Followers

Saturday, 30 June 2012

Hidayah itu milik Allah !

Assalamualaikum w.b.t.. :)


Lumrah Seorang Pendakwah

Ada satu perkara yang terjadi kat ana hari ini.. Bila berfikir guna perasaan memang ana akan rasa marah dan tak redha pada perbuatan si dia. Sebab, ana tau si dia 'tahu dan faham' akan hukum - hakam perkara tersebut. Tapi, macam orang tak faham. Ana bukan nak menceritakan perihal buruk si dia. Tetapi, hikmah di sebalik kejadian tersebut.

Time tu, rasa tak terbendung 'meluat' di hati. Bukan 'meluat' pada diri insan tersebut tetapi perbuatan yang dia buat. Ana terus contact umi sebab nak tanya beberapa soalan dan cuba untuk terus membuatkan hati ni berbaik sangka. 

Umi call ana. Then, ana tanya umi.. "Umi.. Kalau kita dah tegur orang tu dua kali, kemudian dia macam tak paham-paham jugak, macam mana erk ? Ana dah rasa tak larat dan putus asa.. Macam malas nak amik tau dah.." Tau umi jawab apa ? Jawapan umi biasa ja.. Tapi, bagi sang pelupa macam ana ni, rasa terkena batang hidung sendiri. Umi jawab, "Kan ada 3 jenis cara nak cegah kemungkaran tu kan.. Kalo dah dengan tangan, buat dengan lisan pulak. Tapi, kalau dah tak menjadi jugak, cegahla dengan hati.. Kita kena ingat, walaupun kita tau yang orang tu dah tau, belum tentu dia faham. Tak pun, kita tau dia tu tau dan faham, tapi belum tentu dia dapat hidayah dari Allah untuk berubah.. Ingat.. Hidayah tu milik Allah.. Kalau Allah tak bagi, kita tak boleh nak buat apa-apa. Allah lebih mengetahui hati hamba-hambaNya.."

Betul sangat apa yang umi cakap tu. T_T 

Kemudian umi ada pesan.. Banyakkan berdo'a.. Bangun tengah malam dan solat hajat untuk mintak Allah bukakan hati dia untuk berubah. Kadang-kadang manusia tu tau dan faham, hidayah pun dah dapat cuma dia tak memiliki kekuatan diri dan jiwa untuk berubah. Do'a orang-orang yang inginkan dia berubah lah yang amat diperlukan. 

Dalam nak mengajak manusia ke arah kebaikan ni tak boleh mudah putus asa dan mudah berkecil hati. Jalan yang dipilih ni memang jalan yang penuh onak dan duri. Semua tu dah menjadi adat. Jadi, jangan kita cepat mengalah. Usaha tetap usaha. Allah counts it ! 



p/s : Mudah-mudahan aku menjadi insan yang sentiasa mentarbiyah diri dan membuang karat-karat jahiliyah yang masih bersisa dalam diri ni.. Ameen !

Tuesday, 19 June 2012

Cinta Itu Fitrah.

Di'copy' dari status Facebook saudara Hilal Asyraf 






Kadangkala, manusia terlalu sempit di dalam urusan cinta. Hingga tidak bergerak langsung cintanya, menjadi sukar, dan akhirnya tidak berjaya.

Kadangkala, manusia terlalu luas di dalam urusan cinta. Hingga melayang ke mana-mana, menjadi liar, dan akhirnya tidak berjaya mendirikan rumahtangga.

Aku pula sentiasa percaya,
bahawa cinta itu sederhana.
Ada prinsipnya, ada disiplinnya,
tetapi itu semua tidak menghalang cinta untuk mekar,
dan mengakar,
di dalam jiwa.

Namun tidak ramai hendak mengutamakan peraturan yang ditetapkan,
cinta dipandu perasaan dan bukannya keimanan,
membuatkan jalan-jalan cinta yang diambil adalah kotor,
sekaligus mengotorkan cinta,
dan menghapuskan keindahannya.
Hingga cinta kelihatan jijik,
dan tidak dikenali wajah sebenarnya oleh sesiapa.

Aku adalah yang berusaha membersihkannya.
Cinta ada jalannya, bukan diredah semata-mata.
Cinta punya disiplin, bukan sekadar lenggang kangkung bersahaja.
Cinta perlu dipandu keimanan, bukan perasaan membabi buta.
Cinta, mestilah hendak membawa ke syurga.
Apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya.

Dan dengan itu semua,
aku bercinta.

---------------------------------------------
Pada saya, Islam mengiktiraf perasaan cinta di dalam hati manusia. Tinggal Islam tidak membiarkannya liar tanpa batas dan peraturannya.

Disiplinnya wajib ada.
Agar cinta tidak sekadar menjadi bicara semata.




Monday, 18 June 2012

Harga Sebuah Do'a..

Assalamualaikum w.b.t.. :)


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi dengan berkat rahmat serta inayahNya, dapat lagi kita bernafas dengan nafas Iman dan Islam. Dua nikmat yang tidak terhingga. Yang tinggal hanyalah, usaha dari kita untuk terus mengekalkan kedua-dua nikmat tersebut, biiznillah, InsyaAllah. Sebelum berganjak dengan lebih jauh, ana nak mohon maaf sebab tak mempunyai waktu yang tetap dalam nak meng'update' blog. Sebenarnya, ana tak cukup ilmu dan tak cukup idea untuk berkongsi dengan semua. Apa-apa pun, mudah-mudahan, setiap apa yang ana kongsikan, dapat memberi manfaat kepada semua samada secara langsung ataupun tidak. 

Entry kali ini, ana nak berbicara mengenai DO'A. ^^


Di sebuah kampung, terdapat seorang kanak-kanak dari sebuah keluarga yang sangat miskin. Meskipun begitu, dia sesekali tidak pernah meminta-minta. Itulah didikan yang diterima dari kedua-dua orang tuanya. Pada masa yang sama, di sebuah perumahan mewah berhampiran tempat tinggalnya, ada seorang kanak-kanak dari sebuah keluarga yang kaya-raya. 

Kanak-kanak miskin tersebut acap kali berdoa setiap kali ingin melakukan sesuatu. Sebelum keluar dari rumah ke sekolah, dia akan berdoa "Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Selamatkan aku hingga aku pulang ke rumah.." Sedangkan kanak-kanak yang kaya-raya tidak pernah bimbang dan berdoa seperti itu. Kerana, dia berpendapat tiada apa yang perlu dikhuatirkan memandangkan kehidupannya lengkap. Ada driver yang akan menghantar dan juga mengambilnya dari sekolah. 

Setelah pulang dari sekolah, kanak-kanak miskin akan berdoa semoga ada rezeki buat keluarganya pada hari itu. Setiap hari dan setiap detik hatinya akan berbicara meminta kepada Tuhannya. Dia sedar, hanya doa yang boleh dilakukan dan dia bersyukur kerana dia masih mampu berdoa. "Ya Allah.. Terima kasih kerana telah memberikan kami satu cara yang mudah dan percuma untuk meminta sesuatu kepadaMu hanya dengan berdoa.." Si anak kecil menangis kerana syukurnya yang tidak terhingga. 

Pada suatu hari, dia berjalan-jalan  dan terserempak dengan kanak-kanak yang kaya raya itu. Duitnya telah hilang dan dia menangis sendirian. Kemudian, datanglah si anak miskin ini bertanyakan sebab dia menangis. Setelah diceritakan kepadanya, lantas si anak miskin itu berkata, "Kamu sudah berdoa?" "Kenapa aku harus berdoa?" "Tiada yang tahu duit kamu hilang di mana melainkan Allah..Jadi, kita haruslah berdoa supaya Allah temukan semula duit yang hilang tu.." Si anak kecil berkata sambil tersenyum. 

Begitulah keadaan hati seorang yang sentiasa berdo'a.. Hatinya semakin hari menjadi semakin kuat. Dia telah berjaya meletakkan sepenuh pengharapan pada penciptanya. Maha Suci Allah.. Yang tidak langsung mengenakan bayaran pada kita setiap kali hendak memohon sesuatu. Maha Suci Allah.. Yang telah meletakkan sesuatu itu kena pada tempatnya. DIA tahu, di dunia pasti ada hati-hati yang akan merintih. Oleh itu, dia berikan pada kita nikmat berdo'a. DIA ingin memudahkan kita yang mana kita bisa berdoa walau di mana saja dan tak kira masa. 

Allah s.w.t berfirman dalam Surah Al-Ghaafir ayat 60 yang tafsirannya:

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."

MasyaAllah.. Baik kan Tuhan kita ? =') Berdoalah selalu. At least, hati kita sentiasa sedar dan tahu ada kuasa yang lebih berkuasa. Dan, at least, hati kita tidak kering dan keras dek doa-doa yang sentiasa kita pohon. Mudah-mudahan Allah memasukkan kita ke syurgaNya. Ameen.






Thursday, 14 June 2012

My Deepest Sincere Letter :-)


P.e.n.a.h.a.t.i.k.u

Dear my future husband,
There's nothing I ask for, except you bring me close to Him.
No matter what, guide me and never let me alone, 
Keep loving me till the end. 
Do love me because of Allah.
Do care of me because of Allah.
Let our marriage shines with barakah.
Please, I wanna be a good wife till I get a place in Jannah. 
Let us pray for asking Allah places us together again later.

Dear future husband,
Still, I do not know who you are,
how you gonna looks like,
yet, 
I keep praying in front of Kaaba,
Hopefully,
Allah beautifies you with honor characters,
Hopefully,
Allah makes our faith stronger and always bring us close to Him time by time.
O Allah !
Please..
Keep us from the fires of your An-Nar.. 


Wednesday, 13 June 2012

Ya Allah..
Tuhan sekalian alam..
Yang mencipta jua mematikan..
Ya Allah.,
Sungguh..
NikmatMu itu tidak terhitung banyaknya.
Tapi, aku masih lagi alpa.
Setiap kali aku sedar,
Aku kembali lalai kemudiannya.

Ya Allah..
Apakah diterima segala amal ibadatku ?
Amal dari seorang hamba yang sering kali membuat dosa..
Lantasnya memohon maghfirahMu pada masa tertentu.

Ya Allah..
Ya Tuhanku..
Jangan kau biar aku berlama-lama dalam maksiat..
Jangan Ya Allah,
Kau benarkan aku mendekati nerakaMu dengan kata atau kerja.
Jangan Ya Allah..

Ya Allah,,
Sungguh,
Panas dan terik di bumi yang kau cintai itu sudah tak sanggup aku tanggung,
apakan pula api nerakaMu ?
Ya Allah ='(
Kau yang Maha Mendengar isi hatiku..
Aku tak sanggup Ya Allah..
Untuk merasai walau secebis api nerakaMu..
Aku tak sanggup Ya Allah :'(

Ya Allah..
Bantulah aku untuk terus mengingatiMu dalam suka atau duka..
Bantulah aku memperelok ibadatku kepadaMu..
Bantulah aku Ya Allah,
untuk mendekati syurgaMu..
Meski, aku tidak layak untuk berada di bumi Mekah.
inikan pula JannahMu..
Sungguh Ya Allah..
Hina rasanya aku ini..
Ampunilah sekecik-kecil hingga sebesar-besar dosa dan kesalahan yang Engkau ketahui.
Hanya kepada Engkau tempat aku memohon maghfirah. ='(