Followers

Thursday 13 September 2012

Selamat Tinggal Teman..

 
Wahai teman,
Maafkan aku..
Pergi bukan bermaksud memutuskan segalanya..
Pergi bukan bermakna engkau tidak penting buatku..
Sebaliknya, kerana engkau terlalu berharga untukku,
aku terpaksa memberi ruang untuk orang lain..

Wahai teman..
Tidak pernah kau tahu isi hatiku..
Dan tidak pernah aku berani menyatakannya..
Engkau kelihatan makin jauh dari aku..
Aku ragu akan nilai diri ini di pandangan mu..

Wahai teman..
Barangkali kau telah melupakan segalanya..
Tapi tidak aku.
Segalanya masih mekar di ingatan.
Sentiasa.

Wahai teman,
Maafkan aku.
Aku terpaksa pergi..
Meninggalkan engkau bukan kerana benci.
Bukan juga kerana ego di hati,
Hanya kerana bimbang akan menggangu perjuanganmu.

Wahai teman,
Barangkali juga engkau sudah melupakan tinta ini.
Namun, tak mengapa.
Suatu hari nanti,
seandainya aku sudah tiada,
Hanya tinta ini menjadi pengganti.

Dan,
saat itu,
engkau akan mengetahui segalanya..


Ikhlas,
P.e.n.a.h.a.t.i.k.u



No comments:

Post a Comment