Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi dengan berkat rahmat serta inayahNya, dapat lagi kita bernafas dengan nafas Iman dan Islam. Dua nikmat yang tidak terhingga. Yang tinggal hanyalah, usaha dari kita untuk terus mengekalkan kedua-dua nikmat tersebut, biiznillah, InsyaAllah. Sebelum berganjak dengan lebih jauh, ana nak mohon maaf sebab tak mempunyai waktu yang tetap dalam nak meng'update' blog. Sebenarnya, ana tak cukup ilmu dan tak cukup idea untuk berkongsi dengan semua. Apa-apa pun, mudah-mudahan, setiap apa yang ana kongsikan, dapat memberi manfaat kepada semua samada secara langsung ataupun tidak.
Entry kali ini, ana nak berbicara mengenai DO'A. ^^
Di sebuah kampung, terdapat seorang kanak-kanak dari sebuah keluarga yang sangat miskin. Meskipun begitu, dia sesekali tidak pernah meminta-minta. Itulah didikan yang diterima dari kedua-dua orang tuanya. Pada masa yang sama, di sebuah perumahan mewah berhampiran tempat tinggalnya, ada seorang kanak-kanak dari sebuah keluarga yang kaya-raya.
Kanak-kanak miskin tersebut acap kali berdoa setiap kali ingin melakukan sesuatu. Sebelum keluar dari rumah ke sekolah, dia akan berdoa "Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Selamatkan aku hingga aku pulang ke rumah.." Sedangkan kanak-kanak yang kaya-raya tidak pernah bimbang dan berdoa seperti itu. Kerana, dia berpendapat tiada apa yang perlu dikhuatirkan memandangkan kehidupannya lengkap. Ada driver yang akan menghantar dan juga mengambilnya dari sekolah.
Setelah pulang dari sekolah, kanak-kanak miskin akan berdoa semoga ada rezeki buat keluarganya pada hari itu. Setiap hari dan setiap detik hatinya akan berbicara meminta kepada Tuhannya. Dia sedar, hanya doa yang boleh dilakukan dan dia bersyukur kerana dia masih mampu berdoa. "Ya Allah.. Terima kasih kerana telah memberikan kami satu cara yang mudah dan percuma untuk meminta sesuatu kepadaMu hanya dengan berdoa.." Si anak kecil menangis kerana syukurnya yang tidak terhingga.
Pada suatu hari, dia berjalan-jalan dan terserempak dengan kanak-kanak yang kaya raya itu. Duitnya telah hilang dan dia menangis sendirian. Kemudian, datanglah si anak miskin ini bertanyakan sebab dia menangis. Setelah diceritakan kepadanya, lantas si anak miskin itu berkata, "Kamu sudah berdoa?" "Kenapa aku harus berdoa?" "Tiada yang tahu duit kamu hilang di mana melainkan Allah..Jadi, kita haruslah berdoa supaya Allah temukan semula duit yang hilang tu.." Si anak kecil berkata sambil tersenyum.
Begitulah keadaan hati seorang yang sentiasa berdo'a.. Hatinya semakin hari menjadi semakin kuat. Dia telah berjaya meletakkan sepenuh pengharapan pada penciptanya. Maha Suci Allah.. Yang tidak langsung mengenakan bayaran pada kita setiap kali hendak memohon sesuatu. Maha Suci Allah.. Yang telah meletakkan sesuatu itu kena pada tempatnya. DIA tahu, di dunia pasti ada hati-hati yang akan merintih. Oleh itu, dia berikan pada kita nikmat berdo'a. DIA ingin memudahkan kita yang mana kita bisa berdoa walau di mana saja dan tak kira masa.
Allah s.w.t berfirman dalam Surah Al-Ghaafir ayat 60 yang tafsirannya:
"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."
"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."
MasyaAllah.. Baik kan Tuhan kita ? =') Berdoalah selalu. At least, hati kita sentiasa sedar dan tahu ada kuasa yang lebih berkuasa. Dan, at least, hati kita tidak kering dan keras dek doa-doa yang sentiasa kita pohon. Mudah-mudahan Allah memasukkan kita ke syurgaNya. Ameen.
No comments:
Post a Comment