Followers

Tuesday 19 June 2012

Cinta Itu Fitrah.

Di'copy' dari status Facebook saudara Hilal Asyraf 






Kadangkala, manusia terlalu sempit di dalam urusan cinta. Hingga tidak bergerak langsung cintanya, menjadi sukar, dan akhirnya tidak berjaya.

Kadangkala, manusia terlalu luas di dalam urusan cinta. Hingga melayang ke mana-mana, menjadi liar, dan akhirnya tidak berjaya mendirikan rumahtangga.

Aku pula sentiasa percaya,
bahawa cinta itu sederhana.
Ada prinsipnya, ada disiplinnya,
tetapi itu semua tidak menghalang cinta untuk mekar,
dan mengakar,
di dalam jiwa.

Namun tidak ramai hendak mengutamakan peraturan yang ditetapkan,
cinta dipandu perasaan dan bukannya keimanan,
membuatkan jalan-jalan cinta yang diambil adalah kotor,
sekaligus mengotorkan cinta,
dan menghapuskan keindahannya.
Hingga cinta kelihatan jijik,
dan tidak dikenali wajah sebenarnya oleh sesiapa.

Aku adalah yang berusaha membersihkannya.
Cinta ada jalannya, bukan diredah semata-mata.
Cinta punya disiplin, bukan sekadar lenggang kangkung bersahaja.
Cinta perlu dipandu keimanan, bukan perasaan membabi buta.
Cinta, mestilah hendak membawa ke syurga.
Apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya.

Dan dengan itu semua,
aku bercinta.

---------------------------------------------
Pada saya, Islam mengiktiraf perasaan cinta di dalam hati manusia. Tinggal Islam tidak membiarkannya liar tanpa batas dan peraturannya.

Disiplinnya wajib ada.
Agar cinta tidak sekadar menjadi bicara semata.




No comments:

Post a Comment