Followers

Kupu-kupu Cinta

Prayer Times

Saturday, 26 January 2013

Persahabatan teruji!

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah. Hari ni dah 14 Rabiulawal 1434 hijrah.. Dah 2 hari tarikh kelahiran insan yang dicintai oleh seluruh makhluk Allah berlalu..Mudah-mudahan kita dapat mencintai Rasulullah saw, sepertimana baginda mencintai kita meski takkan pernah sama dan setara dengan nilai kasih dan cinta Rasulullah! :'(


____________________________________________________________________

Wahai sahabat
Bukan niatku untuk menyakiti hatimu
Lebih-lebih lagi berkasar denganmu.

Entah mengapa
Rasa ini datang bertamu
Tak ingin terus di situ
Apatah lagi dijemput.

Namun
Apakan daya
Hakikat seorang manusia
Aku tewas dengannya! :'(

Maafkan aku wahai sahabat,
Telah ku cuba berikan yang sempurna
Tetap gagal menyentuh jiwa
Kalah dengan rasa sentiasa.

Sahabat,
Meski banyak aku luka
Engkau tetap masih memuja.
Betapa mulianya hatimu sahabat.. :'(

Aku ingin ke sana
Menyambut bahagia yang telah ditinta
Tapi bukan seorang pastinya
Ingin bersamamu ke syurga CINTA!

Hidup ini umpama sehelai kanvas
Yang bisa ku corakkan segala terlintas
Tak seindah seperti yang dibahas
Kerna aku punya batas.

Ku atur jari serta jemari
Bersedia hati di papan kekunci
Memohon maaf  sepenuh hati
Kerna aku khilaf lagi. :'(

Aku juga seperti dia
Ingin ku luah sayang di jiwa
Namun kata tertelan di dada
Lantas diam seribu bahasa.

Meski tidak aku kata
Walau sudah aku cuba
Kasihku sahabat tiada frasa
Meski ditanya sebesar mana.


Uhibbukifillah abadan abada! :')


No comments:

Post a Comment