Followers

Wednesday 12 August 2015

Momen-momen indah

Assalamualaikum wbt..

Sedar tidak sedar.. usia kita dah makin meningkat. Banyak pahit manis yang dah dilalui selama kita hidup. Ada yang masih memberi kesan di hati.. dan ada yang dah lama kita lupakan. Walau apa pun yang terjadi pada kita, itulah erti sebuah kehidupan. Tanpa ujian-ujian tu, kita tak mungkin akan sekuat hari ini. Tanpa dugaan-dugaan tu jugak, kita tak mungkin kita pada hari ini. Kita belajar erti sebuah sengsara daripada insan yang datang dalam hidup kita. Kita belajar erti menghargai juga daripada insan yang hadir dalam hidup kita. Pahit atau manis, itulah tujuan mereka hadir dalam episod-episod kehidupan ini. 

Andai masih terasa sakitnya, belajarlah untuk memaafkan. Ya, memaafkan itulah penawar yang terbaik. Menjadi orang yang pemaaf bukan bermaksud kita di pihak yang salah dan kalah. Sebaliknya, sifat memaafkan itu meningkatkan darjat kita disisiNya. Mengapa gusar, sedangkan kita punya Allah Yang Maha Kuasa atas tiap sesuatu? Allah tak pernah lengah terhadap apa yang terjadi. Cuba.. belajar melepaskan dan memaafkan. Kita berhak mendapat hidup yang lebih bahagia selepas ini. Percayalah.. hati kita akan terasa lebih tenang, ringan, dan pada saat itu, hati kita akan sedar satu demi satu bahawa masih terlalu banyak perkara yang boleh kita lakukan dan enjoy. Banyak perkara yang boleh kita sumbang dalam hidup ini. Masa yang kita ada lebih berharga daripada kita memikirkan tentang dendam atau perkara yang lepas. Masa semakin suntuk. Maka, hiasilah ia dengan momen-momen yang kita inginkan. Warnai setiap detik dengan perkara yang membuatkan kita bangga menjadi diri kita. Buat sesuatu untuk gembirakan insan yang berduka pada hari ini. 

Hidup ini bukan untuk ditangisi insan yang telah pergi atau perkara buruk yang menimpa diri. Hidup perlu diteruskan dengan warna-warni yang menceriakan. Kita takkan pernah mengetahui apa yang menanti kita esok hari. Jadi, disitulah letaknya sebuah harapan dan masa depan. Maka, bergaullah dengan insan-insan yang positif, wujudkanlah suasana yang positif, dan berakhlaklah dengan akhlak yang indah. Even the prettiest face won't guarantee such a beautiful attitude. But, a person who portrays beautiful character will be the prettiest human being ever. 






No comments:

Post a Comment