Followers

Monday 19 March 2012

Panas di sini, sejuk di sana.. ^^

Assalamualaikum w.b.t.. ^^


Baca dialog kat bawah pulak ya! ^^

Kawan A : Aku nak gi kedai jap.. Nak beli handsock and stokin.. Jom la teman aku jap.

Kawan B : Aku pelik la dengan kau ni A.. Kau dah pakai baju labuh kan. tangan panjang. Kain pon labuh.   Nak watpe lagi dengan stokin semua tu?

Kawan A : Memangla aku pakai dah labuh. Cuba tengok lengan baju ni. Tebukak kan? So, aku kenala pakai handsock, takut teselak nampak tangan aku ni. Bedosa tau tak. Kaki pun aurat jugak. Kena la tutup bagi sempurna. Kalo tak, sia-sia ja pakai baju tapi still nampak aurat.

Kawan B : La.. kau ni. relax la.. tengok aku ni, slumber jep. Takdeknye stokin-stokin segala bagai nih. Siap  pakai t-shirt lagi. jeans pulak tu. 

Kawan A : Kau ingat saja-saja la erk aku pakai macamni? Allah suruh tutop aurat, so wajib la kita tutup aurat. Yang kau ni, buat macam tak penah belajar agama ni apsal.. 

Kawan B : Hahaha.. Pandai kau erk kenakan aku. 

Kawan A : Hehe.. Dah kau tu buat-buat lupa.. Aku nak ingatkan kau ni. Jangan main-main dengan hukum Allah. Tutup aurat ni hak Allah tau tak. 

Kawan B : Apa maksud kau aurat tu hak Allah?

Kawan A : Hak tu perkara yang perlu kita tunaikan ke atas seseorang. Contoh, zakat hak orang-orang yang memerlukan. Dalam duit kita ni, ada hak orang-orang tu. So, kita kena tunaikan hak kita ke atas orang-orang yang memerlukan dengan membayar zakat. Dalam pekara aurat ni pulak, kita kena tutup aurat sebab tu kewajipan yang dituntut ke atas kita. Tapi, dalam bab ni kita tak deal dengan manusia macam asnaf zakat tu, tapi kita deal dengan sesuatu yang lebih besar, iaitu Allahu Rabbi!

Kawan B : MasyaAllah.. selama ni aku amek ringan ja perkara ni. Aku pikir, selagi aku tak dapat nak sesuaikan diri or istilah len tak dapat hidayah lagi, so aku ingat ok la aku pakai macamni. Lagipon aku taknak jadi hipokrit. Hmm. lagi satu, apa beza pakai macam ni dengan tutup aurat? aku tengok orang pakai tudung labuh, sume labuh-labuh la buat maksiat jugak. Mengumpat orang jugak. 

Kawan A : Kau tak boleh amek ringan perkara ni. Ni kewajipan kita macam sekarang, tanggungjawab kita study. Same goes to this matter. Kalo pasal tu, selalu sangat orang beranggapan yang orang pakai tudung labuh semua ni baik-baik belaka. Sampai tak boleh nak buat silap. Kau kena ingat, orang yang pakai tudung labuh tu pon manusia. Bukan maksum macam nabi. Kita semua cucu Adam. Semuanya penah dan akan terus buat salah and silap. Tapi, bukan kesalahan orang yang kita nilai. Tapi, usaha dia untuk memperbaiki diri. Dalam kes ni, orang yang berjaya tutup aurat, dia dah berjaya melepasi satu tahap iaitu memelihara diri dan melaksanakan tanggungjawab and perintah Allah. Compared to orang yang tak tutup aurat ataupun tak sempurna dalam tutup aurat, rugilah kalo macam tu cara pandangan diorang. Rugi sangat-sangat. At least, kat akhirat nanti, kurang la sikit seksa. Tak gitu? Kita semua tak sempurna. Sebab tu lah kita kena sentiasa perbaiki diri. Termasuklah aku. Banyak lagi kelemahan and salah silap.

Kawan B : Aku ni termasuk orang yang rugi ke A? (nada sebak)

Kawan A : Tak, kau tak termasuk pon dalam orang-orang yang rugi selagi ada masa nak berubah. Be positive. =) Berubahlah.. Jom sama-sama laksanakan tanggungjawab and perintah Allah. Aku pon masih banyak dosa. Sama-sama perbaiki diri. InsyaAllah, masa masih ada. Selagi nyawa tak sampai kat keronkong kita ni, kita still ada masa tok bertaubat and berubah. 

Kawan B : Aku betol-betol tak penah tepikir pasal ni. Hari ni, baru aku nampak besarnya nilai dosa tu. ="( Terima kasih sangat-sangat. Kalo tak, bila lah aku nak rasa tutup aurat ni. Ya Allah..

p/s : Apa lagi yang nak ditunggu? Nak tunggu try semua jenis keluaran fashion yang tak menutup aurat? Nak tunggu sampai usia mencecah 50 tahun? Yakinkah kita akan hidup sehingga umur tu? Jangan ditunggu 'hidayah' datang bergolek, sebaliknya carilah hidayah tu. Ruangkan sedikit hatimu untuk 'hidayah' masuk, InsyaAllah, sekali hidayah singgah di hati, manisnya tidak terkira! InsyaAllah.

Hidayah akan mudah diterima jika tidak ada perkara yang menghalang. Surah Al-Kahfi, ayat : 57.
Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya.





No comments:

Post a Comment