Followers

Monday, 4 January 2016

Pernah suatu ketika.



Pernah suatu ketika
Keyakinan diri ku tiada
Hanya menurut tanpa percaya
Memandang diriku tanpa harga
Yang tidak berhak memiliki sesiapa.

Pernah suatu ketika
Datangnya sang putera
Dari kayangan aku kira
Bertandang membawa cinta
Menyayangiku setulus jiwa.

Pernah suatu ketika
Aku tenggelam dalam rasa
Yang hanya bertepuk sebelah sahaja
Ku biarkan diriku dilayan tak semena
Ibarat sampah yang bernyawa.

Pernah suatu ketika
Tiada harapan lagi pada sesiapa
Hanya secebis rasa percaya 
Masih ada yang baik disana
Memberiku sinar melangkah semula.

Pernah suatu ketika
Percaya dihujung tanduk cuma
Berharap selebihnya pada Yang Esa
Agar dituntun langkah tak bermaya
Mencari cinta yang belum tentu jumpa.

Pernah suatu ketika
Datang menjengah seribu aksara
Membunuh harapan di dada
Layak tiada untuk sesiapa
Hanya berhak sendiri sahaja.

Pernah suatu ketika
Segala kata semua binasa
Kerna datang seorang pemuda
Yang menerimaku cacat dan cela
Hingga aku terlupa duka lama.

Tiba saat dan tika
Insan itu masih ada
Yang ku sangka takkan berjumpa
Kini dia di depan mata
Berjuang untukku menggapai cita.

Aku pahatkan doa sentiasa
Agar dipermudahkan segala
Mencorak impian dan juga bahagia
Susah senang biar bersama
Moga ini takdir kita. 


Sunday, 4 October 2015

Later or Never?


Sometimes
I cry inside my heart
Because it is too painful
Till the tears unable to flow
Till my silence describes everything
That words can't.

It requires strength 
To hold these so tight
From people's sight
And let only me face the night
I struggle to fight
Till the day is once again, bright.

I pray harder
Hope for the better
Waiting for my future
Will it come later
Or never?




Saturday, 3 October 2015

Journey of my life


When things came from nowhere unexpectedly
It freaked me out
Too many to feel
Destroy my dreaming wishes
How could it be?

I tried hard
To step up
To rebuild
To regain
To proceed 
This journey
But somehow
I stuck
In my own path.

I stopped there
Thinking out loud might help
I guessed.
When I started
My brain won't assess the letters;
S-T-O-P
Kept working
Till days and nights
Are meaningless
The only thing that I searched for 
was a meaningful journey of my life
That I had before
Where they are all had gone? 

Sunday, 20 September 2015

I


Days
Nights
Seem similar to me
As I need courage
To pass the days
To kill the time
Till the moment comes.

Waited
Waited
Waited
I was so into myself
Miserable
Heart beats
Feel the anxiety
Digging within my body
Till the moment comes

No more hope
Lifeless
Not gonna fool myself
Not anymore
Feelings flee away
Left me behind
Now
I'm a human
With senses
Till no more moment to come.


Alive!

Wednesday, 12 August 2015

Momen-momen indah

Assalamualaikum wbt..

Sedar tidak sedar.. usia kita dah makin meningkat. Banyak pahit manis yang dah dilalui selama kita hidup. Ada yang masih memberi kesan di hati.. dan ada yang dah lama kita lupakan. Walau apa pun yang terjadi pada kita, itulah erti sebuah kehidupan. Tanpa ujian-ujian tu, kita tak mungkin akan sekuat hari ini. Tanpa dugaan-dugaan tu jugak, kita tak mungkin kita pada hari ini. Kita belajar erti sebuah sengsara daripada insan yang datang dalam hidup kita. Kita belajar erti menghargai juga daripada insan yang hadir dalam hidup kita. Pahit atau manis, itulah tujuan mereka hadir dalam episod-episod kehidupan ini. 

Andai masih terasa sakitnya, belajarlah untuk memaafkan. Ya, memaafkan itulah penawar yang terbaik. Menjadi orang yang pemaaf bukan bermaksud kita di pihak yang salah dan kalah. Sebaliknya, sifat memaafkan itu meningkatkan darjat kita disisiNya. Mengapa gusar, sedangkan kita punya Allah Yang Maha Kuasa atas tiap sesuatu? Allah tak pernah lengah terhadap apa yang terjadi. Cuba.. belajar melepaskan dan memaafkan. Kita berhak mendapat hidup yang lebih bahagia selepas ini. Percayalah.. hati kita akan terasa lebih tenang, ringan, dan pada saat itu, hati kita akan sedar satu demi satu bahawa masih terlalu banyak perkara yang boleh kita lakukan dan enjoy. Banyak perkara yang boleh kita sumbang dalam hidup ini. Masa yang kita ada lebih berharga daripada kita memikirkan tentang dendam atau perkara yang lepas. Masa semakin suntuk. Maka, hiasilah ia dengan momen-momen yang kita inginkan. Warnai setiap detik dengan perkara yang membuatkan kita bangga menjadi diri kita. Buat sesuatu untuk gembirakan insan yang berduka pada hari ini. 

Hidup ini bukan untuk ditangisi insan yang telah pergi atau perkara buruk yang menimpa diri. Hidup perlu diteruskan dengan warna-warni yang menceriakan. Kita takkan pernah mengetahui apa yang menanti kita esok hari. Jadi, disitulah letaknya sebuah harapan dan masa depan. Maka, bergaullah dengan insan-insan yang positif, wujudkanlah suasana yang positif, dan berakhlaklah dengan akhlak yang indah. Even the prettiest face won't guarantee such a beautiful attitude. But, a person who portrays beautiful character will be the prettiest human being ever. 






Monday, 27 July 2015

Action Research

Assalamualaikum wbt.

Fuhh.. fuh.... berhabuk dah blog ni.. sawang penuh.. lama tak jenguk sini.. sihat lagi tak blog ni... Akibat ketandusan idea untuk menulis.. kemalasan yang melanda.. dan ke'busy'an yang kadang-kadang dibuat-buat. 

Sekarang, semua orang especially myself busy dan agak lost dalam nak siapkan report Action Research. Sedar tak sedar, benda yang ditakut-takutkan waktu zaman junior dulu dah pun kena hadap sekarang. But, it's ok. I'll survive. :D HAHA. 

Reflection sket pasai AR ni.
** to me it's a new experience for me to conduct this research. Baru sedar yang disiplin ilmu tu bukanlah semudah yang disangka. Ada steps yang perlu diikut. Kesusahan tu normal. Sebab dengan kesusahan tu lah baru kita kenal erti susah, perit untuk dapatkan segulung ijazah. Then, we will appreciate it more. 

** next, bila dah buat research ni, barulah rasa 'dewasa' sikit. Kalau tak, dok sangka 'baby' tak habih-habih. Semua kena spoon-fed kannn. Sekarang, barulah rasa macamana untuk jadi 'dewasa'. Banyak perkara kena well-arranged, well-planned. Bukan main terjah ja. Takleh nak ambik mudah. 

** Bila dah settle semua ni nanti, Insha-Allah, and bila dah ada segulung ijazah dalam tangan, waktu tu lah penentu samada kita rasa bangga or tak dengan diri sendiri. Bukan bermaksud kita riak takabbur ujub pulak bila dapat pointer tinggi and segulung ijazah. What it means here is... Waktu graduate tu, we ourselves yang dapat rasa samada usaha selama ni berbaloi, membanggakan or sebaliknya. Or maybe, segulung ijazah tu tak bagi apa-apa rasa or nilai melainkan rasa lega sebab dah habis study. 

Well...

Perjalanan masih jauhhhhh nunnnn di sana. Pray for me and all students who are dealing with the same thing. Hopefully, we will manage to make it the best that we could, Insha-Allah. 

And, pray for me so that I could be a great teacher who is not only educate them for dunya but akhirah as well. My students are my investments for my life after death. 


Good luck everyone! Bittaufiq wannajah! Insha-Allah.



Saturday, 28 February 2015

Assalamualaikum wbt

It was during my 18 when I decided to become a blogger. Yeah, I made. And now I'm 23. Time flies so fast. I have less than a year to graduate and spend time with my beloved classmates. So many things happened in these 4 years. So many things I learned throughout this journey. I am no longer the person who I was before. Mature, committed, full of passion, and I'm an adult right now. Whoa! Unbelievable! 

Ten years back, I was thinking how it feels when becoming a teenager.. what the issues that 20's women will be thinking and discussing about. LOL. And, what it feels when people starting asking about marriage. HAHAHA. And now, I pray so that people won't ask me the question at all! Yeah.. not even once. Pleasee....

Next year, InshaAllah I will be posted and officially become a teacher. May Allah ease everything and I have to be all-time-ready as I still know nothing where will I be posted to. Anyway, the school that I'll be going next year surely excited and happy to receive me! hahaha. :p Aameen. hahaa

p/s: Pray for me ya friends. :) 

Monday, 13 October 2014

Cinta?

Assalamualaikum wbt...

Terkadang
Bahagia itu datangnya tanpa kita duga
Mengubati luka yang disangka
Takkan pernah sembuh
Namun
Itu cuma rasa di jiwa
Tapi
Segalanya milik Dia.

Siapa kata
Kita tak bisa bahagia tanpa cinta?
Kadang bahagia tanpa cinta
di permulaannya
Lebih memberi sejuta makna.

Mungkin
Fasa baru begini corakNya
Ku mulakan tanpa rasa
Ia jawapan pada sebuah do'a
Yang pernah ku ucapkan suatu ketika.

Tuesday, 7 October 2014

Hidup

Assalamualaikum wbt...

Terlalu banyak perkara yang terjadi dalam hidup kita kan? Dalam tempoh yang singkat, too many things happened. Sometimes rasa macam drama or maybe hikayat hidup yang setahun ni andai direnungkan boleh dijadikan sebuah novel dek rentetan ceritanya yang unexpected. Namun.. bila direnungkan.. siapa lagi sebaik-baik penulis kisah hidup kita andai bukan DIA? Siapa lagi yang membenarkan setiap perkara yang terjadi atas muka bumi ini andai bukan Sang Pencipta? 

Pernah tak terasa nak mengeluh..? rasa nak merintih.. ?? rasa macam nak cakap, 'What is happening right now??' Macam-macam nak cakap, kan? Yes.. kita boleh mengeluh.. boleh merintih..but not pada manusia..bukan pada insan yang juga punya kelemahan seperti kita. Tapi, kita boleh mengeluh, menangis semahu-mahunya, merintih la macamana pun hanya pada Allah. Bukan Allah tak tahu kita menderita..bukan Allah tak tahu hati kita menjerit kesakitan.. Allah Maha Tahu! Tapi.. ujian yang DIA bagi adalah tanda cinta dan sayang pada kita. Hanya dengan ujian, kita mampu memahami tentang kehidupan yang sementara ini. Hanya dengan ujian kita akan kembali dan ingat pada DIA.. Memang menyakitkan wahai hati.. sangat.. tapi.. semuanya punya hikmah! hikmah yang tersanaaaangaatttttttt bernilai!

Jadi..
Apa solusinya?
Pernah dengar tak..
"Mohonlah pertolongan dengan SABAR dan SOLAT'?

Itulah solusi yang terbaik.
Bersabar dalam menghadapi segala cubaan..
Andai kita mampu bersabar, sebenarnya 80% masalah kita dah selesai. 
Sebab apa?
Sebab..hati kita dah membenarkan dan menerima apa yang terjadi. bila hati dah terima..baru otak boleh proses dan fikirkan jalan keluar yang terbaik.. See??
And kenapa solat?
Terlalu banyak rahsia dan kelebihan solat.. Solat mampu menenangkan jiwa.. solat merupakan telepati kita dengan Allah. Solat tempat mengadu dan meminta. Dan solat merupakan salah satu masa mustajab do'a! Jadi, mohonlah pada Allah. Jangan mintak yang kecil-kecil. Mintak yang besar-besar terus pada Allah. Allah memiliki segala-galanya. Tiada satu pun yang mustahil bagi DIA. Ingat tu..


Friday, 11 July 2014

Iman

Assalamualaikum wbt...

Ya, iman kita tak setara mereka di sana. Ujian kita tak sama.. kerna kita diuji sesuai dengan tahap iman dan taqwa di dada. Tapi.. takkan dengan kesedaran yg sedemikian melayakkan kita untuk terus berdiam diri dan terus terusan berada di takuk yg lama? Tak rasa nak berubah ka? Tak rasa nak bangkit dari kelalaian yg tahap giga tu ka? Please.. wake up.. Kita dah lama lalai dan leka.. Terlalu banyak alpa.. Kalau ajal kita tiba saat kita dalam keadaan ni macamana? Nak ka kita dengan pengakhiran hidup yg macam tu? Allah.. :'(

Takut sebenarnya...

Takut andai hidayah Allah tu hanya datang sekali ni ja..

Bimbang andai Allah dah tak nak pandang.. tak nak dengar segala rintihan, keluhan, impian kita lagi.. Pada sapa kita nak meluahkan perasaan? Pada sapa kita nak pohon keampunan atas segala dosa yg dah dilakukan?? Hanya Allah yg Maha Mengetahui dan Maha Pemaaf. Walaupun kita tak mampu nak mengatur perkataan untuk cerita pada Allah apa yg jadi pada kita..apa yg kita sedihkan.. Allah Maha Mendengar.. Allah tahu apa dalam isi hati kita.. Walaupun hanya hati kita yg mampu berbicara pada waktu tu dan lidah tiba-tiba menjadi kelu.. Allah Maha Mendengar dan Memahami.. Allah-lah yg Terbaik.. Rugilah kalau kita pilih untuk terus-terusan berjauhan daripadaNya.. :'(

Bantulah kami Ya Allah.. untuk terus kuat dan bertahan di atas iman yg nipis seperti kulit bawang ini.. Kami lemah tanpa kekuatanMu.. Pinjamkan kami sedikit kekuatan ya Allah..

Friday, 4 July 2014

Andainya aku terluka

Assalamualaikum wbt... 

Andai hari ini aku terluka
Ingatkan padaku tentang ibu dan bapa
Aku masih punya sebuah keluarga yang bahagia
Ingatkan jua aku tentang mereka
Pengorbanan mereka yang betapa
Agar kekuatan yang tersisa
Bangkit kerna ku masih punya mereka.

Andai hari ini aku bersedih
Ingatkan padaku tentang analogi bulan
Terangnya takkan bisa menyerlah
Tanpa adanya kelam malam
Ingatkan juga tentang petir dan hujan
Hari yang kelam takkan kekal begitu
Pelangi pasti akan tiba jua.

Andai hari ini aku diperdaya
Aku ditipu oleh manusia
Ingatkanku tentang syurgaNya
Yang hanya bisa dimasuki
Oleh mereka yang sabar
Ingatkan jua tentang
Luasnya kemaafan Allah.

Andai hari ini aku terleka dengan dunia
Ku pinta pada kamu, kamu dan kamu
Tariklah aku kembali
Dakaplah aku
Ingatkan aku tentang janji-janjiNya
Hidup ini sementara cuma
Mengapa tak diisi dengan bekalan secukupnya.

#Salam Ramadhan Kareem#


Tuesday, 24 June 2014

Hurt

Assalamualaikum wbt

Yesterday
I danced blissfully
Enjoying the sunset of my day
I did whatever I wanted to
I ran
I walked
I fell
I stood up again
And
Begun to run again.

Even I got hurt
It never left scars
It healed quickly
And the pain flew away
Without I realized.

Today
I know that 
I am not the same person anymore
I am a new version of me
Weaker
Thinker
Emotional
Grow my own world
What's wrong with me?
I am weird of my own self!

I always fall down
I don't have the strength to wake up
No more energy to run
I couldn't walk as cool as I were
Where's all my spirit gone away?
My world seems smaller
I couldn't do whatever I love to
Even though I am so eager
There's something blocking me.

Now
I am declaring to the whole world
I don't wanna be a weak person any longer
I am strong 
I am beautiful as I see myself in the mirror
I am pretty as I see myself in the camera
I am so lucky to be myself
And
Having mine as myself..

No
There's no way
For pains, scars, tears to leave their marks
No way!
I won't allow all of you to destroy my remaining life
I wanna beautify it with brighter colours
I wanna enjoy every second of my life 
With things that make me smile
All the time!

Pain!
Please don't ever you show yourself again
Go away!

Goodbye!!


Monday, 5 May 2014

Truth

Assalamualaikum wbt...

When I lost the way
Please show me the path
Either right or left
Which will lead me
To the righteous.

I do no collect
The pieces of yesterday
But do not comfort me
With the lies
Hurt me with the truth instead.

Why keep on hiding
If you know what is the best
I might get hurt at first
But it last for several days
Its fine with me.

Just tell me the truth!

Monday, 24 February 2014

Permata Yang Dicari

Assalamualaikum wbt...

Mencari permata di celahan kaca
Tertusuk pedih berdarah luka
Tetap dengan sabarku menguis 
Meski titisan merah tumpah ke tanah.

Bukan engganku berhenti
Kerna nilai itu begitu bererti
Barangkali tidak padamu
Ibarat kilauan emas padaku.

____________________________________________________________

Apabila kita mengkehendaki sesuatu, sudah tentu kita akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkannya, bukan? 

Siapa pun begitu. Termasuk juga saya. Namun, supaya hati tidak terlalu luka, supaya pabila jatuh masih punya upaya untuk bangkit, jangan diletakkan harapan yang terlalu tinggi. Bataskan harapan anda. Dan, tidak dilupakan, bermohonlah pada Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diri kita. Allah Maha Tahu. Kita merancang, DIA juga punya perancangan buat kita. Namun, perancangan DIAlah yang terbaik. Kita punya ilmu yang terbatas, sedangkan ilmu dan pengetahuan Allah Maha Meluas. 

Pasti kita akan merasakan kesedihan yang amat. Silakan untuk bersedih. Namun, upayakanlah diri anda untuk bangun kembali setelah itu. Kerana kita hidup bukan untuk meratapi kesedihan atau kehilangan. Masih punya amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Jangan sehingga bisa hilang pertimbangan. Segala yang terjadi punya hikmah yang tersendiri.

:')


Sunday, 23 February 2014

Monolog

Assalamualaikum wbt...

Ya Allah..
Andai suatu saat
Kau ambil pinjamanMu kembali
Yakinkanlah hati ini
Bahawa takdirMu melebihi segala
Kebaikan yang Kau aturkan tiada tara
Sembuhkan hati ini
Layarkanlah ia kembali di lautanMu
Namun
Jangan dibiarkan ia hanyut Ya Allah..

Ya Allah..
Berikan apa yang terbaik dari sisiMu
Meski ia pedih untukku terima
Damaikan hati ini
Teguhkan hati ini
Moga hari yang mendatang
Ku tempuhi tanpa gusar dan air mata.

Ya Rahman..
Berikan peluang padaku
Untukku hargai insan di sekelilingku
Berkongsi kasih dan cinta
Memberi dan terus memberi
Sebelum aku terlambat
Pabila segalanya sudah tiada makna..

Ya Allah..
Terus berdiri
Aku tak berdaya
Berlalu pergi
Pasti lebih terseksa
Berikanlah ketentuanMu
Permudahkanlah laluan ini
Agar tiada lagi hati yang terseksa
Mahupun terluka
Biarkan ia terus bahagia
Bahagia meski diuji
Bahagia meski punya halangan
Bahagia hingga ke syurga.

Ampunkan aku, Duhai Allah.. 


Wednesday, 12 February 2014

Barakah

Assalamualaikum wbt

Meniti hari penuh duri
Hatiku bagai dicucuk sembilu
Lukanya masih berdarah merah
Entah bila ia bisa sembuh.

Bukan
Tiada siapa yang bersalah
Hanya aku yang khilaf
Memilih untuk terluka.

Allah beri ujian tanda kasih
Namun tak sesekali 
Kita merasai cintaNya
Bahkan diri semakin menjauh.

Allah
Dialah sumber kecintaan
Apabila cintaNya dihati
Segalanya menjadi kecil.

Berpesan aku kesekian kali
Jangan diberi hati pada manusiawi
Kelak kau pasti menyesali diri
Kerna terlanjur memberi.

Hati insani itu
Bisa berbolak-balik
Kecuali hati yang didasari dengan cinta kepadaNya
RedhaNya yang diharap sentiasa.

Sebaliknya
Hati yang didasari dengan nafsu
Mudah rapuh dan meluluh
Dek tiada iman yang ampuh.

Duhai hati
Bangkitlah lagi
Jangan bersedih hati
Janji Allah itu pasti
Bajai iman dan cinta padaNya
Kau pasti melihat pelangi dalam setiap harimu
Kau pasti temui kebahagian meski dalam keperitan
Allahlah cinta yang abadi.




Wednesday, 18 December 2013

Jarak antara kita denganNya

Assalamualaikum wbt...

Jauh tak berjarak
Dekat pula tiada bersentuh
Namun hati bisa merasa
Manisnya bila hati bahagia
Indahnya jiwa yang segar sentiasa
Bukan dengan pena 
Apatah lagi kalam manusiawi
Tapi tiadalah yang melainkan
Kalam yang tiada berhuruf atau berbicara
Tapi hati yang tenang bisa memahaminya
Seolah punya aturan yang bisa dilihat
Sedangkan hanya nilaian neraca iman
Tidak bisa ku ungkap
Walau dengan sepatah kata.

Kita tahu Dia senantiasa ada
Hampir sekali
Cuma kita perlu fanakan diri
Melihat terus hikmahNya
Dan kehidupan ini
Tiadalah lain melainkan sebuah mimpi
Ya
Mimpi dalam mimpi
Sehinggalah saat terakhir kali kita terjaga
Itulah permulaan kehidupan yang abadi
Dan tiada lagi kematian selepasnya
Berbahagialah bagi mereka 
Mizannya memihak kanan
Harumnya syurga menyucuk hidung
Sedang mereka di pihak kiri
Memohon untuk kembali ke dunia
Aku pula
Masih berjuang menjadi ahli kanan
Yang terkadang jatuh
Terkadang juga aku tersasar
Selagi hayat dikandung badan
Selagi itu pintu taubat sentiasa terbuka.



Monday, 9 December 2013

Pelangi

Assalamualaikum wbt..

Bukan aku enggan melakar senyuman
Bukan hatiku tidak mahu berbunga
Tapi ada sesuatu yang menahannya
Semestinya demi kebaikanku jua.

Biarlah ia hanya di pertengahan sahaja
Tidak terlalu gembira atau terlalu mudah
Kerana apa jua pilihan yang ada
Semuanya datang bersama kesannya.

Aku tidak lupa mengucapkan syukur
Hari yang aku pinta
Bertamu jua
Persoalanku terjawab akhirnya.

Aku berdoa senantiasa
Moga segalanya baik-baik sahaja
Moga dia bisa terima
Yang ada padaku segala.

Insha Allah. Allahumma Aameen.

Friday, 6 December 2013

Lagi lagi soal Jodoh.

Assalamualaikum wbt..


Hai.. Bunyi tajuk macam mengeluh ja.. Macam dah 'mangli' ja.. Biasala tajuk yang macamni dengan budak-budak umur 20-an ni kan. Hmm.. Bila pi rumah mak sedara, mesti ada punya soalan atau statement  yg macamni, "Bila lagi?" "Dah ada calonka?" "Tak lambat dah tu..." "Orang dok mai tanya-tanya dah tu.." bla bla bla..

Tak pa.. Tak payah nak serabut-serabut dengan statement yang macamtu la.. Anggap ja la tu sebagai halwa telinga. Hihi. Jawab ja.. "Insha Allah.. nanti bila sampai jodoh, sampai jugakla kad jemputan.." hihi. Habeh cerita. Ikutla depa nak tafsir apa pun kan. 

Okay.. Sekarang ni, bukan nak cakap pasai statement jodoh ni..Tapi.. aku kurang bersetuju la dengan pendapat anak muda atau doa-doa yang dimohon oleh anak-anak muda bab jodoh ni.. Contohnya,, "Mintak-mintakla dapat kahwin awai.." "Moga dapat kawin cepat.." dan seangkatan dengannya lah.. Bukan tak setuju apa.. Kita tak tau CEPAT atau LAMBAT yang mana satu yang TERBAIK untuk diri kita, agama kita, dunia dan akhirat kita. Aku faham.. kadang-kadang ada yang dah couple sampai tiga tahun.. atau mungkin lebih atau kurang dari tempoh tu.. dan ada jugak yang dah berhasrat untuk berkahwin tapi ada halangan-halangan yang tersendiri. Dan ada jugak yang sedar couple tu tak baik sebenarnya dan ingin jadikan hubungan tersebut sebagai hubungan yang halal lagi diberkati. Thoiyyib2.. Ana afham jiddan. *Ammoihh. Arabic plak.. 

Ini cuma pandangan aku sahaja lah ya.. Tak kisah kalau ampa tak setuju pun.. Pada pendapat aku.. lebih elok kita berdo'a begini..

1. "Ya Allah.. seandainya benar dia jodohku.. Jangan biarkan kami berlama-lama dalam keadaan maksiat Ya Allah. Satukan kami pada masa yang terbaik dan dalam keadaan yang terbaik.. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaMu.."

2. "Ya Allah.. seandainya benar dia yang terbaik buat diriku, agamaku, dunia jua akhiratku, aku mohon Ya Allah, jarakkanlah kami, peliharalah hati kami sehingga hari Engkau izinkan penyatuan kami.."

3. "Ya Allah.. Jadikan hati-hati kami lebih mencintaiMu daripada mencintai seorang yang belum halal buat diri kami. Seandainya benarlah dia yang Kau catatkan milikku, peliharalah hubungan kami daripada murkaMu.. Dekatkanlah hubungan kami ini kepada keredhaanMu.. dan satukanlah kami, permudahkan urusan jodoh kami.."

4. "Ya Allah.. seandainya dialah yang Kau catakan milikku, kuatkan ikatan jodoh kami.. Permudahkan urusan jodoh ini.. Seandainya bukan dia yang terbaik buat diriku, agamaku, dunia dan akhiratku, pisahkanlah kami dalam keadaan yang terbaik iaitu dalam keadaan tiada mana-mana hati yang terluka atau bersedih."


:-) Itu cuma cadangan.. maaf lah kalo ada yang kecik hati sebab eden dop berapo setuju dengan do'a yang mula-mula tadi tu ya.. 

Wallahu'alam..