Followers

Tuesday 5 November 2013

Sandarkan padaNya

Assalamualaikum wbt...

Hembusan syahdu ini
Melembutkan hati ku
Menyuburkan harapan ini
Menanam azam hanya pada Dia
Lalu air mataku jatuh.

Ya,
Tiada satu pun yang mustahil bagiNya
Mengapa takut untuk meminta?
Mengapa teragak-agak memohon?
Dia Maha Mendengar
Meski tidak terluah di bibir
Cukuplah sekadar hati yang mengukir.

Tidak,
Sesekali tidak,
Dia sentiasa di situ
Kitalah yang menjauhiNya
Dia sentiasa ada
dan Maha Mendengar
Pohonlah padaNya
Kerna janjiNya adalah pasti
"Mohon, akan Aku perkenankan."

Mengapa masih ragu?
Katakanlah pada Dia
Apa sahaja di hatimu
Hanya Dia yang memahamimu
Bukan aku, dia atau mereka.

Jangan pernah ragukan kudratNya
Sedangkan langit itu dirinya tanpa tiang
Sedangkan gunung-ganang tersergam indah
Dan engkau sendiri menjadi bukti kekuasaanNya.
Nikmat yang manakah masih engkau nafikan?

Aku sandarkan segala padaNya
Dialah yang Mengetahui apa yang terbaik
Andai dirimu yang tercatat milikku
Aku terima dengan lapang hati.
Andai dirimu bukanlah untukku
Moga Dia mendamaikan hati ini.




No comments:

Post a Comment