Jika kau ingin nikahi aku
Jangan kau nikahi kerana cinta
Cinta bisa pudar dan menghilang
Lalu bagaimana aku selepas itu?
Jika kau ingin nikahi aku
Jangan kau nikahi kerana peribadiku
Aku bisa berubah bila-bila masa
Dan mungkin aku akan kau tinggalkan.
Jika kau ingin nikahi aku
Jangan kau nikahi kerana rupaku
Kecantikan akan ditelan zaman
Seterusnya yang lain menjadi pilihan.
Jika kau ingin nikahi aku
Nikahilah kerana agama
Agama yang menjamin segalanya
Kerna kita bersama menuju cintaNya.
Jika kau ingin nikahi aku
Nikahilah kerana tanggungjawabmu
Dek amanah untuk mendidik isteri
Dan membina mahligai yang diberkati.
Jika kau ingin nikahi aku
Bersabarlah dengan kelemahanku
Semakin lama kita bersama
Semakin banyak cacatku yang kau temui.
Jika kau ingin nikahi aku
Berjanjilah denganku
Kau akan membawaku kepadaNya
Hingga aku berjaya mendapat tempat di syurga.
insha Allah, keep praying sis! n i'll pray for u as well, for sure :D aminnnn [utk diri sndiri jgak, hehe...]
ReplyDeleteInsha Allah. Allahumma Ameen :) Makaseh teh.. I'll pray for u, alang and angah too. :D
ReplyDeletemoga Allah kurniakan kita pasangan yg mnyintai kita krn Allah..huhu. insyaAllah :)
ReplyDeleteAmeen Ya Allah.. Ameen.. :')
ReplyDelete