Followers

Thursday 19 September 2013

Hati ini Milik DIA

Assalamualaikum wbt.

Lama rasanya tak mencoret di blog yang usang ini. Meski usang tapi penuh dengan cerita suka dan duka. Inilah perjalanan hidup seorang insan yang punya cita menjadi muslimah solehah dan punya cerita cinta tersendiri. 

Baru aku sedar. Benarlah apa yang telah disebut dalam satu hadis. Hati ialah Raja. Apabila hati sakit, maka sakitlah semua anggota. Benar sekali. Aku mengalaminya. Hati yang gundah gulana, melumpuhkan pergerakan dan aktiviti harian bagi anggota lain. Meski perutku berkeroncong hebat mohon dan merayu untuk diisi, namun apakan daya. Mulutku enggan merasai apa-apa. Manis, masam atau apa sahaja. Tiada lagi kerjasama di situ. Lantas, aku tidak menjamah apa-apa. Meskipun aku paksa, terasa seperti hendak dikeluarkan semula. Ya Allah. 

Alhamdulillah. Syukur, syukur dan syukur. Hari ini aku sudah mampu untuk menjamah. Alhamdulillah. Maafkan aku perut. Baru hari ini aku menunaikan hakmu. :'( 



Allah..
Tuhanku jua Tuhanmu
Senantiasa ada dan hampir 
Sangat hampir kala sujud
Maka mengapa tak kau tumpahkan segalanya
dalam sujudmu?

Allah..
Cabutlah kepedihan jua kesedihan ini
Jangan biarkan ia terus berpanjangan disitu
Campakkanlah ketenangan hati
Engganku melayari bahtera ini lagi
Berikanlah aku bahtera yang baru, Ya Tuhan.

Berat telinga yang mendengar,
Berat lagi hati yang menanggung.
Wahai Tuhan Semesta Alam,
Tiada yang mustahil bagiMu.
Perkenankanlah harapan ini.


"Andai kita meninggalkan sesuatu kerana Allah,
Allah takkan pernah mensia-siakanmu wahai hati.
Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat,
Allah Maha Mendengar,
Allah Maha Mengetahui."


No comments:

Post a Comment