Followers

Kupu-kupu Cinta

Prayer Times

Tuesday, 7 October 2014

Hidup

Assalamualaikum wbt...

Terlalu banyak perkara yang terjadi dalam hidup kita kan? Dalam tempoh yang singkat, too many things happened. Sometimes rasa macam drama or maybe hikayat hidup yang setahun ni andai direnungkan boleh dijadikan sebuah novel dek rentetan ceritanya yang unexpected. Namun.. bila direnungkan.. siapa lagi sebaik-baik penulis kisah hidup kita andai bukan DIA? Siapa lagi yang membenarkan setiap perkara yang terjadi atas muka bumi ini andai bukan Sang Pencipta? 

Pernah tak terasa nak mengeluh..? rasa nak merintih.. ?? rasa macam nak cakap, 'What is happening right now??' Macam-macam nak cakap, kan? Yes.. kita boleh mengeluh.. boleh merintih..but not pada manusia..bukan pada insan yang juga punya kelemahan seperti kita. Tapi, kita boleh mengeluh, menangis semahu-mahunya, merintih la macamana pun hanya pada Allah. Bukan Allah tak tahu kita menderita..bukan Allah tak tahu hati kita menjerit kesakitan.. Allah Maha Tahu! Tapi.. ujian yang DIA bagi adalah tanda cinta dan sayang pada kita. Hanya dengan ujian, kita mampu memahami tentang kehidupan yang sementara ini. Hanya dengan ujian kita akan kembali dan ingat pada DIA.. Memang menyakitkan wahai hati.. sangat.. tapi.. semuanya punya hikmah! hikmah yang tersanaaaangaatttttttt bernilai!

Jadi..
Apa solusinya?
Pernah dengar tak..
"Mohonlah pertolongan dengan SABAR dan SOLAT'?

Itulah solusi yang terbaik.
Bersabar dalam menghadapi segala cubaan..
Andai kita mampu bersabar, sebenarnya 80% masalah kita dah selesai. 
Sebab apa?
Sebab..hati kita dah membenarkan dan menerima apa yang terjadi. bila hati dah terima..baru otak boleh proses dan fikirkan jalan keluar yang terbaik.. See??
And kenapa solat?
Terlalu banyak rahsia dan kelebihan solat.. Solat mampu menenangkan jiwa.. solat merupakan telepati kita dengan Allah. Solat tempat mengadu dan meminta. Dan solat merupakan salah satu masa mustajab do'a! Jadi, mohonlah pada Allah. Jangan mintak yang kecil-kecil. Mintak yang besar-besar terus pada Allah. Allah memiliki segala-galanya. Tiada satu pun yang mustahil bagi DIA. Ingat tu..


No comments:

Post a Comment