Teriakan
Ledakan bom
Tangisan
Sudah lali di kuping ini.
Laungan Takbir
Bergema di setiap penjuru
Meniti mudah di bibir
Hanya 'Allahu Akbar' menemani
setiap butir peluru yang dipandu.
Ada yang bertanya
Andai benar Allah itu ada
Mengapa dibiarkan terus menderita
Mengapa bumi Syria masih belum gembira
Mengapa, mengapa dan mengapa.
Ini jawapannya.
Kerana syurga itu mahal harganya
Kerana dengan asbab itu hanya syahid tiketnya
Kerana menguji mereka yang Islam katanya
Kerana membongkar pada dunia siapa mereka!
Kita di sini
Terlupa akan hakikat sebuah perjuangan
Lekanya tahap giga
Hiburannya sudah tidak terkata
'Lantaklah', itu pilihannya.
Bukan, bukan kita yang Allah pilih
Kerana Dia kenal siapa kita
Tidak berdaya
Apatah lagi hendak menghulur tenaga
Tapi, menjadi lemah sampai bila?
Fesyen, hiburan dan bercinta
Itu lumrah di Malaysia
Sedang di sana
Hanya memakai apa yang ada
Apatah lagi untuk bercinta
Kalamullah itulah penghibur jiwa.
Wahai pemuda!
Sampai bila harus kau leka?
Tak pernah kah engkau mengimpikan syurga?
Tergarkah melihat saudara di seksa?
Pernahkah terfikir andai itu ahli keluarga?
Ayuh Pemuda!
Mari kita bina diri semula
Pasakkan iman teguhkan taqwa
Mari berbakti untuk agama
Inginkan syahid sebagai pengakhirannya!
"Sebuah warkah ku tintakan untuk saudaraku di Syria.
Sabarlah saudara, janji Allah pasti terlaksana.
Nantikan aku di sana.
Andai aku pergi dahulu meninggalkan dunia,
akan ku kirimkan zuriat aku ke sana.
Doakan aku wahai saudara.."
No comments:
Post a Comment