Followers

Kupu-kupu Cinta

Prayer Times

Saturday, 15 September 2012

Serikandi harapan !


Satu, tumbang..
Dua, juga tumbang..
Tiga?
Aku sudah penat mengira..

Aku melihat mereka dari kejauhan.
Ingin mendekati sebenarnya.
Tetapi, aku tidak tahu bagaimana.
Hanya doa yang bisa aku berikan..

Sesekali aku terkesima..
Mereka menyembunyikan pada mulanya..
Namun, makin berani ditengahnya..
Aku tidak tahu apa yang mereka nanti dihujungnya..

Malu..?
Omputeh kata
'Actions speak louder than words',
Aku bimbang sebenarnya..
Gusar ada bahagianku di dalamnya..

Wahai teman,
Wahai muslimah..
Engkau harapan agama..
Kenapa persiakan prinsip yang telah kau bina?

Wahai teman,
Wahai serikandi harapan !
Aku kagum dengan semangat perjuanganmu sebelumnya..
Menjaga hormat diri dengan tidak memberi rasa..
Tetapi, kini Allah telah mengujinya..

Wahai serikandi agama!
Seperti itukah semangatmu ?
Begitu mudah kau menyerah?
Usah kau terpedaya dengan cinta dunia!

Aku lihat jatuh dalam dirimu..
Kemana rasa malumu ??
Kemana teguh prinsipmu??
Begitu banggakah mempunyai insan yang masih belum halal buatmu?
:'(

Ya Tuhanku..
Berikan aku dan mereka hidayah serta taufiqMu..
Jangan kau biarkan kami berlama-lama dalam maksiat kepadMu.. :'(

1 comment: