Followers

Friday, 27 January 2012

Aku Jatuh Hati. Perlu tak bagitau dia?

Assalamualaikum w.b.t.. Baca dialog di bawah ya! ^^




Kawan A : Aku suka sangat kat dia tu la.. Hmm.. macamana ni?


Kawan B : Cinta tu kan fitrah. Cuma jangan terlalu layan sangat. Jangan sampai lalai dari     mengingati pencipta cinta tu.


Kawan A : Aku tau tu.. InsyaAllah aku akan cuba. Tapi, masalahnya sekarang aku tak tau samada dia suka tak kat aku.. Kalau dia suka kat orang lain macamana? Sedihnya.. ="(


Kawan B : Ok aku faham keadaan kau tu. Aku nak tanya kau. Apa gunanya kau tau samada dia suka ke tak kat kau? Kalau dia suka, so? Apa matlamat kau selepas tu? Kalau kau tau dia tak suka kau, tak ke kau merana sorang-sorang?


Kawan A : Kalau aku tau awal-awal dia suka aku, tak payahla aku tertanya-tanya macam ni. Tenang sikit hidup aku. Kalau betol la dia tak suka kat aku, baik aku tak payah tau dari mula lagi. Merana ja :'(


Kawan B : Ha tau pun merana. So, better tak payah tau dari awal lagi kan. Kalau pon ya dia suka kau, and kau tau pasal tu, kau nak kawen sekarang ke?


Kawan A : Uishh.. takkan la nak kawen sekarang kot. Aku tak ready lagi la!


Kawan B : Dah tu? Tak payahla tau. Kalau la sampai satu saat, kau dah betul-betul ready nak kawen, kau rasa dah mampu untuk bimbing diri dan family kau, kau dah mampu untuk pikul tanggungjawab, waktu tu aku dah tak kesah kalau kau nak bagitau hasrat hati kau tu.


Kawan A : (Terdiam seketika) Kalau dia tak suka aku macamana pulak? Sedihnya. Aku punya la tunggu dia, tengok-tengok dia tak suka aku.


Kawan B : (Tersenyum) Kau percaya pada siapa sebenarnya ni? Allah kan ada. DIAlah yang memegang hati manusia. Andai Allah nak ubah perasaan dia, sekelip mata saja. Andai Allah nak satukan dua hati tu, ada banyak cara Allah boleh buat. Kalau ye pon dia suka kat orang lain, ingat satu benda je. Mungkin dia bukan yang terbaik untuk kau. Kalau kau sedih sangat, ubat dia ada kat Allah. Kau mintak Allah tolong sembuhkan rasa sedih kau tu. InsyaAllah, tinggal nak yakin, berdoa selalu and tawakal je.


Kawan A : MasyaAllah.. (Tertunduk) Allah Maha Kaya. Aku salah selama ni. Apa yang kau cakap tadi tu semua betol. Aku je tak pernah nampak selama ni.


Kawan B : Takpe..Manusia selalu buat salah dan silap. Yang Allah nilai, usaha kita untuk sentiasa memperbaiki diri. Biar jatuh berkali-kali, terus bangun berdiri. Usaha untuk bangun tulah sebenarnya yang Allah nilai. 


Kawan A : Sekarang ni apa patut aku buat?


Kawan B : Sekarang ni, first thing yang kau kena buat ialah carilah ilmu. Penuhkan dada dengan ilmu. Persiapkan diri untuk jadi pasangan yang baik. Masih banyak yang kita tak tau. Second, kau berdoalah mintak Allah permudahkan urusan hati kau tu. Kalau betol dia tu jodoh kau, kau mintaklah Allah suburkan rasa kasih dan sayang dalam hati dia. Lembutkan hati dia untuk terima kau seadanya. Kalau dia bukan yang terbaik untuk kau, mintak Allah redhakan hati dan percepatkan kesembuhan pada rasa sedih. Sebab apa? Of kos kau akan rasa sedih nanti kan. Jadi, moga Allah hilangkan rasa sedih tu. And last but not least, tawakal. Yakin dan serahkan pergantungan kau tu 100% pada Dia. Dia yang menciptakan kita, so, Allah tau apa nak buat. Ok? 


Kawan A : Alhamdulillah.. Aku rasa tenang and lapang sangat sekarang. Tima kaseh bebanyak kawan. 


Kawan B : =) Aku hanya perantaraan. Aku tolong bagi nasihat je. At least, bila jadi kat aku benda ni, aku tau apa nak buat, kan? Hehe.








.Sekian.. Wallahu'alam.. ^^

21 comments:

  1. Alhamdulillah kalo msg dr dialog tu smpai..

    ReplyDelete
  2. salam..nk tnya background lagu utk blog ni ape eh? :)

    ReplyDelete
  3. terbaikk!! thanks, very meaningful. mohon share utk belog saya

    ReplyDelete
  4. huhuhuhu......thanks coz dah sedarkan saye....
    tp kenape saye x bley follow blog nie ye???

    ReplyDelete
  5. Waalaikumsalam. :) ni lagu istikharah cinta. kat tepi sbelah kanan ada lagu tu.. ats blog archive.. cuba tgk :)

    husna nussain : Alhamdulillah. share la ^^ pleasure..

    Al : Alhamdulillah. AllahuAkbar.. Allah jualah kembali sgala puji-pujian.

    Nurul Nabilah : Alhamdulillah. Sy tulis ni pon sbenarnya utk merawat hati sndiri. ALhamdulillah kalo dpt dikongsi sama2.. :)Eh ya ka xpat? cer try skali ag. mybe ada line problem ka..

    ReplyDelete
  6. like...like...like...
    syukran jazilan.!!byk input yg sy dpt..~mohon share ea

    ReplyDelete
  7. Mrsandmrbff : Dialog mgkin salah 1 pndekatan yg agk effective.. insyaAllah. ^^

    ReplyDelete
  8. mohon share yer..

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah msg yg baik..mcm sma yg dikata oleh sorg shbt pd ana di satu msa dahulu..syukran..peringatan bt smua..insyaAllah..moga Allah memberkati enti.

    ReplyDelete
  10. Mudah2an peringatan yg xsberapa ini mampu mngembalikan spenuh pngharapan dan pgntungan kita kpd Yang Esa.. Hanya Allah yg Maha Mengetahui apa yg tbaik buat hambaNya.. Hanya org yg mahu bfikir akan nmpak hikmah dan cantiknya susunan yg Allah aturkan.

    ReplyDelete
  11. Suka ayat 'Andai Allah nak ubah perasaan dia, sekelip mata saja' :')

    ReplyDelete
  12. @zafirahtajudin : Kak Irah.. :) Kami pon suka gak :p

    @ziqah :Alhamdulillah. Mudah2an msg tu sampai dan sntiasa mnguatkan hati2 kita. Insha Allah :D T.kseh sbb singgah blog ni ya! :)

    ReplyDelete