Followers

Monday 9 December 2013

Pelangi

Assalamualaikum wbt..

Bukan aku enggan melakar senyuman
Bukan hatiku tidak mahu berbunga
Tapi ada sesuatu yang menahannya
Semestinya demi kebaikanku jua.

Biarlah ia hanya di pertengahan sahaja
Tidak terlalu gembira atau terlalu mudah
Kerana apa jua pilihan yang ada
Semuanya datang bersama kesannya.

Aku tidak lupa mengucapkan syukur
Hari yang aku pinta
Bertamu jua
Persoalanku terjawab akhirnya.

Aku berdoa senantiasa
Moga segalanya baik-baik sahaja
Moga dia bisa terima
Yang ada padaku segala.

Insha Allah. Allahumma Aameen.

No comments:

Post a Comment