1.Sudah menjadi lumrah bilamana setiap wanita mempersoalkan tentang tanggungjawab memasak. Jadi, disebabkan inilah, PENAHATIKU tampil umtuk menjelaskan perkara yang sepatutnya diketahui umum.
2. Adapun kitab yang menyebutkan tanggungjawab memasak ini ialah tanggungjawab suami, namun bagi isteri yang mengetahui sesuatu yang kebih besar dan penting daripada itu, bukan sahaja masak yang akan dibuat, tapi kesemuanya!
A'isya r.a. berkata: "Wahai kaum wanita, seandainya kamu mengerti kewajipan dirimu terhadap suamimu tentu seorang isteri akan menyapu debu dari kedua telapak kaki suaminya dengan mukanya."
Seorang perempuan datang ke hadapan Nabi s.a.w. lalu berkata " Wahai Rasulullah s.a.w., saya adalah wakil kaum wanita untuk menghadap tuan. Berperang itu diwajibkan oleh Allah swt hanya atas kaum lelaki, jika mereka terluka maka mendapat pahala dan kalau terbunuh maka mereka adalah tetap hidup di sisi Allah swt, dan dicukupkan rezeki (dengan buah-buahan syurga). Dan kami kaum wanita selalu melakukan kewajipan terhadap mereka (iaitu melayani mereka dan membantu keperluan mereka) maka apakah kami boleh ikut memperolehi pahala berperang itu?" Maka Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud " Sampaikanlah kepada wanita-wanita yang kamu jumpa bahawa taat kepada suami dengan penuh kesedaran maka pahalanya seimbang dengan pahala perang membela agama Allah swt, tetapi sedikit sekali daripada kamu sekalian yang menjalankannya"
Jadi, tanggungjawab memasak bukanlah satu perkara yang besar sebenarnya. Jika seorang isteri memahami maksud hadis-hadis dia atas, pasti sesekali tidak akan mempertikaikannya. Kerana apa? SYURGA DESTINASINYA.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Siti Fatimah r.a.: " Ya Fatimah, apabila seorang wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya maka Allah swt akan memberinya minum dari air syurga yang mengalir di sungai-sungainya dan dijadikan kuburnya menjadi sebuah taman yang indah dari taman-taman syurga."
Jadi, para isteri di luar, walaupun sesibuk manapun, cubalah mencari RUANG dan PELUANG untuk berbuat baik pada suami. Besar ganjarannya!!
3. Namun begitu, kepada pihak lelaki/suami, janganlah bertindak sebagai seorang RAJA di rumah. Adapun memasak tersebut adalah tugas dan tanggungjawab suami, tapi sebaliknya isteri rela melakukannya, maka bersyukurlah. Berterima kasihlah. Andai isteri berleter dan sebagainya maka diamlah.
Sepertimana kisah Saidina Umar al-Khattab dengan seorang lelaki. Seorang lelaki datng ke rumah Saidina Umar untuk bertanyakan perihal isterinya. Namun, ianya terbantut apabila melihatkan Saidina Umar hanya mendiamkan diri pabila isterinya berleter. Kata lelaki tersebut, "jika begini sikap Umar padahal beliau seorang yang sentiasa bersikap tegas dan keras, beliau juga seorang Amirul Mukminin..betapalah aku," Ketika lelaki tersebut membelakangi pintu untuk melangkah pergi, Saidina Umar memanggilnya dan bertanyakan hajatnya. Kata lelaki tersebut, "Wahai Amirul Mukminin, sebenarnya aku datang ingin mengadukan keburukan isteriku kepadamu. Dia selalu berleter kepadaku. Tetapi aku mendengar isterimu juga bersikap demikian, jadi aku mengambil keputusan untuk pulang saja."
Apa yang dijawab oleh Saidina Umar??
"wahai saudara! Sesungguhnya aku menahan diri terhadap sikapnya itu kerana dia ada hak keatas diriku. Dialah yang memasakkan makananku, memasak roti untukku, membasuh pakaianku, menyusukan anak-anakku, padahal semuanya itu bukan kewajipannya. Selain daripada itu, hatiku menjadi tenteram dengannya daripada perbuatan haram. Itulah sebabnya aku sanggup bersabar atas sikapnya itu."
p/s : Kepada suami-suami atau bakal suami di luar sana, contohilah sikap Saidina Umar ini. Ya, isteri/orang perempuan ni suka berleter. Mungkin dah jadi sebahagian dari sikap orang perempuan. Tapi kejadian itu benar-benar menunjukkan kebijaksanaan Saidina Umar. Diam bukan bererti lemah atau kalah, tapi sebenarnya diam itu adalah EMAS!
Disebabkan semua tu adalah tanggungjawab suami, jadi sekiranya si isteri mungkin tak larat nak masak, anda tidak boleh memaksa. Ada sesetengah yang memukul isteri, memarahi isteri dan sebagainya. Ingatlah satu perkara!
Dalam satu hadia ada mengatakan, "...dan janganlah kamu pukul mereka dan menghina mereka."
Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda, "pergaulilah kaum wanita itu dengan pergaulan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah sebengkok-bengkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskanlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok SELAMA-LAMANYA. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut." (H.R. Bukhari dan Muslim)
Para lelaki sekalian, mari mengejar dan mencapai anugerah LELAKI TERBAIK (selepas Rasulullah).. Macamana caranya??
Rasulullah s.a.w bersabda, "LELAKI TERBAIK antara kalian adalah orang yang plaling baik dengan isterinya. Dan aku adalah orang yang paling baik dengan isteri."
Mengapa Rasulullah mengatakan demikian?
Sambung post lain pulak la yerk.. Kita sembang pasai akhlak Rasulullah dengan isteri pulak! ok? (^^,)
~P.E.N.A.H.A.T.I.K.U~
Mood : =)
Jom jadi isteri solehah dan suami soleh!!
nice entry. :)
ReplyDelete