Followers

Thursday, 1 December 2011

Kata-Kata Hikmah Hamka






"Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu.

 Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak

 bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya

 kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di

 seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu

 perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau

 mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya

 dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu

 nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit

 khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam 

kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-

sungguh.

Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah

 hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan 

dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari 

matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta 

lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian 

meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, 

engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak 

ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah 

menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya 

tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah 

tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau

 tak tahu bila lalunya.


Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul 

cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang 

rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke

 bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng

 yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana

 tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan

 yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'

~P.E.N.A.H.A.T.I.K.U~

Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan

 oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka 

meracuni jiwa yang lalai.

Solat selepas HAID : Perkara yang dipandang ringan

SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..
Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..

Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!



~P.E.N.A.H.A.T.I.K.U~

Islam itu mudah, tapi jangan dipermudahkan lagi..
Sama-samalah kita memperbetulkan diri, InsyaAllah.