Followers

Kupu-kupu Cinta

Prayer Times

Saturday, 16 February 2013

~sahabat~

Assalamualaikum wbt.

Saat hati menyapa
Mengapa ada sendu di jiwa?
Terasa hiba tiba-tiba
Terasa jauh daripada mereka.
Kenapa? :'(

Lantas,
Hati bermadah kata
Jangan pernah percaya
Pada insan yang bernama
Manusia.

Walau engkau berkongsi suka
Hatta mengkhabar derita
Entah mengapa tidak sampai di jiwa
Sedang engkau sudah lama
Mengenali mereka!

Sedang dia
Engkau mudah persia
Keikhlasannya engkau duga
Sifat pemurahnya engkau lupa
Sedang dia yang paling setia.

Sahabat
Bukan sekadar gelaran
Bahkan tinggi nilaiannya
Peganglah dia seakan-akan
Engkau takkan bertemu 
Seorang teman.

Aku punya sesal
Kerna tak menjaga lisan
Meski aku kirimkan
Khabaran yang gembira.

Duhai Tuhan,
Perbaiki hati ini,
Pelihara lisan ini,
Agar tak tersalah aku beri,
Agar tak terlanjur aku tari,
Kerna kelak pasti sesali diri. :'(





No comments:

Post a Comment