Followers

Wednesday 2 May 2012

Tolonglah agama Allah, nescaya Allah akan tolong kita..

Assalamualaikum w.b.t....



Alhamdulillah bersyukur kepada Allah swt dengan limpah kurniaNya dapat lagi kita menikmati dua anugerah yang tak ternilai, iaitu Iman dan Islam. 

Hati terdetik untuk update blog dan berbicara sedikit tentang satu isu yang mungkin bagi sesetengah orang meng'kategori'kannya sebagai ISU POLITIK. Tapi, bagi pendapat saya, bilamana ia sudah menyentuh SENSITIVITI ISLAM, maka itu bukan lagi ISU POLITIK. Tetapi, itu ISU UMAT ISLAM !! Jangan sesekali memandang remeh akan tuntutan-tuntutan yang TIDAK MUNASABAH oleh seorang yang tidak lagi asing dalam negara kita iaitu Ambiga. Di sini, saya sertakan beberapa tuntutan yang dinyatakan oleh seorang Ambiga.

Baca dan nilailah dengan neraca Iman di hati. ANdai masih tidak TERKESAN di hati, mungkin ada kita ada masalah hati yang lebih besar dari isu ni.



TUNTUTAN AMBIGA Sreenevasan :


1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.


2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam PAS dan PKR di dalam Negara kita hari ini. Kalau inilah yang kita mahukan,marilah kita menyatakan bantahan  tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC. Maruah Islam di bawah tapak kaki si Hindu Ambiga! Sedihnya.



Diambil dari seorang saudara di Facebook.

Oleh itu, sedarlah wahai Umat Islam sekalian. Tuntutan yang tidak relevan ini seandainya


 diberikan kelulusan, hancurlah umat Islam yang semakin hilang jati dirinya. 

Sama-sama kita berdo'a dan berusaha untuk terus menyebarkan dakwah dan kesedaran 


pada umat Islam sekalian. 

Kalau kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita. InsyaAllah. Yakinlah! Allah bersama-


sama dengan orang yang sabar.






No comments:

Post a Comment