Followers

Wednesday, 30 October 2013

Assalamualaikum wbt..

Oh Tuhan
Sukarnya bagiku
Menafsir apa yang terjadi
Barangkali ujian ini
Bukanlah untuk difahami
Tetapi untuk diterima dengan lapangnya hati.

Oh Tuhan
Sulitnya bagiku
Menilai mana ujian dan mana takdirku
Siapakah yang akan berada di sisi
Dan siapakah yang hanya memenuhi episod ini
Aku keliru lagi.

Oh Tuhan
Hati ini berdebar lagi
Debaran yang hadirnya bersama
Hembus angin yang keras dan berat dari hati
Seketika ia begitu memenuhi 
Seketika ia menghilang 
kala berteleku menginsafi diri.


Tuesday, 29 October 2013

Jika kau ingin nikahi aku..

Assalamualaikum wbt...

Jika kau ingin nikahi aku
Jangan kau nikahi kerana cinta
Cinta bisa pudar dan menghilang
Lalu bagaimana aku selepas itu?

Jika kau ingin nikahi aku
Jangan kau nikahi kerana peribadiku
Aku bisa berubah bila-bila masa
Dan mungkin aku akan kau tinggalkan.

Jika kau ingin nikahi aku
Jangan kau nikahi kerana rupaku
Kecantikan akan ditelan zaman
Seterusnya yang lain menjadi pilihan.

Jika kau ingin nikahi aku
Nikahilah kerana agama
Agama yang menjamin segalanya
Kerna kita bersama menuju cintaNya.

Jika kau ingin nikahi aku
Nikahilah kerana tanggungjawabmu
Dek amanah untuk mendidik isteri
Dan membina mahligai yang diberkati.

Jika kau ingin nikahi aku
Bersabarlah dengan kelemahanku
Semakin lama kita bersama
Semakin banyak cacatku yang kau temui.

Jika kau ingin nikahi aku
Berjanjilah denganku
Kau akan membawaku kepadaNya
Hingga aku berjaya mendapat tempat di syurga.









Nikah kerana cinta??

Assalamualaikum wbt..

Aku tidak yakin dan percaya pada bahtera perkahwinan yang didirikan atas dasar kecintaan semata. Sesekali aku tidak percaya. Andai aku berada di situasi itu, pastinya aku berfikir 1000 kali samada untuk menaiki bahtera tersebut atau pun tidak.. 


Apa yang salah dengan bahtera yang didirikan atas dasar cinta? *Mesti tertanya-tanyakan?

Memang tiada apa yang salah.. Go ahead siapa yang percaya bahawa sebuah perkahwinan mampu 'survive' dengan cinta. Silakan.. Tapi tidak bagiku.. Kerna cinta bisa luntur.. Hati manusia bisa berubah.. Bila cinta sudah 'kering' apa lagi yang tinggal dan tersisa? Benci? Sewaktu sudah tiada kasih di hati, segalanya jadi hambar dan rinci. Kesilapan sebesar semut kelihatan seperti 'dinasour'.. Apabila tragedi sebegini terjadi, siapa yang salah? Aku katakan 'cintaitu yang salah. Haha. Geram

Let us think together..

Maybe there is someone out there who believes in love.. Getting a marriage because of love is so blissful and the person might think that a marriage can only survive with love within it. Kalau aku, aku tak berani nak mempertaruhkan perkahwinan aku hanya kerana seseorang itu menawarkan cinta pada aku tapi tidak menawarkan aku dengan sesuatu yang lebih baik dari itu iaitu membawa aku hampir kepadaNya.. Sang Pencipta.. Ya.. Pencipta cinta ini, pencipta engkau, aku dan kita semua. 

This is because...

Cinta tanpa keimanan akan membuatkan sesebuah perkahwinan itu tawar dan kosong.. Mungkin pada mulanya sahaja dunia ini kelihatan seperti SORGA.. Tapi diakhirnya barangkali ada yang mengatakan LEBIH DAHSYAT DARI NERAKA.. Na'uzubillah min dzalik!

Lantaran itu...

Aku memilih cinta + iman.. Cinta yang akarnya iman dan disandarkan pula segala harapan kepadaNya, insha Allah, perkahwinan itu mempunyai matlamat atau hala tuju yang jelas. Matlamat yang tidak lain dan tidak bukan untuk menuju Dia.. Bukan makhluk menjadi cita.. Tetapi untuk mengejar redha Allah SWT.. Dan, aku yakin.. apabila memilih cinta yang asasnya iman, aku akan dimuliakan dengan cinta.. Kerana pasangan itu akan berusaha melakukan segalanya menurut apa yang diperintahNya.. Allah menyuruh kita mencintai dan berakhlak mulia pada pasangan.. Maka diakhirnya aku dimuliakan dengan cinta yang berasaskan keimanan yang mantap kepadaNya.. Saat badai datang melanda sekalipun, bagi cinta yang didasari keimanan, segalanya kelihatan positif baginya. Mereka yang beriman pastinya akan melihat badai tersebut sebagai ujian untuk meningkatkan keimanan kepadaNya.. Maka semakin bertambahlah rasa iman dan harap yang tidak lain dan tidak bukan hanya kepada AllahuRobbi.. :') AllahuAkbar.. Indahnya.. 



Oleh itu..

Jangan mudah menyerahkan hati pada insan yang tidak beriman.. Fikir dalam-dalam, masak-masak sebelum membuat keputusan.. Jika anda bernikah kerana cinta, percayalah.. Takkan kekal lama.. Tapi, andai nawaitu anda bernikah keranaNya, Insha Allah segala yang ada dalam pernikahan anda akan sentiasa dipanduNya.. Andai anda punya zuriat kelak, anda akan berusaha mendidik zuriat anda menjadi anak yang soleh dan solehah.. Anda akan cuba membentuk akhlaknya dengan akhlak yang terpuji dan akan sentiasa mengisi masa lapangnya dengan sesuatu yang bermanfaat. Maka diakhirnya jadilah dia seorang fatah (pemuda) yang menjadi aset kepada agama.. 

Perbetulkan niat anda mulai sekarang.. Andai sudah tiba/Telah tiba masa untuk anda bernikah dan mendirikan masjid, kerana apa anda bernikah? Kerana apa yang diniatkan itulah yang akan anda dapat. Jika anda niat untuk sekadar mendapat seorang suami, nah, anda telahpun mendapatkan seorang suami. Jadi, definisi pernikahan anda hanya terhenti disitu. Apa akan jadi pada masa depan pernikahan anda?? Fikirlah.. renunglah dalam-dalam.. Perkara ni sangatlah penting.. 

Kepada Allah jua tempat aku kembali.. Wallahu'alam..







Monday, 28 October 2013

Ini ujian atau musibah??

Assalamualaikum wbt..

Hakikat perjalanan hidup di dunia ini bukanlah menjanjikan 'red carpet' kepada kita.. Tetapi mungkin boleh dianalogikan sebagai telur.. Kadang-kadang busuk kadang-kadang wangi. Eh.. wangi?? 



Adakah kita sedang diuji sekarang? Tepuk dada tanya iman. Bagiku, kita diuji setiap saat dan ketika. Diuji dengan masa lapang, kesihatan tubuh badan, keresahan hati, dan macam-macam lagi. Ada yang pernah bertanya, bagaimana untuk membezakan antara ujian dan musibah? Sebenarnya, musibah itu juga sebahagian dari ujian. Namun, perbezaannya ialah apabila seseorang itu diuji dan ujian itu menjauhkan dia daripada Allah azza wajalla, maka itu satu musibah. Sebaik-baik ujian ialah ujan yang mendekatkan kita pada DIA.. Allah, Tuhan kita.. Andai kita menyedari bahawa kita semakin jauh daripadaNya, bersegeralah kembali mendekat kepadaNya.. 'Kesedaran' bahawa kita semakin menjauh daripada Allah itu sendiri sebenarnya satu hidayah/petunjuk kepada kita daripada Allah yang Maha Penyayang tau.. Jadi, bersyukur dan berterima kasihlah kepada Dia.. kerana masih menyayangi kita.. 

Allah takkan uji kita dengan sesuatu yang diluar kemampuan kita.. Dan apa yang Allah uji ialah sesuatu yang kita lemah.. Untuk apa Allah uji? Untuk 'menaiktaraf' martabat/kedudukan kita disisiNya.. Apabila kita bersabar dengan ujianNya, sentiasa berbaik sangka, berusaha menghadapi ujian tersebut dan tidak melarikan diri dari ujian, dan apabila kita berjaya mengharungi dugaan tersebut, insha Allah kita makin hampir denganNya.. Allah memuliakan kita dengan cara memberi ujian.. Sama juga seperti kita di dunia.. Untuk dapatkan deanlistkena seat for an examination. Isn't? Jadi, more or less, it represents the same concept. 


Last but not least.. 

Ujian setiap daripada kita berbeza mengikut tahap keimanan kita.. Suka untuk diingatkan.. Janganlah sesekali kita membanding bezakan ujian yang kita hadapi dengan orang lain.. Meski kita menghadapi situasi yang sama, ia tetap juga tidak sama.. Mana mungkin situasi tersebut exactly 100% sama.. 'Pelakonnya' sendiri pun berbeza.. Jadi, apabila kita melihat orang lain diuji, kutiplah iktibar/pengajaran dari ujian orang lain.. Bukan mengutuk atau komen yang bukan-bukan.. Boleh jadi kita berada di tempat yang sama kelak.. Allah uji dengan apa yang telah kita ucapkan.. Andai waktu tersebut berlaku, memang makan kata-kata sendiri balik la jawabnya.. 


Pesanan ringkas :

Untuk anda, mereka dan diri saya yang sedang diuji, terus merapat/mendekat denganNya.. Sungguh.. Allah itu hampir.. Sangat hampir.. Kitalah yang sering menjauhkan diri dariNya.. Sujudlah pada Dia.. Luahkan segalanya pada Dia.. Yakinkan hati.. Apa yang direncanakan Allah jauh lebih indah dari apa yang kita rancangkan / sangkakan.. Kerna Allah tiada yang lain daripadaNya yang mengetahui segala yang TERBAIK buat kita.. Sedangkan kita langsung tidak mengetahui.. Redhalah dengan ketetapan Allah.. Terus bersangka baik padaNya.. Insha Allah kita dapat melihat hikmah disebalik ujian dan dugaan yang diberikan. La Tahzan.. Innallah ma'ana.. =) 


Doa pada Allah.. Andai sesuatu itu yang terbaik untuk kita mohon didekatkan.. Andai sesuatu itu
bukanlah yang terbaik untuk kita mohon dijauhkan..
Bear in mind..


:')

Yakinlah.. setiap hujan yang Allah turunkan itu disertai dengan pelangi yang amat indah.. Bersabarlah.. Sama-sama kita bersabar.. 






Sunday, 27 October 2013

Seperti apakah perkahwinan itu?

Assalamualaikum wbt..

Hati ini terdetik untuk berbicara mengenai sebuah perkahwinan, satu 'alam baru' yang amat dinanti-nantikan oleh para wanita. Termasuklah aku.. Walaupun aku masih muda dan mentah, tapi aku tetap punya 'stand' dalam hal ini. 

Terkadang ada yang menyangka bahawa perkahwinan ini adalah fasa yang amat membahagiakan.. Ya, aku tidak menafikannya, namun adakah kita terlupa tujuan kita hidup di dunia adalah untuk di uji? Tidakkah pernah terlintas di hati bahawa perkahwinan itu juga didatangkanNya dengan ujian dan mehnah untuk menguji iman dan taqwa mereka yang mengatakan mereka itu Muslim? 

Jangan... jangan hanya bersedia untuk menghadapi detik manis, bahagia.. dan menghiraukan persediaan bagi menghadapi saat-saat diuji.. Bukan bermaksud untuk menakut-nakutkan ataupun membuatkan fikiran kita lebih terarah ke arah negatif.. Namun, perkahwinan mana yang tiada ombak dan badai? Perkahwinan mana yang tidak diuji dengan kesabaran, kasih sayang dan juga kesetiaan? Meski perkahwinan Rasulullah saw juga diuji. Apatah lagi kita yang masih merangkak menanam benih keimanan. Andai pasangan kita seperti Rasulullah saw, bahagia tak terkatalah.. Mana mungkin kita mendapatkan pasangan seperti baginda SAW.. Namun, masih ada pasangan diluar sana berusaha untuk menjadikan Rasulullah sebagai suami teladan. Mudah-mudahan begitu juga dengan bakal pasanganku.. Ameen.

Oleh itu, apakah persediaan untuk menempuh saat-saat diduga? Aku sedar.. Aku masih belum layak nak memberikan tips berhubung perkara begini.. Kahwin pun belum.. huhu -.-'
Tetapi, apa yang boleh aku kongsikan ialah.. ujian dalam perkahwinan tidak akan sama dengan ujian yang orang bujang lalui.. Mestilah berbezakan.. Tetapi, asas untuk menghadapi sebuah ujian itu aku kira sama seperti saat kita tidak berkahwin lagi. Kesabaran yang tinggi, kejernihan akal untuk menilai sesebuah ujian yang Allah berikan, dan juga hati yang bersih untuk tetap terus bersangka baik denganNya adalah tips untuk menghadapi sebarang ujian.. 

Sudah tentu ada tips tambahan untuk mereka yang sudah berkahwin.. Sentiasa memahami pasangan walau seberat mana sekalipun situasi tersebut.. Hmm.. memang mudah mulut berkata-kata.. Bukan mudah nak melaksanakannya.. Kadang-kadang, salah seorang perlu mengalah dan terus mengalah demi menjaga kerukunan rumahtangga.. Jangan pernah berkata "asyik aku ja mengalah.." No.. Do not say that.. Allah sedang menguji keikhlasan hati kita.. Orang yang mencintai dengan setulus hati akan memberi sebanyak-banyaknya.. Jadi, tanya semula hati kita, adakah aku mencintai dengan tulus dan ikhlas? Apakah aku mengharapkan imbalan bagi rasa cinta ini? Cukuplah Allah sebagai sebab musabab kita mencintai. Dan cukuplah syurga Allah sebagai imbalan bagi rasa itu. 'Cukuplah'? More than enough kot.. Siapa yang tidak mahu masuk syurga?? *berani angkat tangan

Selain itu, sabar dan terus berdoa pada Allah.. Sabar itu semestinya sabar yang luar biasa. Doa itu pula semestinya doa yang luar biasa. Bagaimana definisi luar biasa tersebut? Andai sebelum ini kita hanya mampu bersabar 60%, pada situasi sebegini, tingkatkan kesabaran anda 2x kali ganda, 120%.. Jika sebelum ini kita hanya berdoa usai solat fardhu lima waktu, tingkatkan doa kita pada setiap waktu dan bangunlah pada waktu malam. Sujud dan luahkan segala yang terbuku di hati.. Allah Maha Mendengar. Dan di kala itu lah sebenarnya rahsia bagi mendapatkan sebuah kekuatan.. Tak percaya? Cuba try test :p 

Macam tak percaya pulak aku bagi tips untuk orang yang dah berkahwin. huhu.. Never mind. I just share whatever I think it's necessary to be dealt in a marriage. Next tips ialah jangan pernah berhenti mengatakan rasa sayang pada pasangan.. Say it out from your heart not your lips.. If you get what I mean.. Kata-kata yang datang dari hati Insha Allah tidak akan jatuh melainkan pada hati juga. Jadi, ucapkan rasa cinta dan sayang pada pasangan kita setiap hari.. Setiap saat pun boleh.. Terpulanglah.. Bukan ucapan sayang ataupun cinta itu yang penting, tapi sebenarnya ia bertujuan untuk menghargai pasangan kita. Dan sebagai bukti ataupun keyakinan pada pasangan bahawa kasih sayang kita tiada tarikh luput.. akan terus mengalir hinggalah ke akhir hayat kita. This is really a big deal you know. Cuba kita lihat pasangan yang sudah berkahwin, sebelum kahwin bukan main kan 'I love you' 'you love me'.. Bila dah halal, tak mau cakap pulak.. Kadang-kadang disebabkan inilah hubungan suami isteri retak.. Sebab? Mungkin si isteri merasakan bahawa suaminya dah tak sayang pada dia.. Ya lah.. sebelum ni 10 x kali sehari cakap 'i love you'.. baru kahwin sebulan before tidur ja cakap 'i love you'.. dah kahwin setahun suami tidur awal.. langsung tiada ucapan 'i love you..' Isteri mana tak rasa sedih and ragu-ragu.. Hmm.. Kecil and simple sahaja.. Please lah.. Do not hesitate to say 'I Love You' to your soulmate.. Nanti bila dia dah takda baru nak menyesal.. Time tu dah terlambat nak cakap.. Dia takkan dengar dah ucapan semua tu.. Please.. do not take this for granted! 

Fuhh.. I think its enough for today.. Banyak dah tu tips.. Tak terbuat karang.. =) Sekali lagi aku nak remind myself and you guys..

Memanglah happy nak kahwin.. Ada life partner and so on.. Kan?
Tapi, jangan lupa perkahwinan TIDAK hanya datang dalam pakej BAHAGIA + SENYUM SEPANJANG MASA tetapi perkahwinan tu datang dalam pakej BAHAGIA + SEDIH + SENYUMAN + AIR MATA + SABAR + TAWAKAL + DOA.. Mungkin bagi sesetengah orang definisinya lebih pendek atau mungkin lebih panjang.. Whatever it is, do not just prepare for happiness but prepare yourself for the tests as well. Insha Allah.. Sebelum nak kahwin, banyakkan berdoa supaya Allah berikan pasangan yang soleh.. yang boleh mendekatkan diri kita denganNya.. Apalah erti sebuah perkahwinan atau kehidupan jika hanya menjauhkan kita dariNya? Sedangkan matlamat dan perjalanan hidup ini adalah menuju DIa Yang Esa? Think about this yeah. 

I think that's it..

Let us pray together.. You and me.. All of us.. Doa kita untuk saudara yang lain tanpa diketahuinya akan diaminkan oleh para malaikat dan akan dimakbulkan.. Insha Allah.. Dan, orang yang tolong doa pun akan mendapatkan yang sama. So, what are we waiting for? Doa laju-laju. =)

Wallahu'alam.. 











Saturday, 26 October 2013

Lepaskan cinta itu pergi

Assalamualaikum wbt...

Dialah yang memberikan izin pertemuan ini
Dialah juga yang menumbuhkan rasa di hati ini
Dialah juga yang meyakinkan hati ini tentang rahsiahnya yang satu
Dialah juga yang menentukan bilakah perpisahan itu akan berlaku..

Wahai hati..
Andai satu saat
Allah ingin mengambil semula pinjamanNya itu
Jangan merasa berat untuk melepaskan
Lumrah si peminjam ingin mengambil semula pinjamanNya.. 

Namun
Teruskan berdoa
Agar diberi keyakinan yang utuh
Bahawa takdirNya itulah yang terbaik.

Memang sulit untuk melepaskannya pergi
Berdoa dan terus berdoa agar diberi kekuatan
Untuk menghadapi detik itu
Andai Allah tidak mengizinkannya terjadi
Maka bersyukurlah.

Wahai hati..
Sandarkan harapan itu kepadaNya
Bukan pada dia
Kerna dia juga manusia sepertimu
Tidak punya apa-apa
Apatah lagi kuasa untuk menyatukan jiwa.

Tetapi,
Engkau masih punya senjata
Iaitu kekuatan sebuah doa
Di hantar terus kepadaNya
Jangan pernah berhenti
Teruskan berdoa
Kerna DIA Sentiasa Mendengar..

Tiada suatupun yang mustahil bagiNya..



Insha Allah boleh.. Mohon kekuatan padaNya.. Dia Maha Kuat.. :')




Andai aku jatuh cinta...