Assalamualaikum wbt..
Hai.. Bunyi tajuk macam mengeluh ja.. Macam dah 'mangli' ja.. Biasala tajuk yang macamni dengan budak-budak umur 20-an ni kan. Hmm.. Bila pi rumah mak sedara, mesti ada punya soalan atau statement yg macamni, "Bila lagi?" "Dah ada calonka?" "Tak lambat dah tu..." "Orang dok mai tanya-tanya dah tu.." bla bla bla..
Tak pa.. Tak payah nak serabut-serabut dengan statement yang macamtu la.. Anggap ja la tu sebagai halwa telinga. Hihi. Jawab ja.. "Insha Allah.. nanti bila sampai jodoh, sampai jugakla kad jemputan.." hihi. Habeh cerita. Ikutla depa nak tafsir apa pun kan.
Okay.. Sekarang ni, bukan nak cakap pasai statement jodoh ni..Tapi.. aku kurang bersetuju la dengan pendapat anak muda atau doa-doa yang dimohon oleh anak-anak muda bab jodoh ni.. Contohnya,, "Mintak-mintakla dapat kahwin awai.." "Moga dapat kawin cepat.." dan seangkatan dengannya lah.. Bukan tak setuju apa.. Kita tak tau CEPAT atau LAMBAT yang mana satu yang TERBAIK untuk diri kita, agama kita, dunia dan akhirat kita. Aku faham.. kadang-kadang ada yang dah couple sampai tiga tahun.. atau mungkin lebih atau kurang dari tempoh tu.. dan ada jugak yang dah berhasrat untuk berkahwin tapi ada halangan-halangan yang tersendiri. Dan ada jugak yang sedar couple tu tak baik sebenarnya dan ingin jadikan hubungan tersebut sebagai hubungan yang halal lagi diberkati. Thoiyyib2.. Ana afham jiddan. *Ammoihh. Arabic plak..
Ini cuma pandangan aku sahaja lah ya.. Tak kisah kalau ampa tak setuju pun.. Pada pendapat aku.. lebih elok kita berdo'a begini..
1. "Ya Allah.. seandainya benar dia jodohku.. Jangan biarkan kami berlama-lama dalam keadaan maksiat Ya Allah. Satukan kami pada masa yang terbaik dan dalam keadaan yang terbaik.. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaMu.."
2. "Ya Allah.. seandainya benar dia yang terbaik buat diriku, agamaku, dunia jua akhiratku, aku mohon Ya Allah, jarakkanlah kami, peliharalah hati kami sehingga hari Engkau izinkan penyatuan kami.."
3. "Ya Allah.. Jadikan hati-hati kami lebih mencintaiMu daripada mencintai seorang yang belum halal buat diri kami. Seandainya benarlah dia yang Kau catatkan milikku, peliharalah hubungan kami daripada murkaMu.. Dekatkanlah hubungan kami ini kepada keredhaanMu.. dan satukanlah kami, permudahkan urusan jodoh kami.."
4. "Ya Allah.. seandainya dialah yang Kau catakan milikku, kuatkan ikatan jodoh kami.. Permudahkan urusan jodoh ini.. Seandainya bukan dia yang terbaik buat diriku, agamaku, dunia dan akhiratku, pisahkanlah kami dalam keadaan yang terbaik iaitu dalam keadaan tiada mana-mana hati yang terluka atau bersedih."
:-) Itu cuma cadangan.. maaf lah kalo ada yang kecik hati sebab eden dop berapo setuju dengan do'a yang mula-mula tadi tu ya..
Wallahu'alam..
No comments:
Post a Comment