Followers

Friday 9 November 2012

DAGU : Aurat atau tidak? :)

SOALAN:

baru - baru ini ada org bertanya kpd saya yg berbunyi begini :

1) ustaz..sekarang ni sy lihat ramai remaja perempuan yg 

bersolat telekungnya menampakkan dagu, aurat wanita 

dalam solat n diluar  solat sama, so adakah telah sempurna 

auratnya jika telekung yg dipakai nampak dagu?


JAWAPAN SAYA :

Apa yg saudari tanya ini adalah perkara yg telah menjadi khilaf 

dikalangan Ulama dan sehingga ke hari ini masih belum ada kata 

muktamad yg khusus di kalangan Ulama… Secara umumnya, dlm hal ini 

ada 2 jawapan:

Seperti yg kita semua maklum, Aurat seorang perempuan adalah 

keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Para ulama 

bersepakat bahawa, Aurat perempuan ketika berada di luar adalah sama 

seperti ketika berada di dalam solat. Tapi permasalahannya adalah dlm 

soal mendefinisikan maksud muka.. Disini sy mahu bahaskan secara adil, 

dan tak mahu menyembunyikan.Apakah yg dimaksudkan dgn muka, 

dibawah sy nyatakan terdapat 2 ijtihad (pendapat)…



(i) Sebahagian ulama berpendapat Dagu termasuk dari bahagian Muka – 


maka dagu dikatakan bukan aurat

(ii) Sebahagian ulama lagi berpendapat, Dagu termasuk dari bahagian 

dalam (leher) – maka dagu dikatakan adlh aurat,,



Seperti yg kita semua maklum, Aurat seorang perempuan adalah 


keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Para ulama 

bersepakat bahawa, Aurat perempuan ketika berada di luar adalah sama 

seperti ketika berada di dalam solat.



Bagi saya, , pendapat ulama yg mengatakan dagu bukan aurat lebih rajih, 


lebih kuat berbanding pendapat yg satu lagi ( dagu adalah aurat).

Jika ditanya kpd saya, saya lebih menyokong pendapat Ulama yg 

mengatakan dagu adlh bukan aurat… Ini kerana sy telah merujuk kpd 

pandangan ulama yg pada sy, pendapatnya lebih kuat seperti al imam as 

syafie , al imam ibnu hajar al as qalani, imam Ar-Ramli, Al Imam As 

sayuti, imam An- Nawawi dan ramai lagi yg bersependapat dgn mereka.. 

Namun ada sebahagian kecil ulama yg menyelisihi ulama2 di atas.. kita 

tak boleh salahkan mana2 ulama, itu pendapat mereka, itu ijtihad 

mereka, itu bidang ilmu mereka… Tapi adalah tidak salah bg kita memilih 

pendapat mana yg harus dipakai… seperti yg kata tadi, jika ditanya kpd 

saya, sy akn memilih pendapat “ dagu bukan aurat”



Muka dari segi bahasa Arab ialah: daripada hujung dahi sehingga kepada 


dagu. ataupun dengan kata lain: yg dapat dilihat ketika berhadapan 

antara satu sama lain. maka tidak syak, dagu juga dilihat apabila kita 

berhadapan antara satu sama lain.



Sahabat nabi yg mashur seperti,Ibn Umar ra juga menyebut: “Bahagian 


atas daripada dagu, termasuk dalam anggota kepala”. Boleh saudari rujuk 

dlm kitab Al Muwatta Imam Malik 3/473 dan disokong oleh Al 

Imam An 

Nawawi rahimahullah dalam Kitab Majmuk 7/268.



Maknanya apa yg boleh kita fhm kat sini adalah: dagu itu sendiri adalah 


sebahagian daripada muka. Jadi tak timbullah masalah dagu itu adalah 

aurat kerana dagu adlh komponen yg melengkapkan sbg maksud 

“muka”.



Bole jugak rujuk kitab Al Umm : Al Imam As syafie rahimahullah dalam 


kitab hebatnya iaitu al-Umm. Beliau juga bersependapat dan mengatakan 

bahawa dagu adalah sebahagian daripada muka.



Secara jelasnya, apa yg nak sy katakan disini, adlh bhw Sepakat para 

ulama mengatakan bahawa dagu adalah sebahagian daripada muka.

Bole jugak rujuk kitab Al Umm : Al Imam As syafie rahimahullah dalam 

kitab hebatnya iaitu al-Umm. Beliau juga bersependapat dan mengatakan 

bahawa dagu adalah sebahagian daripada muka.



Secara jelasnya, apa yg nak sy katakan disini, adlh bhw Sepakat para 

ulama mengatakan bahawa dagu adalah sebahagian daripada muka.


Juga sy nak sebutkan disini, turut dinyatakan Dalam kitab syarah sahih 


bukhari (fathul bari) , telah dijelaskan oleh Al hafiz Al Imam Ibnu Hajar al 

Asqalani yg dikatakan (dimaksudkan) dengan sempadan kawasan muka 

adalah sampai kebawah dagu itu. Maka dagu juga dikatakan adalah 

sebahagian kawasan muka. Oleh itu kain tudung berada di bawah dagu 

masih dibolehkan. (Fathul Bari: 11/ 312). Dengan ini, memakai tudung di 

bahagian bawah dagu, sah solatnya kerana pemakaianya masih menepati 

kaedah dlm menutup aurat.



Suka juga sy petik dari seorang ulama kontemporari (ulama semasa) , 


Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili bhw beliau mendefinisikan daerah muka; 

panjangnya gigi rambut (anak rambut) biasa hingga ke bahagian akhir 

dagu. Atau dgn kata lainnya antara permulaan dahi sehingga ke bahagian 

bawah dagu. Hal dagu pula ialah tempat tumbuhnya rambut yang 

terletak di atas tulang rahang sebelah bawah. Dua tulang rahang ialah dua 

tulang yang menjadi tempat tumbuh nya gigi bawah seseorang. Lebarnya 

di antara 2 anak telinga.



Secara mudah nak faham, saudari tengok pada wajah lelaki, setakat mana 


janggut lelaki dibhg bawah dagunya , maka disitulah sempadan antara 

muka dgn leher… sy rasa tak semua bahgaian bawah dagu janggut 

sampai, dlm ¾ bahagaian bawah dagu shj… maka disitulah yg katakan 

sempadan muka dgn leher yg dikatakan ulama..


KESIMPULAN YG SY BOLEH BUAT : INI PANDANGAN SAYA.



Sy ingin mengambil jalan tengah, ketika seseorang prmp dlm ibadat solat, 

pakailah telekung tu sehampir yg boleh menutup dagunya, kerana itu 

lebih beradab dan lebih menjaga dari tergelincir antara kedua2 

hukum/pendapat ulama. Org kata , lebih selamat, lebih warak… akan 

tetapi jika ternampak bhg bawah dagu pun, masih sah solat…( ini perkara 

khilafiah) tak usah nak gaduh2… berlapang dada…



Ketika di luar solat, mana2 boleh, ikut kesesuaian saudari… kerana kalau 


nak diletakkan betul-betul di birai dagu, amatlah sukar dan susah bg 

wanita yg hendak menjalankan kerja @ aktiviti seharian spt bersukan, @ 

aktiviti yg lasak sedikit… Nanti asyik terjatuh ke mulut, jadi itu 

menyusahkan bg wanita… sedangkan dlm islam itu sendiri tidak 

menyusahkan umatnya selagi mana masih terpayung dgn syariat dan 


ijmak ulama…





Jika ditanya kpd saudari, maka saudari jawab la “ bhg bawah dagu 

bukannya aurat, tetapi lebih cantik, lebih wara’, lebih selamat jika boleh 


menutupi bhg bawah dagu.. Buatlah setakat yg mampu kalau boleh.



Bagi wanita yg solehah, yg mengutamakan wara’ dlm pemakaiannya, 


sebaiknya memakai tudung menutup dagunya (jika boleh), jika rasa tak 

selesa, boleh pakai sehingga bawah dagu, kerana itu masih terpayung dgn 

ijmak ulama.



Jadi tak hairanlah, jika ditanya kpd ustaz A, dia akan kata dagu adalah 


bukanlah aurat, DAN jika ditanya kpd ustaz B, dia akn kata dagu itu adlh 

aurat…Dan Jika di tanya kpd saya, sy akan mengatakan dagu itu bukan 

aurat,dan pada masa yg sama ,sy lebih suka memilih jalan tengah dan 

jalan wasatiah, yakni kesederhanaan disamping tidak membebankan ahli 

masyarakat… wallah hu a’lam


No comments:

Post a Comment