Assalamualaikum wbt..
Aku tidak yakin dan percaya pada bahtera perkahwinan yang didirikan atas dasar kecintaan semata. Sesekali aku tidak percaya. Andai aku berada di situasi itu, pastinya aku berfikir 1000 kali samada untuk menaiki bahtera tersebut atau pun tidak..
Apa yang salah dengan bahtera yang didirikan atas dasar cinta? *Mesti tertanya-tanyakan?
Memang tiada apa yang salah.. Go ahead siapa yang percaya bahawa sebuah perkahwinan mampu 'survive' dengan cinta. Silakan.. Tapi tidak bagiku.. Kerna cinta bisa luntur.. Hati manusia bisa berubah.. Bila cinta sudah 'kering' apa lagi yang tinggal dan tersisa? Benci? Sewaktu sudah tiada kasih di hati, segalanya jadi hambar dan rinci. Kesilapan sebesar semut kelihatan seperti 'dinasour'.. Apabila tragedi sebegini terjadi, siapa yang salah? Aku katakan 'cinta' itu yang salah. Haha. Geram.
Let us think together..
Maybe there is someone out there who believes in love.. Getting a marriage because of love is so blissful and the person might think that a marriage can only survive with love within it. Kalau aku, aku tak berani nak mempertaruhkan perkahwinan aku hanya kerana seseorang itu menawarkan cinta pada aku tapi tidak menawarkan aku dengan sesuatu yang lebih baik dari itu iaitu membawa aku hampir kepadaNya.. Sang Pencipta.. Ya.. Pencipta cinta ini, pencipta engkau, aku dan kita semua.
This is because...
Cinta tanpa keimanan akan membuatkan sesebuah perkahwinan itu tawar dan kosong.. Mungkin pada mulanya sahaja dunia ini kelihatan seperti SORGA.. Tapi diakhirnya barangkali ada yang mengatakan LEBIH DAHSYAT DARI NERAKA.. Na'uzubillah min dzalik!
Lantaran itu...
Aku memilih cinta + iman.. Cinta yang akarnya iman dan disandarkan pula segala harapan kepadaNya, insha Allah, perkahwinan itu mempunyai matlamat atau hala tuju yang jelas. Matlamat yang tidak lain dan tidak bukan untuk menuju Dia.. Bukan makhluk menjadi cita.. Tetapi untuk mengejar redha Allah SWT.. Dan, aku yakin.. apabila memilih cinta yang asasnya iman, aku akan dimuliakan dengan cinta.. Kerana pasangan itu akan berusaha melakukan segalanya menurut apa yang diperintahNya.. Allah menyuruh kita mencintai dan berakhlak mulia pada pasangan.. Maka diakhirnya aku dimuliakan dengan cinta yang berasaskan keimanan yang mantap kepadaNya.. Saat badai datang melanda sekalipun, bagi cinta yang didasari keimanan, segalanya kelihatan positif baginya. Mereka yang beriman pastinya akan melihat badai tersebut sebagai ujian untuk meningkatkan keimanan kepadaNya.. Maka semakin bertambahlah rasa iman dan harap yang tidak lain dan tidak bukan hanya kepada AllahuRobbi.. :') AllahuAkbar.. Indahnya..
Oleh itu..
Jangan mudah menyerahkan hati pada insan yang tidak beriman.. Fikir dalam-dalam, masak-masak sebelum membuat keputusan.. Jika anda bernikah kerana cinta, percayalah.. Takkan kekal lama.. Tapi, andai nawaitu anda bernikah keranaNya, Insha Allah segala yang ada dalam pernikahan anda akan sentiasa dipanduNya.. Andai anda punya zuriat kelak, anda akan berusaha mendidik zuriat anda menjadi anak yang soleh dan solehah.. Anda akan cuba membentuk akhlaknya dengan akhlak yang terpuji dan akan sentiasa mengisi masa lapangnya dengan sesuatu yang bermanfaat. Maka diakhirnya jadilah dia seorang fatah (pemuda) yang menjadi aset kepada agama..
Perbetulkan niat anda mulai sekarang.. Andai sudah tiba/Telah tiba masa untuk anda bernikah dan mendirikan masjid, kerana apa anda bernikah? Kerana apa yang diniatkan itulah yang akan anda dapat. Jika anda niat untuk sekadar mendapat seorang suami, nah, anda telahpun mendapatkan seorang suami. Jadi, definisi pernikahan anda hanya terhenti disitu. Apa akan jadi pada masa depan pernikahan anda?? Fikirlah.. renunglah dalam-dalam.. Perkara ni sangatlah penting..
Kepada Allah jua tempat aku kembali.. Wallahu'alam..
No comments:
Post a Comment