Assalamualaikum wbt..
Hati ini terdetik untuk berbicara mengenai sebuah perkahwinan, satu 'alam baru' yang amat dinanti-nantikan oleh para wanita. Termasuklah aku.. Walaupun aku masih muda dan mentah, tapi aku tetap punya 'stand' dalam hal ini.
Terkadang ada yang menyangka bahawa perkahwinan ini adalah fasa yang amat membahagiakan.. Ya, aku tidak menafikannya, namun adakah kita terlupa tujuan kita hidup di dunia adalah untuk di uji? Tidakkah pernah terlintas di hati bahawa perkahwinan itu juga didatangkanNya dengan ujian dan mehnah untuk menguji iman dan taqwa mereka yang mengatakan mereka itu Muslim?
Jangan... jangan hanya bersedia untuk menghadapi detik manis, bahagia.. dan menghiraukan persediaan bagi menghadapi saat-saat diuji.. Bukan bermaksud untuk menakut-nakutkan ataupun membuatkan fikiran kita lebih terarah ke arah negatif.. Namun, perkahwinan mana yang tiada ombak dan badai? Perkahwinan mana yang tidak diuji dengan kesabaran, kasih sayang dan juga kesetiaan? Meski perkahwinan Rasulullah saw juga diuji. Apatah lagi kita yang masih merangkak menanam benih keimanan. Andai pasangan kita seperti Rasulullah saw, bahagia tak terkatalah.. Mana mungkin kita mendapatkan pasangan seperti baginda SAW.. Namun, masih ada pasangan diluar sana berusaha untuk menjadikan Rasulullah sebagai suami teladan. Mudah-mudahan begitu juga dengan bakal pasanganku.. Ameen.
Oleh itu, apakah persediaan untuk menempuh saat-saat diduga? Aku sedar.. Aku masih belum layak nak memberikan tips berhubung perkara begini.. Kahwin pun belum.. huhu -.-'
Tetapi, apa yang boleh aku kongsikan ialah.. ujian dalam perkahwinan tidak akan sama dengan ujian yang orang bujang lalui.. Mestilah berbezakan.. Tetapi, asas untuk menghadapi sebuah ujian itu aku kira sama seperti saat kita tidak berkahwin lagi. Kesabaran yang tinggi, kejernihan akal untuk menilai sesebuah ujian yang Allah berikan, dan juga hati yang bersih untuk tetap terus bersangka baik denganNya adalah tips untuk menghadapi sebarang ujian..
Sudah tentu ada tips tambahan untuk mereka yang sudah berkahwin.. Sentiasa memahami pasangan walau seberat mana sekalipun situasi tersebut.. Hmm.. memang mudah mulut berkata-kata.. Bukan mudah nak melaksanakannya.. Kadang-kadang, salah seorang perlu mengalah dan terus mengalah demi menjaga kerukunan rumahtangga.. Jangan pernah berkata "asyik aku ja mengalah.." No.. Do not say that.. Allah sedang menguji keikhlasan hati kita.. Orang yang mencintai dengan setulus hati akan memberi sebanyak-banyaknya.. Jadi, tanya semula hati kita, adakah aku mencintai dengan tulus dan ikhlas? Apakah aku mengharapkan imbalan bagi rasa cinta ini? Cukuplah Allah sebagai sebab musabab kita mencintai. Dan cukuplah syurga Allah sebagai imbalan bagi rasa itu. 'Cukuplah'? More than enough kot.. Siapa yang tidak mahu masuk syurga?? *berani angkat tangan
Selain itu, sabar dan terus berdoa pada Allah.. Sabar itu semestinya sabar yang luar biasa. Doa itu pula semestinya doa yang luar biasa. Bagaimana definisi luar biasa tersebut? Andai sebelum ini kita hanya mampu bersabar 60%, pada situasi sebegini, tingkatkan kesabaran anda 2x kali ganda, 120%.. Jika sebelum ini kita hanya berdoa usai solat fardhu lima waktu, tingkatkan doa kita pada setiap waktu dan bangunlah pada waktu malam. Sujud dan luahkan segala yang terbuku di hati.. Allah Maha Mendengar. Dan di kala itu lah sebenarnya rahsia bagi mendapatkan sebuah kekuatan.. Tak percaya? Cuba try test :p
Macam tak percaya pulak aku bagi tips untuk orang yang dah berkahwin. huhu.. Never mind. I just share whatever I think it's necessary to be dealt in a marriage. Next tips ialah jangan pernah berhenti mengatakan rasa sayang pada pasangan.. Say it out from your heart not your lips.. If you get what I mean.. Kata-kata yang datang dari hati Insha Allah tidak akan jatuh melainkan pada hati juga. Jadi, ucapkan rasa cinta dan sayang pada pasangan kita setiap hari.. Setiap saat pun boleh.. Terpulanglah.. Bukan ucapan sayang ataupun cinta itu yang penting, tapi sebenarnya ia bertujuan untuk menghargai pasangan kita. Dan sebagai bukti ataupun keyakinan pada pasangan bahawa kasih sayang kita tiada tarikh luput.. akan terus mengalir hinggalah ke akhir hayat kita. This is really a big deal you know. Cuba kita lihat pasangan yang sudah berkahwin, sebelum kahwin bukan main kan 'I love you' 'you love me'.. Bila dah halal, tak mau cakap pulak.. Kadang-kadang disebabkan inilah hubungan suami isteri retak.. Sebab? Mungkin si isteri merasakan bahawa suaminya dah tak sayang pada dia.. Ya lah.. sebelum ni 10 x kali sehari cakap 'i love you'.. baru kahwin sebulan before tidur ja cakap 'i love you'.. dah kahwin setahun suami tidur awal.. langsung tiada ucapan 'i love you..' Isteri mana tak rasa sedih and ragu-ragu.. Hmm.. Kecil and simple sahaja.. Please lah.. Do not hesitate to say 'I Love You' to your soulmate.. Nanti bila dia dah takda baru nak menyesal.. Time tu dah terlambat nak cakap.. Dia takkan dengar dah ucapan semua tu.. Please.. do not take this for granted!
Fuhh.. I think its enough for today.. Banyak dah tu tips.. Tak terbuat karang.. =) Sekali lagi aku nak remind myself and you guys..
Memanglah happy nak kahwin.. Ada life partner and so on.. Kan?
Tapi, jangan lupa perkahwinan TIDAK hanya datang dalam pakej BAHAGIA + SENYUM SEPANJANG MASA tetapi perkahwinan tu datang dalam pakej BAHAGIA + SEDIH + SENYUMAN + AIR MATA + SABAR + TAWAKAL + DOA.. Mungkin bagi sesetengah orang definisinya lebih pendek atau mungkin lebih panjang.. Whatever it is, do not just prepare for happiness but prepare yourself for the tests as well. Insha Allah.. Sebelum nak kahwin, banyakkan berdoa supaya Allah berikan pasangan yang soleh.. yang boleh mendekatkan diri kita denganNya.. Apalah erti sebuah perkahwinan atau kehidupan jika hanya menjauhkan kita dariNya? Sedangkan matlamat dan perjalanan hidup ini adalah menuju DIa Yang Esa? Think about this yeah.
I think that's it..
Let us pray together.. You and me.. All of us.. Doa kita untuk saudara yang lain tanpa diketahuinya akan diaminkan oleh para malaikat dan akan dimakbulkan.. Insha Allah.. Dan, orang yang tolong doa pun akan mendapatkan yang sama. So, what are we waiting for? Doa laju-laju. =)
Wallahu'alam..
No comments:
Post a Comment