Followers

Wednesday, 12 August 2015

Momen-momen indah

Assalamualaikum wbt..

Sedar tidak sedar.. usia kita dah makin meningkat. Banyak pahit manis yang dah dilalui selama kita hidup. Ada yang masih memberi kesan di hati.. dan ada yang dah lama kita lupakan. Walau apa pun yang terjadi pada kita, itulah erti sebuah kehidupan. Tanpa ujian-ujian tu, kita tak mungkin akan sekuat hari ini. Tanpa dugaan-dugaan tu jugak, kita tak mungkin kita pada hari ini. Kita belajar erti sebuah sengsara daripada insan yang datang dalam hidup kita. Kita belajar erti menghargai juga daripada insan yang hadir dalam hidup kita. Pahit atau manis, itulah tujuan mereka hadir dalam episod-episod kehidupan ini. 

Andai masih terasa sakitnya, belajarlah untuk memaafkan. Ya, memaafkan itulah penawar yang terbaik. Menjadi orang yang pemaaf bukan bermaksud kita di pihak yang salah dan kalah. Sebaliknya, sifat memaafkan itu meningkatkan darjat kita disisiNya. Mengapa gusar, sedangkan kita punya Allah Yang Maha Kuasa atas tiap sesuatu? Allah tak pernah lengah terhadap apa yang terjadi. Cuba.. belajar melepaskan dan memaafkan. Kita berhak mendapat hidup yang lebih bahagia selepas ini. Percayalah.. hati kita akan terasa lebih tenang, ringan, dan pada saat itu, hati kita akan sedar satu demi satu bahawa masih terlalu banyak perkara yang boleh kita lakukan dan enjoy. Banyak perkara yang boleh kita sumbang dalam hidup ini. Masa yang kita ada lebih berharga daripada kita memikirkan tentang dendam atau perkara yang lepas. Masa semakin suntuk. Maka, hiasilah ia dengan momen-momen yang kita inginkan. Warnai setiap detik dengan perkara yang membuatkan kita bangga menjadi diri kita. Buat sesuatu untuk gembirakan insan yang berduka pada hari ini. 

Hidup ini bukan untuk ditangisi insan yang telah pergi atau perkara buruk yang menimpa diri. Hidup perlu diteruskan dengan warna-warni yang menceriakan. Kita takkan pernah mengetahui apa yang menanti kita esok hari. Jadi, disitulah letaknya sebuah harapan dan masa depan. Maka, bergaullah dengan insan-insan yang positif, wujudkanlah suasana yang positif, dan berakhlaklah dengan akhlak yang indah. Even the prettiest face won't guarantee such a beautiful attitude. But, a person who portrays beautiful character will be the prettiest human being ever. 






Monday, 27 July 2015

Action Research

Assalamualaikum wbt.

Fuhh.. fuh.... berhabuk dah blog ni.. sawang penuh.. lama tak jenguk sini.. sihat lagi tak blog ni... Akibat ketandusan idea untuk menulis.. kemalasan yang melanda.. dan ke'busy'an yang kadang-kadang dibuat-buat. 

Sekarang, semua orang especially myself busy dan agak lost dalam nak siapkan report Action Research. Sedar tak sedar, benda yang ditakut-takutkan waktu zaman junior dulu dah pun kena hadap sekarang. But, it's ok. I'll survive. :D HAHA. 

Reflection sket pasai AR ni.
** to me it's a new experience for me to conduct this research. Baru sedar yang disiplin ilmu tu bukanlah semudah yang disangka. Ada steps yang perlu diikut. Kesusahan tu normal. Sebab dengan kesusahan tu lah baru kita kenal erti susah, perit untuk dapatkan segulung ijazah. Then, we will appreciate it more. 

** next, bila dah buat research ni, barulah rasa 'dewasa' sikit. Kalau tak, dok sangka 'baby' tak habih-habih. Semua kena spoon-fed kannn. Sekarang, barulah rasa macamana untuk jadi 'dewasa'. Banyak perkara kena well-arranged, well-planned. Bukan main terjah ja. Takleh nak ambik mudah. 

** Bila dah settle semua ni nanti, Insha-Allah, and bila dah ada segulung ijazah dalam tangan, waktu tu lah penentu samada kita rasa bangga or tak dengan diri sendiri. Bukan bermaksud kita riak takabbur ujub pulak bila dapat pointer tinggi and segulung ijazah. What it means here is... Waktu graduate tu, we ourselves yang dapat rasa samada usaha selama ni berbaloi, membanggakan or sebaliknya. Or maybe, segulung ijazah tu tak bagi apa-apa rasa or nilai melainkan rasa lega sebab dah habis study. 

Well...

Perjalanan masih jauhhhhh nunnnn di sana. Pray for me and all students who are dealing with the same thing. Hopefully, we will manage to make it the best that we could, Insha-Allah. 

And, pray for me so that I could be a great teacher who is not only educate them for dunya but akhirah as well. My students are my investments for my life after death. 


Good luck everyone! Bittaufiq wannajah! Insha-Allah.