Followers

Thursday 26 April 2012

Dekat di mata, jauh di hati..

Assalamualaikum w.b.t.. ^^


Alhamdulillah..Bersyukur yang tidak terhingga ke hadrat illahi dengan berkat izin serta inayahNya dapat lagi kita bernafas dengan oksigen yang langsung tidak dikenakan bayaran ini dan juga berdiri, bergerak dengan tubuh badan yang sihat. Semuanya hanya pinjaman sementara dan amanah Allah untuk dijaga. Maka, tunaikan hak-hak tubuh badan kita. Antara, peliharalah AURAT kita tidak kira samada muslimin atau muslimat, InsyaAllah. Sedikit perkongsian pada pagi ini. Apa itu dekat di mata, tapi jauh di hati??


## Siapa setuju seandainya saya katakan bahawa, menasihati atau memberi teguran kepada kawan di sekeliling ataupun kawan rapat itu jauh lebih sukar berbanding menasihati orang yang tidak kita kenali ?

Namun, itu hanyalah pandangan saya semata-mata.

Setelah beberapa episod hidup yang telah dilalui, saya merasakan bahawa, orang yang sentiasa ada di hadapan mata kita ni, sebenarnya sukar untuk dinasihati. Disebabkan itu, saya katakan, dekat di mata, tapi sebenarnya jauh di sudut hati. ='(


Banyak perkara yang dibimbangkan kalau nak menasihati / menegur rakan-rakan :


1. Takut kawan kecik hati
2. Nanti dia merajuk, susah hati pulak tak bercakap dengan kita
3. Terjejas hubungan persahabatan
4. Aku ni bukan baik sangat
5. Kalau kawan baik dia tak tegur, aku yang kawan biasa-biasa ni tegur, xpa ka?
6. Tak tau nak start macam mana
7. Segan


Semua kebimbangan ini hanya akan menghasilkan satu keputusan = TIDAK MENASIHATI / MENEGUR


Jadi, adakah kita berjaya laksanakan amar makruf dan nahi mungkar ? Takut dan bimbang andai mendapat saham 'dosa' yang sama sedangkan kita tak melakukan kesalahn tersebut.


Oleh itu, apa yang perlu kita JELASKAN sebelum kita nak menasihati / memberi teguran ?


## Perbetulkan niat dahulu. Kerana siapa kita menasihati ? Kerana siapa kita nak menegur ?
## Atas dasar apa kita hendak menegur ? Benci ? Sayang akan kawan / kenalan ?
## Apa cara / uslub yang digunakan untuk menyampaikan nasihat tersebut ? Perlikah ? Menegur di hadapan orang ramai kah ?


Imam Syafei r.h: “Sesiapa menegur saudaranya secara rahsia,maka telah benar-benar menasihatinya dan  menghiasinya, dan sesiapa menegur saudaranya dengan cara terang-terangan maka ia telah melaku skandal (pendedahan jahat) dan menyerangnya”.




Nabi s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang ingin menasihati orang yang memiliki kuasa, janganlah dia menampakkannya secara terang-terangan. Sebaliknya hendaklah dia mengambil tangannya (orang yang memiliki kuasa) dan bersendirian dengannya (menasihatinya dengan tidak didedahkan aib secara terbuka). Jika dia terima maka dia berjaya, jika tidak dia (orang yang menasihati) telah menunaikan kewajipannya”. (Riwayat Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunnah 507. Sanadnya sahih seperti yang dinyatakan oleh al-Albani)

Satu pesanan saya buat kalian :

Sekiranya kita bersahabat kerana Allah, insyaAllah, segala apa yang kita lakukan bersama sahabat semuanya keranaNya termasuklah urusan nasihat dan tegur-menegur. Kita menegur kerana sayangkan sahabat kita. Kita ingin bersama-samanya menggapai syurgaNya bukan hanya sekadar mendapat 'nikmat' di dunia. Barangsiapa yang matlamat persahabatannya itu hanya sekdar dunia, rugilah anda ! Hanya perbezaan sebuah nawaitu anda terlepas ganjaran Allah yang tidak ternilai ! Subhanallah !

Sebuah hadis qudsi riwayat Ubadah bin Somit bermaksud :

Allah s.w.t berfirman :

@ Orang yang berkasih sayang kerana Aku berhak mendapat kasih sayangKu
@ Orang yang saling berhubung silaturahim kerana Aku juga berhak mendapat kasih sayangKu
@ Orang yang saling mneasihati kerana Aku
@ Orang yang saling menziarahi kerana Aku
@ Orang yang saling berkorban berbelanja kerana Aku, semuanya berhak mendapat kasih sayangKu.

Sesungguhnya, orang yang berkasih sayang kerana Aku di atas singgahsana daripada cahaya, para Nabi, siddiqin dan para syuhada pun rasa terkilan dengan kedudukan itu."



No comments:

Post a Comment