Followers

Sunday, 22 September 2013

Assalamualaikum wbt..

Kepada Allah SWT aku sandarkan segala harapan.

Jauh fikiranku melayang
memikirkan bagaimana corak kehidupanku selepas ini
memikirkan segala kelemahan diri yang masih belum diperbaiki
memikirkan setiap tanggungjawab yang perlu dilaksanakan
memikirkan kekuatan yang ada pabila ujian datang menyapa kelak.
Sarat terasa.

Namun,
hati mulai tenang
saat aku teringatkan sesuatu
Allah takkan pernah memberikan sesuatu
Andai itu bukan yang terbaik untuk hambaNya
Mengapa perlu dirisau
Allah dah janji itu semua
Masa masih ada
Perbaiki diri dan akhlak
Penuhi hati dengan ilmu
Mantapkan kefahaman dalam hal tersebut
Siapkan diri dengan segala
Insha Allah 
semua baik-baik sahaja.

Insha Allah. Ameen :')


No comments:

Post a Comment