Followers

Kupu-kupu Cinta

Prayer Times

Thursday, 5 December 2013

Bersederhana

Assalamualaikum wbt.. 

Kisahku detik ini
Belajar erti sederhana
Bukan hanya dalam kata
Tapi lebih dalam nyata.

Setelah ku buka helaian baharu
Aku lebih berhati-hati mencoraknya
Bimbang ada lumpur yang terpalit
Buruk sejarah hidupku.

Dalam helaian ini
Ku coretkan kata-kata pencetus semangat
Ku ajarkan sabar demi sabar
Ku tatih rasa cinta yang sederhana.

Kini
Helaian demi helaian
Telah mula menjadi pelangi
Moga terus ia menghiasi.

Aku sabar menanti
Penghujung kisah ini
Apakah noktah yang mengakhiri
Atau episod kedua terus dilayari.

Moga Allah kurniakan hal-hal yang terbaik buat kita semua.
Moga Allah bawa pergi harapan pada hal-hal yang bukan milik kita.
Insha Allah. 



No comments:

Post a Comment