Followers

Saturday 9 November 2013

Cukuplah Allah Bagiku

Assalamualaikum wbt... 

Setiap daripada kita punya ujian yang tersendiri, tiada ukuran besar atau kecil ujian tersebut kerana kita diuji mengikut kemampuan kita. Dan, sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mengetahui sebesar manakah keupayaan kita. 

Terkadang sesuatu ujian itu terasa sangat besar dan kita tidak mampu menghadapinya. Ya, aku tak menafikannya. Kerana aku pernah berada disitu dan masih berada disitu pada saat dan ketika ini. Namun, yakin dan percayalah bahawa Allah Maha Mengetahui. Ujian ini benar-benar setimpal dengan iman kita. Apa yang kita perlu buat bukanlah menyanggah kenyataan itu, tetapi mendekatlah kepada Allah. Dialah yang memberi penyakit dan kepada Dia jugalah tersimpan penawarnya. Mohon kekuatan pada Dia. Allah Maha Kuat saudara/i. "La Hawla Wala Quwwata Illa Billah", sebutlah berkali-kali.. Imilah salah satu penawarnya. Tiada kekuatan melainkan pada Allah. 

"Apa yang aku harus lakukan sekarang?" Doa banyak-banyak. Jauhkan hati dari perasaan marah. Tenangkan hati, jernihkan fikiran. Dan, fikirlah dengan rasional. Atur semula langkah yang perlu dilakukan. Dahulukan Allah dan RasulNya semestinya. 

Ingatlah...

Allah yang meletakkan kita dalam situasi ini
Allah jualah yang memperjalankan kita dalam situasi ini hingga kita semakin 
jauh dari garisan permulaan
Maka yakinlah
Allah akan membawa kita ke garisan penamatnya.
Samada penamatnya bahagia atau sebaliknya
Itulah yang terbaik buat kita.



No comments:

Post a Comment