Straight to the point.. Sebenarnya persoalan cinta ni pada peringkat umur seperti ana, dan juga mungkin kamu yang sedang baca ni, adalah perkara yang sudah biasa. Tapi, bagi pendapat ana, bila orang tanya satu soalan ni, then, bila kita bagitau jawapan kita, start lecturing without knowing the reason, it's rough. Ok.. Soalannya ialah, 'Ada boyfriend dak?' So, ana jawabla, 'Tak dak.. Ada boyfriend untuk apa?' Tanpa tau sebab kenapa ana berkata demikian, dia terus bagi ceramah. Ana just biarkan dia kemukakan hujah-hujah dia dulu.. Seperti biasa, hujah-hujahnya seperti berikut :
1. Ingat nak cari suami ni senang ka? Nak berumah tangga ni bukan sehari dua.. Seumur hidup tau dak..
2. Ingat jodoh tu nak datang melayang, bergolek mai kat kita kalau kita tak cari? Sebab tu la kena ada usaha. Semua benda kalau kita nak kena usaha. Benda tu takkan datang melayang.
3. Nak cari suami ni tak boleh kirim-kirim dekat orang. Kena pilih sendiri, tengok sendiri. Jodoh ni haq kita. Kita ada hak buat pilihan.
Oh.ok.. That's too much. Tak dan nak kata apa bedesup dia bagi. Whoaa.. pedas2.. haha..
Sabaq satt ceq.. Dengaq dulu apa eden nak kobau..
Kemudian, ana pun explain kenapa I choose to stay single..
1. Definisi usaha tak hanya terletak pada nilaian fizikal atau konkrit yang boleh nampak dengan mata kasar seperti memiliki seorang boyfriend. Boleh jadi seseorang tu berusaha dalam membuat perubahan diri ke arah yang lebih baik. Sebab, ana yakin.. 'Perempuan baik, untuk lelaki yang baik..' Cuma perlu jadi baik untuk dapatkan yang baik. Ana yakin dengan janji Allah.
2. Tak perlu bercinta pun sebenarnya semata2 untuk cari calon suami. Tup..tup.. bukan dia jodoh kita.. Abis tu, segala kenangan atau aktiviti yang pernah buat sama-sama dulu, kata-kata si dia, takkan tak mempengaruhi langsung hidup kita after this? Kesianla dekat suami kita nanti.
3. Jodoh dah tercatat.. Ada banyak cara untuk Allah temukan kita dengan jodoh kita. Tapi, kalau dah dengan cara bercouple kita pilih untuk cari jodoh, then, Allah mungkin temukan jodoh kita dalam keadaan tu. That's our choice. Allah bertindak mengikut sangkaan hambaNya.. Sedangkan, ada cara yang lebih baik untuk dipertemukan dengan jodoh kita tu..
4. Berdoa, buat persediaan jadi seorang pasangan yang soleh/ah and ada jugak satu alternatif iaitu Baitul Muslim.. Kita ada alternatif yang baik, why we go for something like that?
Cinta oh cinta.. Ke mana nak cari cinta ni sebenarnya?? Cari cinta dalam dirimu sendiri. Kerana diri kita cerminan pasangan kita. :)
Moga Allah redha. Wallahu'alam.. =)
No comments:
Post a Comment