Followers

Kupu-kupu Cinta

Prayer Times

Saturday, 30 June 2012

Hidayah itu milik Allah !

Assalamualaikum w.b.t.. :)


Lumrah Seorang Pendakwah

Ada satu perkara yang terjadi kat ana hari ini.. Bila berfikir guna perasaan memang ana akan rasa marah dan tak redha pada perbuatan si dia. Sebab, ana tau si dia 'tahu dan faham' akan hukum - hakam perkara tersebut. Tapi, macam orang tak faham. Ana bukan nak menceritakan perihal buruk si dia. Tetapi, hikmah di sebalik kejadian tersebut.

Time tu, rasa tak terbendung 'meluat' di hati. Bukan 'meluat' pada diri insan tersebut tetapi perbuatan yang dia buat. Ana terus contact umi sebab nak tanya beberapa soalan dan cuba untuk terus membuatkan hati ni berbaik sangka. 

Umi call ana. Then, ana tanya umi.. "Umi.. Kalau kita dah tegur orang tu dua kali, kemudian dia macam tak paham-paham jugak, macam mana erk ? Ana dah rasa tak larat dan putus asa.. Macam malas nak amik tau dah.." Tau umi jawab apa ? Jawapan umi biasa ja.. Tapi, bagi sang pelupa macam ana ni, rasa terkena batang hidung sendiri. Umi jawab, "Kan ada 3 jenis cara nak cegah kemungkaran tu kan.. Kalo dah dengan tangan, buat dengan lisan pulak. Tapi, kalau dah tak menjadi jugak, cegahla dengan hati.. Kita kena ingat, walaupun kita tau yang orang tu dah tau, belum tentu dia faham. Tak pun, kita tau dia tu tau dan faham, tapi belum tentu dia dapat hidayah dari Allah untuk berubah.. Ingat.. Hidayah tu milik Allah.. Kalau Allah tak bagi, kita tak boleh nak buat apa-apa. Allah lebih mengetahui hati hamba-hambaNya.."

Betul sangat apa yang umi cakap tu. T_T 

Kemudian umi ada pesan.. Banyakkan berdo'a.. Bangun tengah malam dan solat hajat untuk mintak Allah bukakan hati dia untuk berubah. Kadang-kadang manusia tu tau dan faham, hidayah pun dah dapat cuma dia tak memiliki kekuatan diri dan jiwa untuk berubah. Do'a orang-orang yang inginkan dia berubah lah yang amat diperlukan. 

Dalam nak mengajak manusia ke arah kebaikan ni tak boleh mudah putus asa dan mudah berkecil hati. Jalan yang dipilih ni memang jalan yang penuh onak dan duri. Semua tu dah menjadi adat. Jadi, jangan kita cepat mengalah. Usaha tetap usaha. Allah counts it ! 



p/s : Mudah-mudahan aku menjadi insan yang sentiasa mentarbiyah diri dan membuang karat-karat jahiliyah yang masih bersisa dalam diri ni.. Ameen !

No comments:

Post a Comment