Followers

Kupu-kupu Cinta

Prayer Times

Tuesday, 24 September 2013

Ku pujuk diri

Assalamualaikum wbt..

Entah ke berapa kali
Rasa ini datang bertandang
Setiap kali kau pergi
Rasa ini datang menghuni
Aku lelah.

Ruang bilikku yang saban menjadi teman
Terasa begitu sempit
Hatiku sesak
Lantas 
Aku melangkah keluar
Dengan harapan hati kembali tenang.

Di atas sofa
aku melabuhkan punggung
tersandar aku seketika
lalu aku bertanya
"Aku kenapa?"
Senyap
Tiada jawapan.

Aku melemparkan pandangan
jauh ke luar jendela
Sketsa kehidupan terhampar di depan mata
Satu pun tidak berjaya menarik mataku
Semuanya kosong bagiku
Aku melayani terus rasa hati
Entah sampai bila harus ku begini.

Aku lalu memujuk diri.
"Apa yang aku rasakan ini,
adalah satu kesedihan,
bagai hati diremuk-remuk
bagai hati dihiris-hiris,
sedangkan
engkau tiada sebab untuk merasakan demikian,
jangan biarkan hatimu terus dikawal ukhti,
itu datangnya dari syaitan,
dialah yang membisikkan rasa sedih itu,
teruskan bersangka baik,
letakkan kepercayaan sekadarnya,
dan teruskan berdoa padaNya,
Insha Allah,
Allah takkan mensia-siakan doamu.."

Akulah yang menderita,
aku juga yang memujuknya,
Ibarat ku punya dua jiwa,
Pabila yang satu itu terluka,
Ada kembarnya yang sedia setia.

Doakanlah perjalanannya
Moga semua urusan dipermudahkan
Jangan terlalu memikirkannya
dan jangan pula terlalu berharap
Letakkanlah segalanya di pertengahan
dan jernihkan semula fikiranmu,
ya Ukhti? =') 


No comments:

Post a Comment