Followers

Kupu-kupu Cinta

Blog Archive

Prayer Times

Saturday, 31 December 2011

2012 - Kita ZEROkan maksiat!

Assalamualaikum w.b.t.. ^^

Apa khabar iman saudara saudari hari ini? Apa khabar jua kepada imanku? Mudah-mudahan sentiasa kita service ya. :) Alhamdulillah, bersyukurlah sentiasa dengan nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepada kita semua. InsyaAllah, mungkin kali ini ada sedikit perbincangan mengenai Tahun Baru. Mudah-mudahan muslimin muslimat sekalian dapat memberi pendapat masing-masing. InsyaAllah. ^^


Bagaimanakah anda akan meluangkan masa pada malam Tahun Baru nanti? 

InsyaAllah, mungkin setiap dari kita telah menentukan apa yang akan dilakukan kan. Mungkin ada yang akan :

1) Menyambut Tahun Baru 2012 di Dataran Merdeka.
2) Meraikan 2012 dengan kawan-kawan di luar.
3) Tidur
4) Macam rutin biasa

Jom baca statistik kat bawah ni sebentar :

Mat Zahari Ali pengunjung di Bukit Bintang memberitahu Harakah ketika ditemui pada malam sambutan Tahun Baru bahawa sambutan pada malam itu sangat menjijikkan apabila beribu - ribu pengunjung yang datang ke situ dapat menyaksikan satu tarian wanita separuh bogel di Yegas Club berhampiran Times Square pada jam 11 malam. Mereka menari dan melalak seperti hilang aqal setelah meminum arak dan berhibur secara keterlaluan . Jijik dan lucah. Sementara itu Ketua Pemuda DAP [2004] Teng Chan Kim berkata : "Malaysia sepatutnya sudah meninggalkan budaya menyambut hari besar dengan hiburan semata - mata". Laporan Harakah [ 2 January 2004 ]

Lebih 300 remaja yang melakukan kegiatan tidak senonoh dengan pasangan masing - masing di tahan dan dibawa ke masjid Asy Syakirin berhampiran Menara Berkembar KLCC untuk menjalani sessi kaunseling dan motiasi dalam Ops Hijrah 2008 pada malam sambutan Tahun Baru .

Laporan Sinar Harian [ 2 January 2008 ]

Seorang penyampai berita swasta dan seorang pelakon wanita adalah antara 26 orang yang ditahan dalam satu pesta seks dan dadah bagi meraikan kedatangan Tahun Baru di sebuah bilik hotel di Jalan P Ramlee di ibu negara . Operasi tersebut diketuai oleh Asisten Superintendan Mahani Ahmad dari Bahagian D7 cawangan maksiat , judi dan kongsi gelap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur .

Laporan Berita Harian [1 January 2009]


Pesta seks besar - besaran di tepi pantai di Johor Bharu bagi menyambut Tahun Baru. Syarat dikenakan ialah lelaki tidak dibenarkan memakai seluar dalam manakala wanita perlu memakai G-String dan sedia membukanya selepas tengah malam bagi meraikan sambutan Tahun Baru.

Laporan Harian Metro [ 1 January 2009 ]

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang - undang Syariah jabatan Agama Islam Pahang [JAIP] Badarudin Ahmad Bustami berkata pihaknya kesal kerana gadis pada usia 16 sanggup menggadaikan maruah dengan mengadakan hubungan seks bersama 5 remaja lelaki lepasan SPM ketika menyambut malam Tahun Baru di sebuah hotel bajet di Jalan Besar Kuantan Pahang .

Laporan Harian Metro [ 2 January 2009 ]


Bagai menjadi satu trend remaja sekarang ! demikianlah kata Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang [JAIP] Ghazali Abdul Aziz selepas berjaya menangkap 56 remaja berkhalwat di bilik - bilik hotel sekitar bandar Kuantan sempena sambutan tahun Baru.
Laporan Kosmo [ 2 January 2009 ]


TERBARU~

Pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) antara 140 pasangan yang ditahan kerana berkhalwat dalam operasi besar-besaran oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di seluruh negeri ini malam tadi.

Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Nurhamizah Othman berkata, kesemua pasangan yang ditahan di bawah Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah 1995 Selangor berusia dalam lingkungan 19 hingga 30 tahun.

"Salah satu pasangan pelajar IPTA terlibat ditahan kerana bersekedudukan di sebuah hotel. 
"Ada juga mereka yang ditahan didapati positif dadah setelah dijalankan ujian saringan air kencing oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). [ 1 Januari 2011 ]


Astaghfirullahal 'azim! Adakah malam TAHUN BARU adalah MALAM MAKSIAT? Ya Allah..

Mengapa saya paparkan statistik ini saudara dan saudari sekalian? Saya merasakan perlunya kita semua tahu dan berbuat sesuatu dengan perkara ini. Setidak-tidaknya, seandainya ada rakan-rakan kita yang sudah kita tahu apa yang akan dilakukannya nanti, tegurlah. Nasihatlah. Sebab apa? 

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya kecacatan pertama yang berlaku pada 



Bani Israil  ialah apabila seorang lelaki melihat lelaki lain melakukan maksiat, dia akan 

berkata: Wahai si fulan! Takutlah kepada Allah dan tinggalkan kerja maksiat yang 

engkau sedang lakukan itu kerana ia tidak harus bagi engkau untuk melakukannya. 

Kemudian pada keesokan harinya lelaki yang menegah itu melihat lelaki yang 

melakukan maksiat itu masih melakukan maksiat yang sama, tetapi dia tidak 

mencegahnya kerana barangkali pelaku maksiat itu merupakan orang yang 

memberinya makan dan minum atau rakan baiknya. Apabila Bani Israel melakukan 

perbuatan seperti itu, maka Allah telah memperlagakan sesama hati mereka dan 

kemudian Allah melaknat mereka melalui lidah para anbiyaNya. 

(H.R. Abu Daud dan Tirmidzi)





Surah An-Nahl : 125 bermaksud :

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah[845] dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. 

p/s : Jom kita serikan 'step' pertama untuk ke Tahun Baru dengan perkara-perkara yang baik. Mudah-mudahan mendapat berkatNYA.. ameen!


~P.E.N.A.H.A.T.I.K.U~







3 comments:

  1. satu peringatan yang baik drp penahatiku....jangan kita menambah statistik yg sedia ada. Peliihara Iman dan Islam walaupun ia hanya dpt secara warisan, tanpa perlu susah payah seperti sahabat Rasulullah.

    ReplyDelete
  2. Mudah-mudahan menjadi peringatan buat kita semua. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. malam tahun baru pakcik duduk rumah je........

    ReplyDelete