Followers

Kupu-kupu Cinta

Blog Archive

Prayer Times

Monday, 5 December 2011

Aqil Si Tanggang ke mak?? (Bhg. 2 = Last Part)

Kehidupan Ton dan Dollah semakin baik. Meskipun pendapatan Dollah tidak seberapa namun ia berpatutan dengan usianya yang sudah semakin tua. Hanya kerja-kerja ringan dapat dilakukan. Kalau tidak pasti Dollah akan kelelahan. Akhir-akhir ini, Dollah asyik batuk-batuk. Tidak kurang juga dengan Ton. Begitulah 'merpati' dua sejoli. Barangkali sakit pon hendak sekali. Cubit peha kanan peha kiri turut terasa. Mungkin itulah perumpamaan yang sesuai bagi Dollah dan Ton. 

Kini, Aqil sudah berusia 23 tahun. Dia juga kini sudah bekerjaya. Dia bekerja sebagai arkitek. Itulah cita-cita Aqil sejak dari kecil. "Aqil..besar nanti Aqil nak jadi apa sayang?" tanya Ton sebelum memulakan ceritanya pada suatu malam. Tatkala itu Aqil berumur 7 tahun.
"Aqil nak kerja besar mak. Aqil nak beli rumah besar, makanan banyak-banyak kat mak dan ayah." "Yelah..kerja besar tu kerja apa sayang?" "Aqil nak kerja yang reka-reka bangunan. Aqil nak reka rumah besar untuk mak." Begitulah besarnya impian si Aqil. Meskipun masih kecil tapi hanya melihatkan kepada pembangunan yang semakin hari semakin maju, tidak disangka Aqil ingin menjadi salah seorang arkitek yang hebat.

********
"Hello..mak..ni Aqil ni.. mak Aqil nak kawin.." kasar sekali kedengaran suara si anak. Terasa bergema di telinga sang ibu. Zupp!! Terguris. Tapi, mendengarkan perkataan 'kahwin' dari mulut si anak, ibu manakah tidak seronok? "Alhamdulillah!! Dah ada calon? Ke nak mak yang carikan?"cerianya suara Ton. "Ehh.. apa pulak mak cari.. Aqil dah ada calon la mak. Kalau mak yang carikan, entah perempuan kampung mana mak pilih. Taknak la Aqil!" Zuppp!! Tersentap hati Ton.Terasa panas dipipinya. Namun suaranya tetap ditahan. Bimbang Aqil dapat mengesan. "Kalau macamtu xpelah Aqil. Lega hati mak ni. Bila nak bawak jumpak mak dengan ayah?" "Tengoklah dulu..esok lusa ke.. Yang tu ja mak. k.." "Hello..hello??!!" Kosong. Talian telah dimatikan. Bertuah punya anak. Beginikah cara yang baik untuk bercakap dengan ibu bapa. Terlalu kasar!

**********
"Wahh.. seksinya dia tu.. Kayanya.. anak sapelah tu.. Cantik.." "Aduhh.. mesti mahal baju dia tu kan..seksinya..tapi macam sombong je..kan.." begitulah cakap-cakap jiran Ton ketika melihat seorang wanita yang tidak dikenali mereka. Tetapi wanita tersebut berpegangan tangan dengan seseorang yang amat dikenali. "Ya Allah..bezanya Aqil tu sekarang.. kaya!!" hampir terjerit Kak Timah jiran Ton. Dialah yang sering memberi susu kepada Ton ketika Dollah tiada wang untuk membeli  susu Aqil. 

"Eee.. U.. rumah sape U bawak I datang ni?? Buruknya!" caci Maria. Bakal isteri Aqil bin Dollah. "Maria..kan I dah bagitau U nak bawak U jumpe mak ayah I. Please.. sekali ni je. Tolongla hormat dorang..I nak dapatkan restu dorang untuk perkahwinan kita ni.Tu je.." Tiba-tiba Dollah datang menjenguk ke luar rumah. "Aqil! Laa.. sampai dah pun kau nak.." ucap Dollah lantas memeluk anaknya itu. "Err..ayah..ha Aqil baru je sampai.." ujar Aqil sambil cuba meleraikan pelukan ayahnya. Dollah terpandangkan wanita disebelah anaknya. "Ni siapa Aqil??" "Ni lah bakal isteri Aqil yah.." senyum Aqil sengaja dibuat-buat. Bermanis muka. "Banyak soal pulak orang tua ni! Ish! geram aku!" getus hati kecil Maria. 


"La..kenapa berdiri je kat luar ni.. Meh masuk dulu..Kita sembang kat dalam.." ajak Ton dengan suara yang sangat gembira. Hari ini dia sudah menyediakan kuih  kegemaran Aqil, kuih koci. Ton dapat merasakan yang anaknya akan pulang ke rumah pada hari itu. "Bila rancang-rancang nak buat majlis? tanya ayah. "Dalam masa dua minggu lagi.." "Awalnya? Sempatke nak buat persiapan?" tambah si emak. "Ehh..uncle auntie.. ehh..maksud saya makcik,pakcik, kitorang akan buat majlis dekat rumah Maria. Jadi, semua persiapan Maria dan Aqil serahkan kepada mama dan papa Maria. Tak payah risau, semuanya akan berjalan lancar." jelas Maria dengan liuk-lentuknya yang sengaja dibuat-dibuat agar kelihatan sopan. Menjengkelkan! 


**********
Tibalah hari yang ditunggu-tunggu. Raja sehari. Majlis perkahwinan Aqil dan Maria dimeriahkan lagi dengan tetamu jemputan Datuk Mohsin serta Datin Maznah,  mama dan papa Maria. Semuanya kelihatan mewah-mewah belaka. Suasana menjadi bising dicampur dengan alunan muzik serta suara-suara para tetamu, kemudian tiba-tiba menjadi kendur. Perhatian mereka semua tertumpu di pintu masuk Villa Datuk Mohsin. "Ni pemintak sedekah mane yang datang ni?? Eee..selekeh!" kedengaran salah satu suara. Tiba-tiba Datuk Mohsin bersuara, "Pak Hassan!! Tolong tahan orang tua tu.." arah Datuk Mohsin kepada 'pak guard' di situ. "Ka..ka..mi..datang n..nak berjumpa de..ngan anak ka..mi.." terketar-ketar suara Ton memberitahu. Semua orang terperanjat. Hah! Sape anak orang tua ni? Begitu hina sekali Ton dan Dollah di pandangan mata mereka, golongan elit tapi tidak tahu budi habasa dan sopan-santun! "Aqil tu anak kami!" kata Dollah dengan berani. Tidak tahan melihat diri dan isterinya dihina. Dek malu untuk mengaku itu ibu dan bapanya, Aqil mula bertindak kasar. "Hoi..sapa anak kau?? Aku bukan anak kau lah.." demikianlah Aqil menidakkan hubungan kekeluargaan di antara mereka. Bersungguh-sungguh. 

"Hmm..xpelah papa..meh Aqil nak gi hantar orang tua ni dekat mana-mana..Mungkin salah orang kot.." jelas Aqil cuba berselindung. "Eh..ni kan majlis kau Aqil..Nak pergi mana?" "Ala..kejap je papa..Takkan nak biarkan majlis ni terganggu dengan kehadiran orang tua ni kot..kan.."luah Aqil sambil jari telunjuknya ditunjukkan ke arah Ton dan Dollah. Ton, sudah tidak tertahan lagi. Sebak. Begitu juga dengan Dollah. Kedua-duanya sudah mengalirkan air mata. Mana tidaknya. Anak yang dibelai dari kecil, inikah balasannya? Pedih. Sungguh! Ton dan Dollah tidak berdaya mengungkap kata-kata lalu beransur pergi.

Tiba-tiba keluar sebuah kereta dari halaman rumah, "Mak, ayah cepat masuk!" Kasar suara Aqil menyuruh mak dan ayahnya masuk ke dalam kereta. Tanpa banyak soal, mereka hanya menuruti. "Sampai hati kau nak..buat mak ayah macamni..." teresak-esak Ton berkata dalam tangisan yang semakin deras. "Semua tu orang-orang kaya..Mana boleh Aqil nak mengaku macam tu je. Malu la Aqil! Tu semua datuk-datuk, datin-datin. Tengokla mak dengan ayah. Selekeh. Kenapa tak bagitau nak datang. Boleh Aqil belikan baju." "Kurang ajar punya anak!!" Panggggg!! Satu tamparan hinggap ke muka Aqil walaupun dia sedang memandu kereta. "Aku tak ajar kau kurang ajar macam ni. Kami didik kau dari kecik. Sket pon aku tak pernah cubit kau. Ni balasan kau Aqil!!!" kuat suara Dollah. Tidak tertahan pedih di hati. Aqil menahan geram. 

Kereta Mercedes tersebut kemudian berhenti di sebuah perhentian bas. Tanpa melihat kedua ibu bapanya dia mengarah, "Turun." "Ya Allah..inikah balasan untuk aku.." Lembut lutut Ton..terkulai lemah di atas jalan raya. "Dah..tak payah nak sedih-sedih Ton.. Anak awak tu anak derhaka!" Jerkah Dollah. Tergamak sungguh Aqil meninggalkan orang tuanya di perhentian bas. "Abang..anak kita bang..kenapa...kenapa dia jadi macamni bang.. Salah kita kah.." perit sungguh rasa hati Ton.. Satu persatu perasaannya diluahkan. Sangat hina bila anak sendiri tidak mengaku mak. Dollah hanya termenung. Sekeras-keras hati seorang ayah, bila hati terlalu dalam digores dan dihiris, mengalir juga air matanya. "Ya Allah..kau berilah hidayah kepada anakku ini..Aqill" rintih Dollah sambil menadah tangan. Bahunya terhenjut-henjut menahan esak. Ton tidak mampu berkata-kata lagi hanya menangis pengganti buah bicara.


Dushhhh!! Satu hentaman kuat kedengaran. Orang ramai berpusu-pusu ke tempat kejadian. Kemalangan. Dollah dan Ton turut berkejaran ke tempat kejadian. Mana tahu ada yang boleh dibantu. Sesak sekali keadaan disitu. Tiada seorang pun berani untuk memegang si mangsa. Bimbang takut ada yang patah-patah. Mereka hanya boleh menghubungi ambulans. Tiba-tiba.. "Abang..anak kita tu..Aqilllll.." jerit Ton.. "MasyaAllah. Aqil!" Mereka bergegas mendekati kereta Aqil. Ya Allah.. inikah hidayah yang Engkau maksudkan..rintih hati Ton dan Dollah. "Mak..aa..yahh.." payah sekali Aqil berbicara. Darah berlumuran di muka dek terhantuk di stereng kereta. "Mak...ayah...Aqil ni Si Tanggang ke..." meleleh air matanya. "Tak Aqil.. Aqil anak yang baik..mmakk sayang Aqil.."diusap kepala anaknya itu. Begitulah si ibu. Walau sebesar manapun kesalahan yang anak lakukan, pintu kemaafan sentiasa terbuka. Apatah lagi pntu kemaafan dariNya. "Mmmakk..a..aayahh..maafffk..ann Aqill.." mata Aqil tertutup. Rapat. "Aqill..aqill.." panggil Ton sambil menepuk-nepuk pipi anaknya itu.. "Aqil..jangan tinggalkan mak nak..Aqil!!!!!!!" Dollah terduduk. Tidak menyangka begini tamatnya riwayat hidup Aqil. Disangka dia dan Ton yang akan pergi dulu. Benarlah..ajal maut tidak mengenal usia.





~P.E.N.A.H.A.T.I.K.U~
'
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah." [al-Ahqaf 46:15]








No comments:

Post a Comment