Followers

Sunday 21 July 2013

Ramadhan 13

Assalamualaikum wbt..

Wanita solehah itu bukanlah yang dipandang apatah lagi memandang. Untuk menjadi wanita solehah pada zaman ini, bukanlah mudah. Namun, ia bukanlah satu yang mustahil. Begitu juga lelaki yang soleh. Untuk menjadi soleh/ah itu perlukan pengorbanan masa, tenaga dan barangkali juga harta. Jauh di sudut hati, ingin aku capai darjat itu. Tapi, ia bukanlah sesuatu yang konkrit yang bisa dilihat dengan mata kasar. Namun, ia jauh lebih bernilai dari sesuatu yang bernama 'emas' dan 'permata'. 

Aku bertanya diri sendiri, apakah aku layak untuk mendapatkan seorang pasangan hidup yang soleh? Apakah aku layak untuk mendapat pendamping hidup yang taat pada agama sedangkan aku seorang yang punya banyak kelemahan. Terkadang aku juga khilaf dalam melayari bahtera kehidupan ini. Meski aku tau dosa dan pahala, tapi entah mengapa aku masih juga melakukannya. Astaghfirullah.. Sebegitu lemahkah imanku? :'( Tapi masih juga mengharapkan pendamping hidup yang soleh. :'(

Mudah-mudahan, Allah kurniakan seseorang yang terbaik buat diriku. Yang bisa membantuku dalam gerak kerja untuk Islam. Malahan, dapat turun sama-sama menyebarkan syiar Islam. Itulah impian aku selama ini. Punya zauj yang bersama-sama melakukan gerak kerja Islam, Insha Allah. 




Saturday 13 July 2013

Ramadhan 4

Assalamualaikum wbt.



Terkadang diri ini tersasar
Kadang itu barangkali selang sehari
Mungkin juga semiggu sekali
Apa pun definisinya
Aku tetap juga khilaf.

Aku kira aku kuat

Keyakinan utuh kerana taubat sudah ku tunai
Hati menyedut tenang
Minda selapang padang
Anggota terasa ringan membanting tulang.

Tapi aku silap.

Taubat tak menjanjikan
Dugaan tak kembali kau tempuh
Ujian tak kembali bertaruh
Kerana aku seorang hamba.

Lantaran itu

Hiasi sujudmu dengan kesungguhan
Kebencian kembali pada maksiat
Keyakinan pengampunan dariNya
Lantas diri sentiasa jaga.

Bulan ini bulan barakah

Bulan didalamnya turunnya mukjizat
Nah, lamarlah maghfirahNya dengannya
Intailah rahmatNya di setiap Tahajjudmu
Moga syurga kamar terakhir kita.