Followers

Monday 28 October 2013

Ini ujian atau musibah??

Assalamualaikum wbt..

Hakikat perjalanan hidup di dunia ini bukanlah menjanjikan 'red carpet' kepada kita.. Tetapi mungkin boleh dianalogikan sebagai telur.. Kadang-kadang busuk kadang-kadang wangi. Eh.. wangi?? 



Adakah kita sedang diuji sekarang? Tepuk dada tanya iman. Bagiku, kita diuji setiap saat dan ketika. Diuji dengan masa lapang, kesihatan tubuh badan, keresahan hati, dan macam-macam lagi. Ada yang pernah bertanya, bagaimana untuk membezakan antara ujian dan musibah? Sebenarnya, musibah itu juga sebahagian dari ujian. Namun, perbezaannya ialah apabila seseorang itu diuji dan ujian itu menjauhkan dia daripada Allah azza wajalla, maka itu satu musibah. Sebaik-baik ujian ialah ujan yang mendekatkan kita pada DIA.. Allah, Tuhan kita.. Andai kita menyedari bahawa kita semakin jauh daripadaNya, bersegeralah kembali mendekat kepadaNya.. 'Kesedaran' bahawa kita semakin menjauh daripada Allah itu sendiri sebenarnya satu hidayah/petunjuk kepada kita daripada Allah yang Maha Penyayang tau.. Jadi, bersyukur dan berterima kasihlah kepada Dia.. kerana masih menyayangi kita.. 

Allah takkan uji kita dengan sesuatu yang diluar kemampuan kita.. Dan apa yang Allah uji ialah sesuatu yang kita lemah.. Untuk apa Allah uji? Untuk 'menaiktaraf' martabat/kedudukan kita disisiNya.. Apabila kita bersabar dengan ujianNya, sentiasa berbaik sangka, berusaha menghadapi ujian tersebut dan tidak melarikan diri dari ujian, dan apabila kita berjaya mengharungi dugaan tersebut, insha Allah kita makin hampir denganNya.. Allah memuliakan kita dengan cara memberi ujian.. Sama juga seperti kita di dunia.. Untuk dapatkan deanlistkena seat for an examination. Isn't? Jadi, more or less, it represents the same concept. 


Last but not least.. 

Ujian setiap daripada kita berbeza mengikut tahap keimanan kita.. Suka untuk diingatkan.. Janganlah sesekali kita membanding bezakan ujian yang kita hadapi dengan orang lain.. Meski kita menghadapi situasi yang sama, ia tetap juga tidak sama.. Mana mungkin situasi tersebut exactly 100% sama.. 'Pelakonnya' sendiri pun berbeza.. Jadi, apabila kita melihat orang lain diuji, kutiplah iktibar/pengajaran dari ujian orang lain.. Bukan mengutuk atau komen yang bukan-bukan.. Boleh jadi kita berada di tempat yang sama kelak.. Allah uji dengan apa yang telah kita ucapkan.. Andai waktu tersebut berlaku, memang makan kata-kata sendiri balik la jawabnya.. 


Pesanan ringkas :

Untuk anda, mereka dan diri saya yang sedang diuji, terus merapat/mendekat denganNya.. Sungguh.. Allah itu hampir.. Sangat hampir.. Kitalah yang sering menjauhkan diri dariNya.. Sujudlah pada Dia.. Luahkan segalanya pada Dia.. Yakinkan hati.. Apa yang direncanakan Allah jauh lebih indah dari apa yang kita rancangkan / sangkakan.. Kerna Allah tiada yang lain daripadaNya yang mengetahui segala yang TERBAIK buat kita.. Sedangkan kita langsung tidak mengetahui.. Redhalah dengan ketetapan Allah.. Terus bersangka baik padaNya.. Insha Allah kita dapat melihat hikmah disebalik ujian dan dugaan yang diberikan. La Tahzan.. Innallah ma'ana.. =) 


Doa pada Allah.. Andai sesuatu itu yang terbaik untuk kita mohon didekatkan.. Andai sesuatu itu
bukanlah yang terbaik untuk kita mohon dijauhkan..
Bear in mind..


:')

Yakinlah.. setiap hujan yang Allah turunkan itu disertai dengan pelangi yang amat indah.. Bersabarlah.. Sama-sama kita bersabar.. 






No comments:

Post a Comment