputus harap padaNya
Dek dosa yang seringkali aku lakukan.

Pernah sekali
Aku di duga dengan ujian yang berat,
Terasa sukar untuk ku berdiri semula.

Pernah sekali
Aku kehilangan punca
Terlupa aku punya DIA..

Tak terdaya aku menanggung malu.
Malu pada diri
jua pada DIA Rabbku!

Aku mula menangguh taubat.
Bukan kerna aku tidak mahu,
tetapi, aku tidak mampu!

Dosa yang seringkali aku ulangi,
membuatkan aku rasa kerdil
dan hina disisiNya.

Namun..
Sudah tidak tertanggung berjauhan dariNya.
Lantas, aku cuba kuatkan diri,
berbicara denganNya..

Ku luahkan segala isi hati
pada DIA, Tuhan yang Maha Mendengar.
Berbicara denganNya satu keindahan!

Kini,
Kejadian lama berulang kembali.
Kuatkan hati, bertaubat pada Illahi
Kerna mati itu pasti
Entah esok lusa, atau hari ini. :'(



Sunday 23 December 2012


"Jangan pernah mencipta kenangan, 
andai tak sanggup menghadapinya saat kehilangan kelak."

"Menimba pengalaman baru itu memang perlu.
Tapi, jangan sampai ia mengatasi had keupayaanmu."

"Ada pepatah mengatakan, bersusah dahulu bersenang kemudian. 
Susah atau senang, kita yang menentukannya. Mengapa tidak bersenang dahulu, bersenang-lenang kemudian?" :-)

"Pilihlah identiti diri yang paling tepat pada permulaannya. Agar tidak menjadi seperti lalang yang ditiup angin."

"Jadikanlah dirimu seperti emas. Meski pecah sekalipun, masih bernilai tinggi!"

"Alangkah indahnya jika diri kita tidak seperti rumah yang hanya dicat diluarnya sahaja, tapi didalamnya hanya sekadar batu dan bata."

"Pernahkah kita berterima kasih pada DIA kerana memberikan kita sebuah keluarga? Ikatan yang ada tidak pernah akan putus walau ajal menjemput!"

"Peliharalah pandangan, pagarilah kasih dan setia sehingga menjumpai si dia yang Allah cipta."


Saturday 15 December 2012

Assalamualaikum wbt..

Sedarkan aku tentang hakikat kematian.
Datangnya tidak dijemput,
Perginya membawa nyawa,
Lalu kaku sekujur tubuh,
Menghadap Dia, Sang Pencipta.

Sedarkan aku tentang kematian,
Bukan dunia jadi bekalan,
Tapi amalan yang dipertimbangkan,
Nikmat dunia jadikan renungan,
Agar sentiasa hidup bertuhan.

Sedarkan aku tentang kematian,
Titik penghapus keseronokan,
Hilang semua yang diimpikan,
Titik bermulanya sebuah kehidupan,
Sebuah alam yang dipertengahan.

Sedarkan aku tentang kematian,
Yang berbeza dengan kelahiran,
Disambut aku dengan senyuman,
Adakah perginya aku dengan tangisan?
Moga perginya mereka dengan aman.

P/s : Al-Fatihah buat nenek yang telah meninggal dunia pada 11/12/12 dan juga abang sepupu pada hari ini. :'( Inna lillah wa inna ilaihi roji'un. :'(