Followers

Saturday 7 April 2012

Adakah aku diuji?

Assalamualaikum w.b.t.. ^^

Kaifahalukum? Afwan sangat sebab agak lama menyepi.. Menyepi bukan sebarang menyepi tetapi sebenarnya menyepi untuk mengutip kekuatan dan juga ilmu agar dapat dikongsikan bersama-sama. InsyaAllah. Entry hari ini simple saja, ADAKAH AKU DIUJI..

Adakah aku diuji?
Terkadang tampak simple saja ujian datang menduga,
Tetapi,
Besar makna yang tersirat di sebaliknya.

Adakah aku diuji?
Terkadang tak terasa pon kita sedang diuji.
Barangkali ujian yang terlalu kecil
sehingga kita tak sedar
kita sedang diuji.

Adakah aku diuji?
Mungkin maksud 'uji' bagi sesetengah orang
hanya tertumpu kepada perkara-perkara besar saja.
Barangkali yang berkaitan dengan kewangan, kawan-kawan, ibu bapa
Tetapi,
Terlupa, dalam pada itu,
ada perkara yang lebih besar nilainya yang sedang diuji.
Itulah IMAN dan HATI.

Adakah aku diuji?
Kadangkala aku hendak menjawab 'Ya',
tetapi aku bimbang,
andai itu jawapanku,
aku akan terlalu berfikir mengenainya.
Siapa yang tak takut dengan UJIAN.
Jadi?
Aku diamkan diri.
Perkataan 'uji' aku tolak ke tepi.

Adakah aku diuji?
Mungkin juga,
perkataan uji itu seringkali mengingatkan aku pada akhirat.
Aku takut pabila memikirkannya.
Bimbang dengan amalan yang masih tak seberapa,
entah di terima atau hanya menjadi kain buruk di tepi sudut.
Lantas, aku yakin itu bukan satu ujian.

Adakah aku diuji?
Lalu, di saat itu,
Aku benar-benar diuji.
Ujian mendatang dalam keadaan tidak ku sedari.
Namun,
Allah, Tuhanku dan juga Tuhanmu,
Menguji kita kerana Dia senantiasa melihat kita.
Bukankah itu yang kita mahukan?
Diperhatikan oleh Yang Maha Penyayang?

Adakah aku diuji?
Andai saat ini,
tiada uji dan duga dirasa,
Aku pasti,
Leka dan alpa menghiasi diri.
Tatkala aku merasakan yang aku tidak diuji,
barangkali,
itulah saat aku diuji !


P.E.N.A.H.A.T.I.K.U

Inilah warna-warni kehidupan.
Terkadang terasa amat indah.
Belum sempat menghayati detik itu,
Ujian datang menjengah.
Itulah bukti,
Allah masih sayangkan kita.
^^

No comments:

Post a Comment