Followers

Kupu-kupu Cinta

Prayer Times

Friday, 11 July 2014

Iman

Assalamualaikum wbt...

Ya, iman kita tak setara mereka di sana. Ujian kita tak sama.. kerna kita diuji sesuai dengan tahap iman dan taqwa di dada. Tapi.. takkan dengan kesedaran yg sedemikian melayakkan kita untuk terus berdiam diri dan terus terusan berada di takuk yg lama? Tak rasa nak berubah ka? Tak rasa nak bangkit dari kelalaian yg tahap giga tu ka? Please.. wake up.. Kita dah lama lalai dan leka.. Terlalu banyak alpa.. Kalau ajal kita tiba saat kita dalam keadaan ni macamana? Nak ka kita dengan pengakhiran hidup yg macam tu? Allah.. :'(

Takut sebenarnya...

Takut andai hidayah Allah tu hanya datang sekali ni ja..

Bimbang andai Allah dah tak nak pandang.. tak nak dengar segala rintihan, keluhan, impian kita lagi.. Pada sapa kita nak meluahkan perasaan? Pada sapa kita nak pohon keampunan atas segala dosa yg dah dilakukan?? Hanya Allah yg Maha Mengetahui dan Maha Pemaaf. Walaupun kita tak mampu nak mengatur perkataan untuk cerita pada Allah apa yg jadi pada kita..apa yg kita sedihkan.. Allah Maha Mendengar.. Allah tahu apa dalam isi hati kita.. Walaupun hanya hati kita yg mampu berbicara pada waktu tu dan lidah tiba-tiba menjadi kelu.. Allah Maha Mendengar dan Memahami.. Allah-lah yg Terbaik.. Rugilah kalau kita pilih untuk terus-terusan berjauhan daripadaNya.. :'(

Bantulah kami Ya Allah.. untuk terus kuat dan bertahan di atas iman yg nipis seperti kulit bawang ini.. Kami lemah tanpa kekuatanMu.. Pinjamkan kami sedikit kekuatan ya Allah..

No comments:

Post a Comment