Followers

Tuesday 14 February 2012

Bila aku jatuh cinta.. (^^,)


Bila aku jatuh cinta,
Semuanya indah belaka.
Terlupa sejenak keindahan abadi yang dijanjikanNya,
Sms setiap masa,
Call mesti punya,
Best ada orang yang suka..

Bila aku jatuh cinta,
Janji manis automatik di kata,
Tak sabar nak kawen rasanya,
Harap masing-masing setia,
Terlupa, Allah yang menentukan jodoh kita,
Bercinta lama, kawin tak tau lagi macamana.

Bila makin lama bercinta,
Mula ada satu rasa,
Ehh, betol ka aku nak kawen dengan dia?
Rasa sangsi dan asyik gaduh saja,
"Tapi, tu kan asam garam bercinta?"
Kembali diri mencipta bahagia.

Bila ikatan sudah ada,
Pi mana-mana asyik bersama,
Sedangkan baru bertunang ja,
Kawen tak sure lagi la,
Takpa, 'lesen' bertunang dah cukop da..
Itulah yang selalu orang kata.

Bila aku sudah nikah,
Mula-mula semuanya indah,
Lama-lama semua jadi punggah,
Setiap hari hati gelisah dan resah,
Apa sebenarnya punca masalah?
Cuba check apa yang salah..

Bila suami balik kerja,
Asyik-asyik nak marah ja,
Aku pon naik fed-up la,
Pastu, senyap dua-dua,
Men bagi notis kat peti ja,
"Kami perlu berpisah,' aku rasa.

Duhai teman,
Bukan itu penyelesaiannya,
Segala yang dibuat telitilah semula,
Adakah ada BERKAT di dalamnya?
Adakah itu yang Allah REDHA?
Penceraian? Mudah tapi amat dibenciNya.

Dari mula dah ada yang tak kena,
Bercinta, tapi bukan macamtu terjemahannya.
Seeloknya persiapkan diri dengan ilmuNya,
Itu sebenarnya usaha,
Bukannya start mencari dan menge'cup' anak dara/teruna.

Wahai diri,
Jom muhasabah seketika,
Hidup hanya untukNya,
Matlamat kita bukan dunia,
Dunia hanya wasilahnya,
Tapi, akhirat itulah yang kekal dan segala.

Takpalah, benda dah jadi,
Cuba perbaiki diri,
Masih belum terlambat lagi,
Sesali diri, dan bertaubatlah pada Illahi,
Moga elok hubungan suami isteri,
Itulah petanda berkat yang diberi.


~P.E.N.A.H.A.T.I.K.U~

Pesan aku pada diri,
Cuba saratkan diri dengan ilmu,
Menjadi solehah itu yang penting,
Bukan mencari yang soleh,
Kerana yang solehah insyaAllah untuk yang soleh,
Carilah cinta yang hakiki,
Insyallah, cinta manusia itu menyusuli.


2 comments:

  1. Hehe.gelak plak eh. silakan.. Mudah2an ada hati2 yg tsentuh dan mnjadi teguran buat diri kta semua. InsyaALlah.

    ReplyDelete