Followers

Kupu-kupu Cinta

Prayer Times

Sunday, 11 March 2012

~Bicara Hati~



Jika cantik rupa yang kau dambakan,


Aku tidak layak untuk itu.


Jika keindahan anggota yang kau inginkan,


Jauh sekali aku menjadi pilihanmu.


Jika wang ringgit yang kau pinta,


Hanya ucapan maaf mampu dikata.


Namun..


Jika redha Allah yang kau damba,


Izinkan aku bersamamu menggapainya.


Jika bahagia yang kau doa,


Izinkan aku memberi walau seketika cuma.


Jika mawaddah yang kau cari,


Rela aku berkongsi denganmu.


Jika sakinah yang kau perlu,


Izinkanku meminta pada Tuhanku.


Ya Rabb..


Andai sudah tiba masanya,


Ikhlaskan hati kami menerima segala.


Walau ada ujian yang diduga,


Moga diri sentiasa redha.


Ya Allah..


Andai sudah tiba detiknya,


Persiapkan aku dengan ilmuMu.


Agar mampu aku mencipta,


Baitul ummah atas jalanMu.


Jangan ya Allah..


Kau serahkan diriku kepadaku 


Walau hanya sedetik pun!


Sungguh!


Tak sanggup aku melaluinya..



2 comments: